Iklan

May 22, 2011

Pesta Buku Antarabangsa yang lalu

Bismillahirrahmanirrahim...



Untuk kali ini, aku rasa aku membeli terlalu banyak buku. Jauh daripada apa yang aku senarai pendek untuk dicari dan dibeli. Untuk Aisya sahaja, selain buku Puteri Santubong yang memang telah lama didambakannya iaitu semenjak berjumpa teks dan lagu Puteri Santubong dalam buku teks Bahasa Malaysia Darjah Tiga miliknya, banyak pula buku-buku lain yang aku belikan untuk dia. Tujuan aku lambakkan buku cerita untuknya, supaya dia menjadi sedikit macam aku dulu-dulu. Berulang-ulang membaca buku cerita milik kakak, termasuk buku yang dipinjam di library kerana memang suka sungguh membaca! Err.. buku cerita la kan. Hahaha.... Sehinggakan aku boleh bermimpi menjadi penyiasat seperti lima sekawan tu, atau ke sekolah Seri Melur bersama-sama Fauziah (watak dalam cerita itu). Itu semua buku Enid Blytons, versi melayu of course. Aku tidak macam kakak yang terror English!


Ok, antara buku yang aku beli untuk Aisya;
1. Puteri Santubong (paling mahal sebab hardcover)
2. Wafiya Puteri Kota Cinta (dibeli kerana risau tak jumpa Puteri Santubong, untuk dijadikan galang ganti.. hehe), keluaran PTS.
3. The Wishing Tree, A Friend In Need
4. Mindy and Mandy, the Twins - Mad About Magic (kedua-dua buku ini, satu berharga RM1.50 sahaja, dan mempunyai bahasa English yang simple, mudah difahami).
5. Heidi (my favourite story)
6. Hansel and Gretel (kedua-dua buku ini juga mempunyai bahasa yang ringkas, disamping cerita yang menarik)





Mine? Hehe.. Langsung lari dari senarai pendek. Aku cari novel Salina yang ditulis A.Samad Said, cetakan semula yang kononnya akan dijual mulai tarikh pesta buku itu bermula, tetapi sayangnya apabila ditanya di booth PTS, belum dikeluarkan. Sedihnya juga sekejap. Aku kena cari online juga nampaknya.



Seperti movie yang akan aku tonton apabila membaca review yang menarik sahaja, begitu juga dengan buku. Aku akan tidak jemu mengulang baca sekiranya sesebuah buku itu memenuhi citarasa aku, dan aku akan cari untuk dijadikan koleksi. Begitulah bagaimana aku boleh akhirnya membeli buku-buku Khadijah Hashim iaitu Merpati Putih Terbang Lagi dan Badai Semalam. Dan aku terpengaruh dengan review buku-buku di sebuah blog yang aku subscribe di Google Reader aku, menyebabkan aku membeli Tuesdays With Morrie iaitu sebuah buku International Best Seller yang diterjemahkan ke bahasa melayu dan dikeluarkan oleh PTS. Juga Tiga Kali Seminggu daripada Dr. Faisal Tehrani . Aku teringin sudah lama untuk membaca novel tulisan Penerima Anugerah Seni Negara ini.





Kemudian dua buah buku travelog tarbiah juga aku sambar, bagi mengisi niat hendak membaca dan melihat apakah travelog sebenarnya. Kelihatannya menarik, tambahan pula ianya adalah tulisan Hasrizal Abdul Jamil, iaitu penulis buku best seller AKU TERIMA NIKAHNYA (yang ini aku tidak beli, belum masanya.. hehe), maka dalam deretan buku-buku yang belum dibaca, ada Rindu Bau Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih.



Tiga buah novel Norhayati Berahim yang terbaru, juga tersusun antara yang belum dibaca. Tebal-tebal semuanya. Adik punya itu. Hehe... Dia pengumpul novel NB Kara, dan aku tumpang baca. :D





Baru habis baca Damai (lamanya baru habis!), dan baru memulakan travelog tarbiah pertama, Rindu Bau Pohon Tin. Akan menghabiskannya secepat mungkin, Insyaallah.


Salam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...