Iklan

Nov 23, 2014

Banjir Ikut MB?

Begitulah yang dengar-dengar di mana-mana di Terengganu.

Apabila banjir besar kali pertama tahun ini bermula di Kuala Nerus, daerah MB baru di Terengganu. Padahal tiap-taip tahun pun, kawasan depan UMT dan UniSZA itu memang banjir dan di tutup laluan. Cuma teruknya tahun ini sehinggakan kawasan itu diistiharkan DARURAT. Malah rumah kawan aku yang tinggal di Mengabang Telong, yang tak pernah-pernah banjir, tahun ini air masuk hingga ke dalam dapur dan ruang tamu. Mujur 'ibu rumah' lebih tinggi, makanya tak perlulah berpindah randah.


Tahun lepas banjir besar di Kemaman, sebab MB masa itu orang Kemaman. Dulu masa MB orang Besut, Besut pun tenggelam juga.


Sebenarnya semuanya kebetulan sahaja. Banjir tak adanya nak ikut mana-mana MB. Cuma MB ni, suka membangunkan daerah sendiri bila mereka jadi MB. Semestinya diaorang nak tolong 'orang kampung' diaorang dulu kan. Aku rasa mana-mana orang yang diberi sedikit kuasa, memang akan begitulah. Pembangunan pula, mestilah ada kerja-kerja menambung tanah ke kawasan yang hendak dibangunkan. Bila tanah ditambung, saliran pula tidak dibuat, maka hasilnya adalah banjir.


Itulah yang dikatakan banjir ikut MB. Hehe...


Di rumah aku, banjir kali ini kali kedua teruk selepas banjir besar tahun 80-an dulu. Tapi alhamdulillah, air yang sipi-sipi nak tumpang masuk ke dapur, berlalu dulu sebelum sempat beri salam. Alhamdulillah. Dengar-dengarnya akan ada gelombang kedua. Harap-harapnya tak adalah seteruk gelombang pertama ini.

3 comments:

  1. Replies
    1. Kena jugok.. aku duk k.trg... kampung. memang banjir. tp dok teruk la. hehe... Eh, tapinya chendering dan bukit payung ramai kena pindah. Kampung aku tgh2 antara dua tempt tu Nizam. hehe....

      Delete
  2. baru terperasan kebetulan tu. ahaha..

    so, bln ni n bln dpn xjadilah balik kg. hee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...