Iklan

May 3, 2011

Selepas sepuluh hari

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiba-tiba keinginan untuk bercerita di sini datang lagi selepas sepuluh hari menyepikan diri dari dunia blog sendiri, tetapi tidak dengan blog-blog yang biasa dikunjungi. Tetap mencuri masa menjengah dan terpaku di blog-blog yang tersenarai di google reader dan akan merasa sedikit frust apabila google reader kosong. :(

Selain itu, sebenarnya banyak pula aktiviti real yang bukan maya, dilakukan sepanjang 10 hari ini. Itulah gunanya sahabat yang baik (alhamdulillah untuk ini), yang sama-sama bersemangat mengajak kita membuat aktiviti sihat. Maka disamping kita dapat menyihatkan badan, minda juga tenang. Syukur.

Saya buat apa sebenarnya?

1. Keluar jogging atau lebih tepat lagi join kumpulan senamrobik di taman reakreasi awam apabila tak larat jogging, telah hampir berjaya saya jadikan rutin mingguan. Saya memang dari dulu, tak larat jogging sebenarnya. Lebih suka bersenam dan aerobik. Dan ternyata, senamrobik dari awal hingga akhir selama sejam setengah adalah sangat berbaloi mengeluarkan peluh daripada berlari-lari anak kemudian berjalan-jalan, kemudiannya berlari lagi, berjalan lagi. Ntah apa-apa..

2. Kemudiannya, mendapat aktiviti baru yang telah lama saya ingin buat tetapi tiada semangat dan kawan-kawan yang sama-sama bersemangat melakukannya. Panjat Bukit Besar. Saya akan bercerita tentang ini nanti. Syukur sekali lagi, mendapat kawan yang sama-sama suka melakukan aktiviti sihat ini.

3. Betul juga kata seorang kenalan, bersenam atau melakukan aktiviti mengeluarkan peluh ini salah satu cara melepaskan tekanan. Malah, ianya juga bererti kita telah menghabiskan waktu kita dengan aktiviti sihat. Bila sudah penat badan, tidur juga menjadi nyenyak. Nikmat, bukan?

4. Sebagaimana perancangan dulu, saya telah ke PWTC bagi meramaikan lagi orang ramai yang berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di sana baru-baru ini. Dan kunjungan saya adalah sebanyak dua kali bersamaan dua hari di mana sehari (jumaat) adalah selama hampir 5 jam (orang tidak terlalu ramai) dan sehari lagi adalah hampir satu jam sahaja (ahad, last day), kerana orang terlalu-lalu sesak.

5. Bercuti selama empat hari (termasuk jumaat dan sabtu), dengan 12 jam adalah memandu sendiri berseorangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur (sepatutnya 6 jam pergi dan 6 jam balik), ditambah hampir satu jam kerana kereta yang bersusun dan berderet dari Kemaman ke Kuala Terengganu, tidur yang kurang nyenyak selama tiga malam di rumah adik (biasa la apabila bertukar tempat tidur) dan menghabiskan sehari-hari di luar dengan shopping adalah sangat sangat sangat meletihkan, dan keletihan itu hanya terasa dan disedari apabila mulai isnin lepas, pagi adalah waktu yang sangat susah untuk membuka mata dan tengahari di pejabat adalah waktu yang kalau boleh hendak melelapkan mata. Ok, ayat terlalu panjang tanpa noktah. Maaf. :D

6. Tapi, pencinta buku ini, kalau sudah mengadap buku/novel, keletihan dan mengantuk itu terus berlalu pergi, hilang entah ke mana. Kalau diikutkan nafsu, sampai pagi boleh bersengkang mata demi buku/novel.

7. Ok, nak sambung baca novel Syud, 'Untuk Awak Teja Aulia'.


Babai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...