Bismillahirrahmanirrahim...
Ini cerita petang tadi. Duduk di desa, dengan mak ayah pula, balik kerja di petang hari mesti bancuh teh dan makan keropok yang mak goreng, panas-panas. Sedap! Sambil bercerita tentang apa sahaja, orang itu meninggal ker, orang ini sakit ker, saudara itu, saudara ini. Tentang lembu beranak, ayam, itik dan pepohon juga termasuk dalam penceritaan sekiranya ada yang menarik. Biasalah, orang-orang tua punya cerita kan.
Kemudiannya keluarlah cerita pasal mak saudara, yang juga duduk sekampung. Usia mak saudara saya yang dipanggil mokcek itu rasa-rasanya dah hampir 60 tahun. Kalau kerja kerajaan dah pencen la. Tapi mokcek tidak bekerja, dia ditanggung sepenuhnya oleh suami yang bekerja menjual ikan di pasar dan anak-anak yang sudah bekerja. Sambil-sambil juga dia menghulur bantuan kewangan kepada anaknya yang sudah berkahwin dan beranak pihak. Memang tidak patut. Err.. bukan tidak patut dia menghulurkan bantuan, tidak. Tetapi sangat tidak patut tindakan anaknya yang itu.
Mokcek bercerita kepada mak, dia ke pejabat KWSP beberapa minggu yang lalu. Kononnya hendak menutup akaun KWSP dan mengeluarkan kesemua simpanan yang ada. Ceritanya pada mak, dia pernah bekerja sekejap dahulu selepas kematian suami. Jadi, adalah sedikit wang KWSP yang dia sendiri tidak pasti berapa.
Bila diperiksa, wang KWSPnya berjumlah ringgit malaysia seratus lima puluh sahaja. Dan dia memang hendak mengeluarkan semualah bukan. Duitnya sikit sahaja! Nak simpan-simpan kat situ buat apa. Tetapi dia diberitahu oleh pegawai yang bertugas, hanya dibenarkan mengeluarkan cuma lima puluh sahaja! Huhh.. terkejut betul dia. Usia yang hanya tunggu masa tu pun, masih tidak boleh mengeluarkan wang sendiri untuk kegunaan sendiri. Mokcek akhirnya tidak mengeluarkan satu sen pun, sebab katanya hendak dibuat apa setakat duit lima puluh ringgit itu. Sekelip mata, lenyaplah ia.
Haa.. sekarang, cuma anda bayangkan, anda berada di tempat mak saudara saya itu. Hahahaha...
Ini omongan kosong saya dengan mak. Juga pendapat peribadi saya sebenarnya. Kenapa hendak ditahan-tahan duit orang? Memang la duit itu untuk simpanan masa depan, untuk hari tua kononnya. Tapi, satu hal plak macam mak saudara tu, dah tua-tua begitu pun tidak boleh dikeluarkan habis lagi. Sama la dengan orang lain kan. Kalau begitu, duit itu untuk siapa sebenarnya? Untuk anak-anak atau cucu-cucu atau untuk kita yang bekerja dari muda sampai tua?
Keduanya, dah tua-tua begitu hendak dibuat apa lagi duit banyak-banyak? Takkanlah baru hendak beli rumah, buat rumah, duduk sekejap dirumah besar-besar, 'rumah' kekal disana dah memanggil. Hendak pergi jalan-jalan pusing dunia, tak larat dah.
Ketiga, duit KWSP banyak-banyak itu juga, akhirnya bila tuan empunya tidak boleh keluarkan, akan menjadi rebutan anak beranak pula. Anak-anak berebut, isteri nak, mak dan ayah sebut hak. Eh, ada tahu kes macam ni. Susah-susah.
Keempatnya, bila mak bapak banyak harta termasuk duit KWSP, anak-anak pun akan berjoli sakan. Tidak perlu bersusah payah mengumpul harta lagi. Harta yang ada tujuh keturunan pun tak habis makan. Maka, tak anak-anak tak perlu belajar tinggi, kerja kuat-kuat. Duit banyak, joli jer la. Mak gelak sakan bila saya sebut tujuh keturunan tak habis makan. Hahahaha...
Ok.. itu sahaja untuk kali ini. Itu pendapat saya secara sembang-sembang kosong dengan emak di petang hari. Jangan peduli sangat. Mungkin ada benarnya, mungkin ada salahnya. Anda fikir sendiri. Hehe..
Babai.
No comments:
Post a Comment