Iklan

Apr 15, 2008

Book fair & Family day..


Kelabu mata di book fair PWTC last friday. Terlalu banyak buku yang hendak ditilik dalam masa yang agak singkat. Sepatutnya boleh menghabiskan sehari suntuk di situ, tapi.. last minute rancangan terpaksa diubah kerana tiket bas pd hari khamis mlm ke kuala lumpur habis! Jadi terpaksa bertolak pd pagi Jumaat, dan sampai di Putra jam 5 petang. Inilah gara-gara membeli tiket last minute! Tu pun, mujur tiket ada. Kalu tak, tak pasal-pasal terpaksa melepaskan peluang pergi bercuti free! Habis hampir RM200 jugak di book fair. Terlalu banyak pilihan buku, dan buku yang memang dah lama di cari di terengganu tapi tak ader, ada pelbagai penerbitan! Of course la banyak buku yang dibeli untuk dania. Menjadi suatu kemujuran juga, dia tidak buat perangai di situ biarpun keletihan kerana sebaik turun bas sahaja dr terengganu, berehat sekejap menunggu busu dia sampai dan terus ke PWTC. Dan, orang ramai juga tidak terlalu sesak. Alhamdulillah. Tuhan mempermudahkan urusan kami. Bayangkan kul 10 malam baru balik ke rumah busu, dan dia masih sempat melayan adam. Kuat semangat jugak anak aku seorang ni.


Keesokan harinya, kami bertolak ke Port Dickson jam 10 pagi. Niat aku hanya untuk membiarkan dania merasakan pengalaman baru. Biar dia mendapat pengalaman yang pelbagai dalam usia yang masih muda. Sekurang-kurangnya, tak der la nanti bila orang bercerita apa-apa tentang kuala lumpur, water slide, zoo, shopping complex, klcc, kl tower, underwater world, dan macam-macam lagi, dia melopong. Seronok melayan dia dan adam bermain air, hinggakan terniat dihatiku untuk menghantar dia belajar berenang. Banyak sungguh la plak niat aku atas dania seorang ni. Nak hantar kelas tae kwan do la, hantar berenang la.. Macam-macam.. Tapi bagus jugak join family day Petronas Carigali tu, sekurang-kurangnya dania dapat jumpa Uncle Aznil yang tiap-tiap malam (kalu buleh) dia nk tengok dalam Tom-Tom Bak biarpun episod yang sama. Siap sorokkan remote control tu, sebab takut kita tukar siaran. Dania..dania...

Apr 6, 2008

Hijrah..

Banyak pengertian hijrah ni, kan... Biarpun dah lama awal muharram, aku baru nak bercakap pasal hijrah. Tak per la, sebab sekarang baru aku terfikir untuk berhijrah lagi. Hijrah ni, sebenarnya bagus untuk membawa pembaharuan dalam hidup kita. Hijrah juga bagus untuk lari tekanan hidup. Tapi... seperti lari dari masalah pun ada jugak, kan. Aku tak nak lari dari masalah, tapi.. aku sudah tidak larat untuk menanggung rasa kecewa. Sakitnya...Pas tu, mulalah aku terfikir nak bawa diri jauh-jauh. Ikut kawan yang beria-ia nak ajak ke Laos. Kerja kat sana. Masalahnya.. yang paling besarlah.. aku tak sanggup nk tinggal Dania lama-lama. Seminggu dua pun aku tak sanggup, apa lagi kalu sampai ke 3,4 tahun, biarpun lepas tu aku boleh relaks sampai 5 tahun. Kesian anak aku tu karang... Alamak, boss dah call, sambung nanti la ek... pasal penghijrahan aku ni.. hehe..

Apr 5, 2008

Terduduk...

Tanpa sedar kita, ada waktu-waktunya kita tidak kuat untuk menerima dugaan yang tidak kita jangkakan. Dan masa itu juga, barangkali kita tidak sedikitpun bersedia menerima sebarang hakikat yang mana tidak kuat untuk kita terima itu. Terduduklah kita buat seketika. Mujur ada kerusi yang tidak tahu apa-apa, yang tiba-tiba juga terpaksa menampung berat badan kita. Mujur juga berat aku baru naik cuma 2 kg. Dan, sesuatu kemujuran juga, aku masih waras lagi ketika itu, kerana masih sedar yang aku hanya tetamu di rumah teman yang memang tidak mengundang.

Maka, cepat aku bangun dan melarikan langkah kaki ke arah kereta yang menjadi suatu kemujuran juga, bukan aku yang memandu. Kalau tidak, sah-sah aku pecut kereta tu entah kemana-mana, asalkan boleh pecut selaju mungkin. Yer... itulah aku. Kalu ada masalah ajer, suka sangat melepaskan tekanan dengan cara memecut kereta laju-laju. Tapi, itu di kuala lumpur dulu la. Sebab kat sana ada highway. Kat sini, yang pernah aku buat ialah memecut kereta di jalan semarak menuju ke airport. Fuhh.. boleh tahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...