Iklan

May 10, 2011

Hari Hari Adalah Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim...


Petang semalam, sepulangnya saya dari pejabat, saya tengok ada benda ni atas kerusi yang mengadap meja studi dalam bilik. Tersenyum lebar saya dibuatnya. Memang pandai betul dia buat suprise kat mama dia.


Err... abaikan kesalahan ejaan di situ. Ini bukan dewan peperiksaan. Hehe.. Memandangkan ada sedikit pujian berbau permintaan di situ, maka saya penuhi permintaan dia malam tadi. Saya buat Peppermint Chocolate Cake, yang saya rasa sedap, berangin macam makan gula-gula mentos tetapi rupanya tidak menjadi peppermint sangat. Rupanya macam cake chocolate sepenuhnya. Hehe..


Yang berbalut itu adalah ini.. bekas telur yang cantik, yang merupakan buah tangan masa kenduri biras saya baru-baru ni. (saya tidak hadir kerana ketika itu berada di KL).


Tapi, kosong! Hahaha.. Balik dari sekolah, dia isikan pin-pin tudung mama ke dalamnya. Soooooo sweetttt...


Tapi saya bagitau dia, hari ibu adalah setiap hari sepanjang hayat kita, di mana ibu adalah orang sentiasa perlu kita sayang setiap detik dan saat, perlu kita hormati dan peluk cium sentiasa!

I love u too Dania Aisya, with all my heart and soul.

May 9, 2011

Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Bismillahirrahmanirrahim...


Bukit Besar yang terletak di Kuala Terengganu boleh dikatakan salah satu simbol negeri Terengganu yang gah dan terkenal dengan signboard besar 'Allah Peliharakanlah Terengganu'. Pada waktu malam, signboard yang bernyala itu mencantikkan lagi pemandangan malam di Terengganu berlebih-lebih lagi ianya tepat mengadap ke Jambatan Sultan Mahmud. Selain lambang gah negeri Terengganu, jangan tak tahu, Bukit Besar juga menjadi tempat rekreasi rakyat Terengganu yang mementingkan kesihatan. Yer la, takkan tak pasal-pasal nak pergi panjat bukit tu kalau bukan untuk sihat kan? Letih wooo... peluh meleleh memang mengkuyupkan baju.


Gambar pada ketinggian berapa tak tahu la.. tapi dah sesuku jalan la naik ni.

Saya sudah lama teringin nak panjat bukit itu. Kaki saya ini mungkin memang ada 'nyawa' kalau bab panjat memanjat ni. Sejak kecik lagi, suka panjat pokok kat sekeliling rumah hinggakan pokok kelapa pun pernah cuba panjat. Tapi, separuh jer la.. hehehe.. Bukit dekat-dekat rumah tokwan dan dekat-dekat kampung pun pernah hiking ngan kawan-kawan dan adik-beradik masa kecik-kecik dulu. Masa duk Taiping setahun, seingat-ingat saya dua kali pi panjat Bukit Larut yang cuma di belakang sekolah sahaja, dekat sangat. Tapi kitaorang ikut jungle trekking, lebih mencabar dan menyeronok dan tidak memenatkan berbanding melalui jalan tar yang dilalui kenderaan ke atas.


Kemudiannya masa duk Penang, Bukit Bendera pula menjadi mangsa. Pun seingat-ingat saya, dua kali jungle trekking ke puncak dan tidak pernah naik tren yang tersohor apabila menyebut Bukit Bendera. Itu kali terakhir juga, sebab selepas itu saya tidak lagi aktif mengikut geng memanjat mana-mana bukit lagi. Saya lebih selesa menyedut angin Penang menaiki bas ke Bukit Jambul, errr.. maksud saya, Kompleks Bukit Jambul. Hehe...


Bila dah bekerja dan menetap di kampung halaman ayah bonda, keinginan untuk memanjat Bukit Besar timbul apabila sering melihat ada sahaja manusia yang berjalan mengikut jalan tar ke puncak bukit yang ada pencawang TNB itu. Setiap hari, pagi dan petang, memang tak sah la kalau tak ada sesiapa yang berjalan lain atau turun. Dengar-dengarnya, bukit itu menjadi tempat mereka beriadah. Ajak orang itu, orang ini, tiada pun yang sama bersemangat macam saya. Nak pergi sendiri, macam tak selesa pula. Akhirnya keinginan terperuk begitu sahaja.


Sehinggalah baru-baru, nampaknya kawan-kawan yang sekarang memang bersemangat menjaga kesihatan. Rajin jogging, menjaga makan minum. Bagus sungguh! Hingga hari ini, kami sudah berpakat menjadi aktiviti memanjat sebagai rutin mingguan, 2 kali seminggu setiap ahad dan rabu (asalnya isnin dan rabu tetapi ditukar sebab ada sorang lagi kawan nak join sekali), manakala hari jumaat aktiviti bebas. Nak memanjat boleh, jogging boleh, senamrobik boleh, kuak lentang atas katil pun boleh.. hehe... Errr, biasa saya pula join senamrobik jer, atau membasuh kereta atau ke pasar tani atau pasar borong..

Pencawang kat puncak.

Setakat ini, sudah beberapa minggu aktiviti memanjat Bukit Besar berjalan lancar. Orang-orang yang turun naik pun, adalah kebanyakannya orang yang sama sahaja, dan kitaorg sudah boleh bertegur sapa dah dengan diaorg.


Pemandangan di puncak kinabalu.. eh.. silap, puncak bukit besar, hahahaha... berangan nak naik gunung kinabalu konon, yang berpuluh mungkin beratus kali ganda tingginya dari bukit besar. Bukit Besar ni, first time naik ambik masa sejam juga naik dan turun. Sekarang mungkin dah 20 minit jer kot turun naik. Biasanya orang-orang yang biasa naik turun tu, tiga atau dua kali naik turun untuk satu-satu sesi. Sebabnya, bila dah biasa, tak rasa puas sangat. Saya pun pernah, tapi kali kedua separuh jalan jer la, dah pancit. Hahaha...


Haa.. itu kawan-kawan memanjat saya. Syukur tau, dapat kawan yang membawa kita ke arah kebaikan ni. Hahaha.. Yer la, kawan yang makan kawan, dah kena dah. :(


Ini saya suka, pemandangan yang menghijau ini. Tenang jer rasa jiwa.

Ok, saya sudahi cerita saya yang saya rasa panjang ini dengan ucapan, jom jaga kesihatan! Yeay!!

Assalamualaikumm.

May 3, 2011

Selepas sepuluh hari

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiba-tiba keinginan untuk bercerita di sini datang lagi selepas sepuluh hari menyepikan diri dari dunia blog sendiri, tetapi tidak dengan blog-blog yang biasa dikunjungi. Tetap mencuri masa menjengah dan terpaku di blog-blog yang tersenarai di google reader dan akan merasa sedikit frust apabila google reader kosong. :(

Selain itu, sebenarnya banyak pula aktiviti real yang bukan maya, dilakukan sepanjang 10 hari ini. Itulah gunanya sahabat yang baik (alhamdulillah untuk ini), yang sama-sama bersemangat mengajak kita membuat aktiviti sihat. Maka disamping kita dapat menyihatkan badan, minda juga tenang. Syukur.

Saya buat apa sebenarnya?

1. Keluar jogging atau lebih tepat lagi join kumpulan senamrobik di taman reakreasi awam apabila tak larat jogging, telah hampir berjaya saya jadikan rutin mingguan. Saya memang dari dulu, tak larat jogging sebenarnya. Lebih suka bersenam dan aerobik. Dan ternyata, senamrobik dari awal hingga akhir selama sejam setengah adalah sangat berbaloi mengeluarkan peluh daripada berlari-lari anak kemudian berjalan-jalan, kemudiannya berlari lagi, berjalan lagi. Ntah apa-apa..

2. Kemudiannya, mendapat aktiviti baru yang telah lama saya ingin buat tetapi tiada semangat dan kawan-kawan yang sama-sama bersemangat melakukannya. Panjat Bukit Besar. Saya akan bercerita tentang ini nanti. Syukur sekali lagi, mendapat kawan yang sama-sama suka melakukan aktiviti sihat ini.

3. Betul juga kata seorang kenalan, bersenam atau melakukan aktiviti mengeluarkan peluh ini salah satu cara melepaskan tekanan. Malah, ianya juga bererti kita telah menghabiskan waktu kita dengan aktiviti sihat. Bila sudah penat badan, tidur juga menjadi nyenyak. Nikmat, bukan?

4. Sebagaimana perancangan dulu, saya telah ke PWTC bagi meramaikan lagi orang ramai yang berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di sana baru-baru ini. Dan kunjungan saya adalah sebanyak dua kali bersamaan dua hari di mana sehari (jumaat) adalah selama hampir 5 jam (orang tidak terlalu ramai) dan sehari lagi adalah hampir satu jam sahaja (ahad, last day), kerana orang terlalu-lalu sesak.

5. Bercuti selama empat hari (termasuk jumaat dan sabtu), dengan 12 jam adalah memandu sendiri berseorangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur (sepatutnya 6 jam pergi dan 6 jam balik), ditambah hampir satu jam kerana kereta yang bersusun dan berderet dari Kemaman ke Kuala Terengganu, tidur yang kurang nyenyak selama tiga malam di rumah adik (biasa la apabila bertukar tempat tidur) dan menghabiskan sehari-hari di luar dengan shopping adalah sangat sangat sangat meletihkan, dan keletihan itu hanya terasa dan disedari apabila mulai isnin lepas, pagi adalah waktu yang sangat susah untuk membuka mata dan tengahari di pejabat adalah waktu yang kalau boleh hendak melelapkan mata. Ok, ayat terlalu panjang tanpa noktah. Maaf. :D

6. Tapi, pencinta buku ini, kalau sudah mengadap buku/novel, keletihan dan mengantuk itu terus berlalu pergi, hilang entah ke mana. Kalau diikutkan nafsu, sampai pagi boleh bersengkang mata demi buku/novel.

7. Ok, nak sambung baca novel Syud, 'Untuk Awak Teja Aulia'.


Babai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...