Iklan

Feb 2, 2009

Kagumkah atau mengejekkah?

Bismillahirrahmanirrahim...

Terengganu sangat cerah semenjak dua menjak ini. Matahari bersinar membahang mulai awal pagi membawa ke petang. Tapi, Subhanallah, cuaca di awal pagi sangat sejuk. Kabus tebal dan untuk menyelak selimut bagaikan hidup segan mati tak mahu.

Oh yer, baru-baru ini di pantai Batu Buruk ada ekspo apa ntah. Ramai orang menjual pakaian dan segala bagai lagi dan kebanyakkan orang Thailand. Bagaimana aku tahu? Alaa.. dengar dia orang terhegeh-hegeh nak menjawab apabila kita bertanya sesuatu pun dah sangat ketara orang Thailand. Tapi, kenapa yer peniaga Thailand yang datang berniaga? Bukan pengusaha tempatan? Dalam kehairanan aku itu, sempat juga aku sambar sehelai baju kemeja putih dan skirt labuh 'Made in Thailand'. Hahaha...

Ada sesuatu yang agak mengejutkan ketika kunjungan kali pertama. Erkk... aku pergi 2 kali ajer yer. Jangan pula diingat bila disebut kali pertama, aku telah pergi berkali-kali. Ingat aku dah tak der keja lain dah nak dibuat! Hehe.. (Sebenarnya, merbahaya pergi tempat seperti itu untuk seorang seperti aku. Sekali pergi mesti sambar sehelai baju. Kalau 10 kali pergi, tak ke jadi 10 helai, didarab pula RM30. Argghh.. habih kat orang siam jer karang duit gaji aku!)

Ok. Actually it's something normal. Di hadapan astaka di situ dibina satu pentas yang dikendalikan oleh sekumpulan daripada mana aku sendiri tidak pasti. Mungkin RTM Terengganu. Mungkin juga badan persendirian. Dan diadakan rancangan apa, aku juga tidak pasti. Tetapi kebetulan ketika aku singgah disitu ada acara karaoke dijalankan.

Dua orang gadis kecil molek sedang menyanyikan lagu 'Cinta'. Bunyinya bergema di sepanjang pantai Batu Buruk yang dipenuhi dengan manusia yang amat ramai bagaikan semut menghurung gula. Tapi, tidak ramai yang menghiraukan mereka yang sedang menyanyi di atas pentas itu. Masing-masing sibuk ke sana ke mari, membeli ataupun hanya menjenguk jualan.

Ketika aku berpatah balik, kedengaran suara seorang perempuan mendendangkan lagu dangdut nyanyian Inul. Orang kelihatannya berpusu-pusu untuk melihat siapakah yang menyanyi. Aku tidak berminat untuk menjenguk di celah-celah orang yang ramai. Jadinya, aku terus berjalan di hadapan pentas itu, dibelakang penonton-penonton itu. Seketika di ruang yang tiada orang, aku memandang ke arah pentas.

O..o..o... Patutlah aku dengar ada yang ketawa dikalangan penonton. Ada juga yang mukanya nampak semacam. Ada juga bermuka tiada perasaan. Siapakah yang menyanyi itu? Yer.. seorang gadis yang berisi tubuh badannya, berpakaian agak seksi, dan bergelek!!! Aku bukan terkejut kerana tidak pernah melihat. Pernah. Tapi bukan disini. Di Kuala Lumpur. Di celah-celah keriuhan peniaga dan pengunjung 'up-town' di Danau Kota.

Yer. Disana, itu semua biasa. Tidak menghairankan. Tidak mempedulikan. Tidak pelik. Tapi, ini Terengganu. Terengganu yang pernah dikira kolot, nampaknya tidak kolot lagi. Sudah ada macam-macam. Termasuk mat-mat rempit yang tidak takutkan sesiapa. Gadis-gadis pembonceng yang berbaju sendat dan menampakkan lurah punggung. Dan itu, gadis bergelek tanpa segan silu di khalayak ramai.

Hmm.. Terengganu sudah 'maju' nampaknya..

Sigh.

1 comment:

  1. ye eh kak?
    mcm tak percaya saya.
    lama gila tak pegi ganu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...