Iklan

Nov 13, 2014

Bila Ayah Sakit

Bismillahirrahmanirrahim


Rumah kami jarang menerima tetamu. Setakat orang-orang kampung datang cari ayah, ada hal biasa-biasa, mereka lebih suka lepak di luar rumah. Kebetulan bawah pokok manggis tepi rumah, ada meja kayu besar dan kerusi-kerusi plastik hitam. Disitu selalunya tempat lepak tetamu-tetamu biasa. Kalau tetamu jauh dan jarang bertandang muncul, barulah ruang tetamu rumah kami bernyawa. Aku selalu cakap dengan mak, ruang tetamu rumah kami itu macam 'mati'. Tak bernafas dan tak hidup. Hari raya pula barulah ruang itu kembali meriah.



Sejak ayah pulang dari hospital ahad lepas, rumah kami tak putus-putus terima tetamu. Sudah dua hari aku pulang kerja, dan disambut tetamu yang penuh didapur rumah kami. Ya.. dapur. Sebab ayah duduk didapur. Sebab pinta dapur yang mengadap ke depan rumah, memang dah macam pintu utama. Sebab dapur memang tempat kami semua lepak juga. Jadi kalau orang datang, mereka terus masuk ke dapur. Mujur ruang dapur rumah kami itu luas. Sekali dengan bilik mandi, tandas, ruang memasak, dan beranda belakang, aku rasa besar bahagian itu sahaja sudah sama besar dengan rumah flat dua bilik.


Aku letak katil kecil aku sebelah tangga di dapur. Supaya ayah tak perlu naik turun sangat. Ayah anak bongsu. Anak-anak saudara ayah ramai. Cucu-cucu saudara dah ramai kahwin. Malah cicit-cicit saudara ayah pun dah besar-besar. Ayah pula antara orang kuat surau dekat kampung. Sekali datang, bukan 2, 3 orang. Jarang kurang dari sepuluh! Masya Allah. Meriah jadinya macam ada kenduri kendara pula. Air panas, habis sekendi, sekendi dimasak. Teko air teh tak surut airnya, asyik bertambah. Dalam sinki tak payah cakap la, penuh dengan cawan. Mujur pokok duku dua batang dekat dengan rumah, sedang berbuah dan masak. Buahnya elok-elok sahaja baru masak. Abang sulung aku, jadi tukang panjat pokok duku. Buah duku itulah jadi hidangan para tetamu. Alhamdulillah.


Luka ayah yang dijahit dah makin kering. Aku pula yang jadi jururawat peribadi ayah, tukang cuci dan tukar balutan tiap-tiap hari. Aku berani buat itu pun sebab jururawat kat klinik kerajaan yang ajar dan suruh aku buat sendiri. Katanya, datang klinik, lama menunggu dah satu hal. Nak buatnya (cuci) tu sekejap ajer pun. Jadi aku jadi tukang cuci (luka) setiap pagi dan malam. Tengahari mak aku buat. Tapi ayah aku kata, mak tak pandai. Hahaha...


Semoga ayah cepat sembuh. (Tak sembuh lagi ni pun, ayah dah pergi tempat kerja dan minum kopi di kedai). 

4 comments:

  1. orang tua biasa macam tu sis..sakit pun dia still nak keluar rumah.bosan terperap katanya.semoga beliau cepat sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sal.. lagi2 macam ayah tu, jenis yg sekejap2 pegi kedai kopi melepak, kejap2 menghilg ntah ke mana... hahaha..

      Delete
  2. Berbakti sementara orang tua masih ada hayat..
    Ikhlaskan hati.. insya'Allah.. semua tu saham akhirat Su.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah k.sham.. tak pernah berkira pun penat lelah titik peluh. yg penting nak tgk diaorg sihat jer.
      malah tak terfikir pun ikhlas ker tak, sebab dah terbiasa kan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...