Bukit Besar yang terletak di Kuala Terengganu boleh dikatakan salah satu simbol negeri Terengganu yang gah dan terkenal dengan signboard besar 'Allah Peliharakanlah Terengganu'. Pada waktu malam, signboard yang bernyala itu mencantikkan lagi pemandangan malam di Terengganu berlebih-lebih lagi ianya tepat mengadap ke Jambatan Sultan Mahmud. Selain lambang gah negeri Terengganu, jangan tak tahu, Bukit Besar juga menjadi tempat rekreasi rakyat Terengganu yang mementingkan kesihatan. Yer la, takkan tak pasal-pasal nak pergi panjat bukit tu kalau bukan untuk sihat kan? Letih wooo... peluh meleleh memang mengkuyupkan baju.
Saya sudah lama teringin nak panjat bukit itu. Kaki saya ini mungkin memang ada 'nyawa' kalau bab panjat memanjat ni. Sejak kecik lagi, suka panjat pokok kat sekeliling rumah hinggakan pokok kelapa pun pernah cuba panjat. Tapi, separuh jer la.. hehehe.. Bukit dekat-dekat rumah tokwan dan dekat-dekat kampung pun pernah hiking ngan kawan-kawan dan adik-beradik masa kecik-kecik dulu. Masa duk Taiping setahun, seingat-ingat saya dua kali pi panjat Bukit Larut yang cuma di belakang sekolah sahaja, dekat sangat. Tapi kitaorang ikut jungle trekking, lebih mencabar dan menyeronok dan tidak memenatkan berbanding melalui jalan tar yang dilalui kenderaan ke atas.
Kemudiannya masa duk Penang, Bukit Bendera pula menjadi mangsa. Pun seingat-ingat saya, dua kali jungle trekking ke puncak dan tidak pernah naik tren yang tersohor apabila menyebut Bukit Bendera. Itu kali terakhir juga, sebab selepas itu saya tidak lagi aktif mengikut geng memanjat mana-mana bukit lagi. Saya lebih selesa menyedut angin Penang menaiki bas ke Bukit Jambul, errr.. maksud saya, Kompleks Bukit Jambul. Hehe...
Bila dah bekerja dan menetap di kampung halaman ayah bonda, keinginan untuk memanjat Bukit Besar timbul apabila sering melihat ada sahaja manusia yang berjalan mengikut jalan tar ke puncak bukit yang ada pencawang TNB itu. Setiap hari, pagi dan petang, memang tak sah la kalau tak ada sesiapa yang berjalan lain atau turun. Dengar-dengarnya, bukit itu menjadi tempat mereka beriadah. Ajak orang itu, orang ini, tiada pun yang sama bersemangat macam saya. Nak pergi sendiri, macam tak selesa pula. Akhirnya keinginan terperuk begitu sahaja.
Sehinggalah baru-baru, nampaknya kawan-kawan yang sekarang memang bersemangat menjaga kesihatan. Rajin jogging, menjaga makan minum. Bagus sungguh! Hingga hari ini, kami sudah berpakat menjadi aktiviti memanjat sebagai rutin mingguan, 2 kali seminggu setiap ahad dan rabu (asalnya isnin dan rabu tetapi ditukar sebab ada sorang lagi kawan nak join sekali), manakala hari jumaat aktiviti bebas. Nak memanjat boleh, jogging boleh, senamrobik boleh, kuak lentang atas katil pun boleh.. hehe... Errr, biasa saya pula join senamrobik jer, atau membasuh kereta atau ke pasar tani atau pasar borong..
Pemandangan di puncak kinabalu.. eh.. silap, puncak bukit besar, hahahaha... berangan nak naik gunung kinabalu konon, yang berpuluh mungkin beratus kali ganda tingginya dari bukit besar. Bukit Besar ni, first time naik ambik masa sejam juga naik dan turun. Sekarang mungkin dah 20 minit jer kot turun naik. Biasanya orang-orang yang biasa naik turun tu, tiga atau dua kali naik turun untuk satu-satu sesi. Sebabnya, bila dah biasa, tak rasa puas sangat. Saya pun pernah, tapi kali kedua separuh jalan jer la, dah pancit. Hahaha...
Haa.. itu kawan-kawan memanjat saya. Syukur tau, dapat kawan yang membawa kita ke arah kebaikan ni. Hahaha.. Yer la, kawan yang makan kawan, dah kena dah. :(
Ok, saya sudahi cerita saya yang saya rasa panjang ini dengan ucapan, jom jaga kesihatan! Yeay!!
Assalamualaikumm.
No comments:
Post a Comment