Bismillahirrahmanirrahim...
Memandangkan malam ni idea tak nak mai, aku nak memperkenalkan diri sendiri lagi la. :D
Selepas SPM, aku merantau ke luar Terengganu. Buat pertama kalinya jauh dari keluarga terchenta. Ke Taiping, Perak Darul Ridzuan. Kakak yang belajar kat UKM yang hantar. Setahun di Sekolah Raja Tun Azlan Shah, aku belajar cakap loghat Perak. Lagi la aku duk sebilik ngan junior form 5. Ramai junior budak Perak. Hari-hari duk dengar, 'Kat ateh' (atas), 'kt keleh' (kelas), 'ayor' (air) dan macam-macam lagi la.
Kemudian, sambung belajar ke Pulau Pinang, Minden. Haa.. 4 tahun duk sana. Betul-betul dah jadi cam orang utara dah aku. Tahun pertama di Desa Gemilang. Habiskan matrikulasi di situ. Tahun pertama bergelar pelajar Housing, Building and Planning, aku duk Desa Kembara. Dan rapat ngan geng yang berniaga di cafeteria di desa itu. Diaorang sumer orang pure utara Kokdiang, Kedah. Lagi la pekat bahasa utara aku belajar ngan diaorang. 'Ketegaq piaq', 'hang', 'ayaq', dan semua la loghat diaorang dah termasuk dalam percakapan harian aku. 'Mai' dan 'sat' sampai la ni masih aku guna.
Kemudian tahun-tahun seterusnya menyewa di luar bersama kawan-kawan di apartment Permai Indah. Pernah ketika aku berkunjung ke rumah saudara angkat kawan aku (temankan kawan) di Kelang, Selangor, diaorang ingat aku orang utara!
Habis belajar, 4 tahun menjadi warga Kuala Lumpur. Cakap pun cara orang KL la. Hehe.. Sampai la ni, kalau aku tak biasa ngan seseorang, ataupun orang tu berpangkat lebih besar dari aku, automatically bahasa aku bertukar jadi bahasa KL. Hahaha.. tak tipu ni. Aku pun tak tahu naper jadi cam tu. Dah jadi habit.
Setahun di Johor, UTM Skudai tidak memberi apa-apa perubahan dalam percakapan harian. Loghat diaorg sama cam KL jer. Bahasa standard.
Ok la. Time to sleep. Esok keja. Cukup la merepek untuk malam ini.
Selamat malam semua!
Cakap arab apa cerita.....
ReplyDeleteyer ker u ni....u punya ni nak follow cam ner
ReplyDelete.:Anonym:.
ReplyDeleteAt least put la nama samarn skit, kan dh habaq. Anyway, my bahasa arab.. skrg praktis balik sejak Aisya masuk darjah 1. Sebb, darjah 1 pun dh kena blaja BA daa..
.:Cardio Spat:.
Hehe.. kena blaja byk lagi tu..
lame beno teman nunggu kat ateh, kate nok kkayo, moh le!
ReplyDelete.:chi am:.
ReplyDeletealahai.. teman tak paham la chi am.. kkayo tu menda? hahaha..
ye ke kak loghat orang jb sama dgn kl? lain je kak. orang johor bila bercakap peghok sket. hihi
ReplyDeleteNtah la Zeela.. akak duk Skudai, dgr sama jer. Tapi, kalu p Parit Sulong, Bt. Pahat rumah kakak ipar, memg susah nk faham jugak la.
ReplyDeleteHehe..