Bismillahirrahmanirrahim...
Terengganu sangat cerah semenjak dua menjak ini. Matahari bersinar membahang mulai awal pagi membawa ke petang. Tapi, Subhanallah, cuaca di awal pagi sangat sejuk. Kabus tebal dan untuk menyelak selimut bagaikan hidup segan mati tak mahu.
Oh yer, baru-baru ini di pantai Batu Buruk ada ekspo apa ntah. Ramai orang menjual pakaian dan segala bagai lagi dan kebanyakkan orang Thailand. Bagaimana aku tahu? Alaa.. dengar dia orang terhegeh-hegeh nak menjawab apabila kita bertanya sesuatu pun dah sangat ketara orang Thailand. Tapi, kenapa yer peniaga Thailand yang datang berniaga? Bukan pengusaha tempatan? Dalam kehairanan aku itu, sempat juga aku sambar sehelai baju kemeja putih dan skirt labuh 'Made in Thailand'. Hahaha...
Ada sesuatu yang agak mengejutkan ketika kunjungan kali pertama. Erkk... aku pergi 2 kali ajer yer. Jangan pula diingat bila disebut kali pertama, aku telah pergi berkali-kali. Ingat aku dah tak der keja lain dah nak dibuat! Hehe.. (Sebenarnya, merbahaya pergi tempat seperti itu untuk seorang seperti aku. Sekali pergi mesti sambar sehelai baju. Kalau 10 kali pergi, tak ke jadi 10 helai, didarab pula RM30. Argghh.. habih kat orang siam jer karang duit gaji aku!)
Ok. Actually it's something normal. Di hadapan astaka di situ dibina satu pentas yang dikendalikan oleh sekumpulan daripada mana aku sendiri tidak pasti. Mungkin RTM Terengganu. Mungkin juga badan persendirian. Dan diadakan rancangan apa, aku juga tidak pasti. Tetapi kebetulan ketika aku singgah disitu ada acara karaoke dijalankan.
Dua orang gadis kecil molek sedang menyanyikan lagu 'Cinta'. Bunyinya bergema di sepanjang pantai Batu Buruk yang dipenuhi dengan manusia yang amat ramai bagaikan semut menghurung gula. Tapi, tidak ramai yang menghiraukan mereka yang sedang menyanyi di atas pentas itu. Masing-masing sibuk ke sana ke mari, membeli ataupun hanya menjenguk jualan.
Ketika aku berpatah balik, kedengaran suara seorang perempuan mendendangkan lagu dangdut nyanyian Inul. Orang kelihatannya berpusu-pusu untuk melihat siapakah yang menyanyi. Aku tidak berminat untuk menjenguk di celah-celah orang yang ramai. Jadinya, aku terus berjalan di hadapan pentas itu, dibelakang penonton-penonton itu. Seketika di ruang yang tiada orang, aku memandang ke arah pentas.
O..o..o... Patutlah aku dengar ada yang ketawa dikalangan penonton. Ada juga yang mukanya nampak semacam. Ada juga bermuka tiada perasaan. Siapakah yang menyanyi itu? Yer.. seorang gadis yang berisi tubuh badannya, berpakaian agak seksi, dan bergelek!!! Aku bukan terkejut kerana tidak pernah melihat. Pernah. Tapi bukan disini. Di Kuala Lumpur. Di celah-celah keriuhan peniaga dan pengunjung 'up-town' di Danau Kota.
Yer. Disana, itu semua biasa. Tidak menghairankan. Tidak mempedulikan. Tidak pelik. Tapi, ini Terengganu. Terengganu yang pernah dikira kolot, nampaknya tidak kolot lagi. Sudah ada macam-macam. Termasuk mat-mat rempit yang tidak takutkan sesiapa. Gadis-gadis pembonceng yang berbaju sendat dan menampakkan lurah punggung. Dan itu, gadis bergelek tanpa segan silu di khalayak ramai.
Hmm.. Terengganu sudah 'maju' nampaknya..
Sigh.
Iklan
Feb 2, 2009
Masa lapang yang perlu diadakan.
Bismillahirrahmanirrahim...
Yer. Kita kena mengadakan masa lapang itu. Bukan mencarinya. Kalau cari, sampai bila-bilapun mungkin kita tak jumpa, kan kan kan. Masa tu, bukannya sesuatu yang boleh dipegang, dilihat, disentuh cam guli. Eh.. kenapa guli yer yang tumpang lalu kt situ? Kenapa bukan bola ker, kayu ker, komputer ker ataupun sabun ker? Hahaha.. tangan aku yang menaip, so ikut tangan ini la nak taip aper, kan. Lagipun rasanya tak der yang sensitifpun pasal membanding masa dengan guli walaupun antara dua tu langsung tak der perkaitan.
Dah..dah.. merepek la plak.
Ok. Camner yer nak mengadakan masa lapang itu? Aku rasa camni, kita kena padatkan aktiviti dalam satu masa dan menjimatkan serba sedikit masa lain. Jadinya, pada penghujung masa (dalam 24 jam itu), akan ada masa yang terluang.
Kenapa beria-ria nak mengadakan masa lapang ni?
Hehe.. sebabnya aku nak tengok movie. Banyak movies yang telah selamat diselamatkan ke dalam laptop. Dan aku mengharapkan movies itu selamat ditonton pada masa yang diselamatkan untuk tujuan tersebut itu.
Dan aku rasa juga, masa terluang itu akan diselamatkan dan diadakan diantara jam 10 malam sehingga 12 malam. Itupun sekiranya Aisya telah selamat tidur dan aku juga tidak terselamat tertidur bersama Aisya. Kan. Kan. Kan.

Feb 1, 2009
Perampas suami orang sekejamm zionis???
Bismillahirrahmanirrahim...
Topik hari ini dipetik daripada satu ruangan soaljawab atau tanya pakar di dalam myMetro hari ini. Saya tahu semua orang punya pendapat masing-masing tentang topik ini. Apa yang hendak saya tuliskan disini bukan bererti saya menyokong si'perampas' suami orang. Bukan juga bererti saya menyokong kenyataan 'Hamba Allah' yang mengatakan siperampas suami orang itu sekejam zionis. Saya hanya memberikan pendapat saya berdasarkan pengamatan saya daripada sekeliling (worlds around me), pengalaman kawan-kawan, juga diri sendiri.
Yer, saya tahu semuanya bermula daripada masalah 'Puteri Kota'. Dia yang berumur 18 tahun terus terang mengakui menggoda suami kakak angkatnya sendiri. Dia yang pada pendapat saya masih muda remaja, memang terang-terangan menaikkan kemarahan sesiapa sahaja yang membaca luahan masalahnya itu. Apabila bila dia langsung tidak dilayan oleh yang digoda, dia tercari-cari dimana silapnya. Dia juga malah makin mengagumi 'si suami' kerana sikap sisuami itu yang 'kuat iman'. Si Puteri Kota juga berterus terang tentang nafsu seksnya yang sukar dikawal, tentang beronani dan menghantar sms berbaur lucah.
Apa yang saya nampak disini adalah seorang remaja yang bermasalah. Dia mungkin bukan remaja hingusan atau pelajar sekolah, tetapi saya rasa dia berada dipertengahan usia dimana kekeliruan antara kehendak nafsu serta keinginan diri dan pendirian sebagai seorang muslim sedang berperang didalam diri. Saya rasa dia perlu dibantu, dibimbing, bukan dihentam.
Kerana itu saya sangat geram bila membaca maklumbalas sipenulis dan 'Hamba Allah' yang masih bersekolah itu. Penulis terutamanya, pada pendapat saya tidak memberi nasihat yang sepatutnya. Betul semua apa yang sipenulis balas, tapi kenapa perlu disenaraikan kelemahan-kelemahan dia. Satu persatu dihentam. Itu belum lagi sipenulis yang menyokong kenyataan 'Hamba Allah'. Si 'Hamba Allah' itu cuma seorang budak sekolah, yang masih dalam peringkat merangkak untuk mengenal erti hidup. Menggunakan bahasa yang kasar dan sebegitu keras menghentam seorang yang dalam kekeliruan adalah salah dan tidak patut digalakkan.
Yer, saya tahu ramai isteri-isteri yang menyokong kenyataan itu. Semestinya mereka marah sekiranya suami mereka dirampas. Seketika ini, saya teringat kata-kata Dato' Rahim Razali dalam filem 'CINTA', 'Isteri itu bukan hakmilik, tapi anugerah'. Bagaimana kalau perkataan 'isteri' itu ditukar kepada 'suami'? Menjadi tak ayat itu? 'Suami itu bukan hakmilik, tapi anugerah'. Yer, seorang lelaki boleh berkahwin sehingga 4 orang. Islam membenarkan itu.
Saya mempunyai beberapa orang yang masih belum berkahwin pada usia 30-an ataupun akhir 20-an. Yer, ada yang terus terang bercinta dengan suami orang. Yer, ada juga yang sangat mengelak untuk berkawan dengan suami orang. Saya juga kenal baik beberapa orang yang menjadi isteri ke-2 atau ke-3. Tidak, mereka tidak merampas suami orang, mereka cuma berkongsi dan menumpang kasih sayang. Tidak, mereka tidak kejam, malah mereka juga bahagia bersama keluarga besar mereka. Tidak, mereka tidak salah, tetapi sudah jodoh mereka begitu.
Seorang kawan juga pernah bercerita tentang suami orang yang selalu mendekati. Elak punya elak, akhirnya tersangkut juga. Sempat bercinta untuk seketika sebelum hubungan diputuskan atas alasan yang dia tidak sanggup untuk pergi lebih jauh. Maksudnya, dia tidak sanggup untuk menjadi isteri ke-2.
Tiada manusia yang sempurna. Susah juga untuk seseorang itu berterus terang tentang keburukan sendiri. Dan sekiranya ada, bantulah dia. Jangan dihentam kerana kita tidak berada ditempat dia. Kita tidak tahu bagaimana rasanya. Bagaimana perasaannya, dan hatinya. Dan, agaknya bagaimana kalau kita sendiri berada ditempatnya? Lebih baik atau lebih teruk?
Daripada pemerhatian saya, tidak mudah untuk seseorang membuat keputusan menumpang kasih orang atau dalam ertikata yang kasarnya, 'merampas suami orang'. Dan sekiranya seseorang itu kelihatannya mudah mengambil keputusan itu, percayalah, itu betul-betul jodohnya yang sudah ditetapkan Azzawajalla.
Wallahualam. Sesungguhnya kita tidak tahu, sedang Dia lebih mengetahui.

Subscribe to:
Posts (Atom)