Iklan

May 22, 2011

Ini sebuah pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim...



Petang Ahad, seperti biasa empat staf di sini termasuk aku akan membuat persiapan awal, dari pagi lagi. Memasukkan semua pakaian seperti seluar track, t-shirt, stocking dan kasut siap-siap ke dalam beg dan boot kereta. Menyiapkan semua kerja (hampir) untuk hari itu dengan cepat supaya nanti tiada suara sumbang yang bising-bising. Dan mengisi perut supaya nanti perut tidak terlalu kosong juga tidak terlalu penuh.


Solat asar sebaik sahaja azan berkumandang, seboleh-bolehnya begitulah. Dan bersiap-siap menukar baju apabila jam tepat 5 petang. Begitulah rutinnya ahad dan rabu, sejak beberapa minggu yang lepas.


Memanjat Bukit Besar menggunakan jalan tar ke puncak bukit, turun dan panjat lagi sekiranya larat. Bertegur sapa dengan yang sudah sering ke temu, biarpun sekadar anggukan atau senyum mesra.


Kemudiannya hari ini, keseronokkan memanjat melupakan aku pada umur yang dipertengahan tiga puluh, serta stamina yang semakin kurang seiring dengan umur. Apabila dijemput join jungle trekking ke bawah bukit dan naik semula nanti, aku tidak teragak-agak untuk turut serta. Macam budak-budak! Err.. cikgu yang aku baru kenal itu pun sempat bertanya, belajar dimana? Hahaha.. kitaorang macam budak-budak barangkali.


Separuh jalan, sudah semput, nafas turun naik dan penglihatan mula kabur. Rasa nak pitam! Arghhh!!! Kononnya nak panjat Kinabalu?? Hai, berangan sahajalah nampaknya! Hahahahaha.....


Serius aku tidak puas hati. Aku kena memperbanyakkan aktiviti-aktiviti begini nampaknya supaya stamina bertambah. Err.. betulkah? Dua kali seminggu tidak cukup barangkali. Dah la sejak pulang dari Kuala Lumpur ari tu, aku tidak jenguk lagi taman rekreasi Batu Buruk pada hari jumaat kerana kononnya membasuh kereta sudah cukup mengeluarkan peluh. Ishh...


Memang tak puas hati. Lepas ni, aku nak pergi lagi jungle trekking tu, tapi selepas aku rasa cukup stamina la. Hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...