Iklan

Apr 16, 2012

Puding Susu Dengan Buah Naga



Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah... lega dapat tengok blogger interface yang lama semula. Baru-baru ini, entah macam mana boleh pergi cuba updated blogger interface. Mana tahu lebih baik daripada yang sedia ada. Tapi agak mengecewakan, pada pendapat saya, ianya tidak mesra pengguna. Atau mungkin juga sebab dah biasa dengan yang lama, dan susah hendak menerima pembaharuan. Macam dalam hidup ini juga...


Dah lama sungguh tidak membuat kek. Keinginan ada, tapi tidak cukup menguatkan semangat. Susu segar yang dikeluarkan dari peti ais, boleh dimasukkan semula selepas beberapa jam. Betapa. Sedangkan baru-baru ini hampir sekotak susu segar sudah pun terbuang sia-sia. Akibat masam selepas lama tidak dipedulikan. Ada pula susu cair yang sudah ditebuk (buat nasi minyak), digunakan separuh tin sahaja dan separuh lagi sekiranya terbiar lebih lama akan turut bergabung melayan ke tong sampah. (Sudah acap kali juga perkara ini berlaku).


Pokoknya kalau berbuat apa-apa (makanan) di rumah, memang tidak perlu berbuat banyak-banyak. Ayah kurang makan nasi-nasi yang dimasak pelbagai rupa dan rasa, ayah lebih suka nasi putih sahaja (di pagi raya ayah terpaksa makan juga sebab nasi putih tidak dimasak, kecuali nasi sejuk semalamnya). Emak tidak makan ayam dan daging, dan ikan pula hanya ikan-ikan biasa. Hanya saya, Aisya dan cik (adik lelaki saya) yang tolak batu dengan kayu sahaja. Hahaha...


Supaya tidak berlaku lebih banyak pembaziran, dikuatkan semangat malam tadi. Lewat petang sebelum maghrib, dikeluarkan susu cair dari fridge. Dan selepas makan malam sekitar jam 9 malam, diletakkan periuk atas dapur gas. Serbuk agar-agar dalam bekas plastik peraknya yang bergulung dan berikat dengan getah dicapai dan terus dimasukkan ke dalam periuk. Saya tidak langsung meneliti serbuk agar-agar itu kerana saya ingatkan itu adalah baki serbuk agar-agar tanpa kaler yang saya gunakan beberapa hari yang lalu (saya buat puding susu coklat 1 malaysia - ada 2 kotak yang Aisya takut sakit perut kalau meminumnya). Biasanya untuk satu paket serbuk agar-agar jenama Nona (10g kot), saya boleh buat dua kali.

Kemudiannya saya terus masukkan air. Dan berlakulah sesuatu yang agak mengejutkan tetapi masih dibawah kawalan. Hehe... Warna hijau! Rupa-rupanya serbuk agar-agar tu ada pewarna hijau. Saya telah terambil baki serbuk agar-agar yang lama dulu. Memang saya selalu pastikan stok bahan-bahan untuk buat kuih sentiasa ada. Emak dan Aisya sudahpun memotong buah naga merah. Alaa.. tak perlah, hijau campur susu, mungkin tidak berapa hijau kot. Saya masukkan gula secukupnya, susu cair, dan 2 sudu besar tepung jagung (dicampurkan dengan susu cair terlebih dahulu supaya tidak berketul). Masak sehingga sedang elok pekatnya, tutup api dan angkat.


Dalam bekas yang sudah diletakkan dalam peti ais dahulu supaya, kata orang puding cepat mengeras, saya susun-susunkan potongan buah naga. Dan saya tuangkan adunan puding yang sudah saya biarkan suam terlebih dahulu. Boleh 2 bekas, saya letak dalam peti ais.



Pagi tadi, breakfast saya siap ada pencuci mulut. Hahaha.. Selepas dihabis sebekas kecil polisterin nasi goreng yang ayah beli di kedai, saya rasa puding semalam. Sedapnya.. Kata saya pada mak, cair di mulut la mak. Hahaha.. Tak keras sangat, dan saya suka puding yang lembut begitu. Jarang saya buat puding jadi selembut itu.

Hasilnya.. inilah.



Apr 8, 2012

Petua Mengurangkan Angin Dalam Badan

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhir-akhir ini saya baru sedar, bila umur semakin meningkat metabolisme badan kita akan semakin perlahan. Sebab itu baru-baru ini, bila saya lama meninggalkan aktiviti memanjat Bukit Besar dan hanya sesekali sahaja bermain badminton, berat badan saya tiba-tiba meningkat ke 49kg! Memang terkejut mula-mulanya, sebab selama ini paling berat badan saya yang dapat dicapai (selepas melahirkan Aisya hampir 9 tahun lepas) cuma 46kg sahaja. Kemudiannya bila Busu juga turut bersungut susahnya hendak mendapatkan berat asal seperti dulu disebab metabolisma yang semakin perlahan, baru saya tersedar. Yer, makin bertambah usia bererti metabolisme semakin perlahan.

Sama juga dulu saya perlahan-lahan perasan bahawa bila bertambahnya usia, parut semakin susah hendak hilang, uban makin bertambah, perasaan dan jiwa semakin matang, dan.. badan juga mudah masuk angin!

Baru-baru masa blog hopping, saya terjumpa petua ini, yang memang saya akui, tak pernah saya dengar atau baca di mana-mana selama ini. Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan. Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.
Saidina Ali berkata ;“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

Ini bererti apabila kita hendak makan epal, kita hendaklah mengambil baunya dahulu (menghidu baunya), kemudian baru kita makan epal itu.

Maka, sudah beberapa hari juga saya mencuba petua itu yang saya rasa berkemungkinan besar sekiranya kita mengamalkannya secara berterusan, ianya memang berkesan. Ini kerana, selepas kita hidu bau epal dan makan mungkin setengah biji epal, nasi mungkin kita boleh habiskan separuh daripada biasa. Rasanya macam kita dah kenyang, malah untuk menghabiskan sebiji epal juga macam tidak berapa nak mampu lagi. Err.. itu apa yang saya rasa.

Sebenarnya saya sedang dalam proses hendak menghabiskan 2 plastik epal merah dalam fridge sebelum epal-epal itu rosak dan dibuang sahaja. Kalau epal hijau, cepat sahaja habisnya. Potong-potong, taburkan secubit garam, gaul rata dan makan. Takpun campurkan dengan sedikit apple cider. Memang sedap.Yummy!

Mar 28, 2012

Rabu - Astaghfirullah hal'azim

Bismillahirrahmanirrahim...


Rabu menjelma lagi. Allahuakbar... perasan tak sekarang ni masa sangat cepat berlalu. Sekejap-sekejap seminggu dah berlalu. Pejam celik dah habis sebulan. Hari rabu, perbanyakkan beristighfar. Peringatan untuk diri sendiri.


Selepas seminggu tak sihat minggu lepas, cuti sehari, mc dua hari, kerja berlambak-lambak untuk disiapkan minggu ini. Tak berapa sempat nak jenguk blog. Ada lebih 50 senarai belum dibaca di Google Reader. Sesekali pun sempat buka yang tidak penting dan tidak mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan bacaan satu-satu entri, seperti entri-entri Oh Bulan tentang artis korea. Saya tak bacapun, sekadar klik untuk menghilangkannya dari senarai. Atau sekadar nak tahu header, seperti Mawi kena rompak.


Dan save the best for last, hahaha.. Macam budak-budak. Makan roti telur, bahagian yang banyak telur makan last sekali. Oh.. saya masih begitu di usia sekarang. Hehe.. Oleh itu, entri-entri baru blog Rasa Hati, Khairul Abdullah Life in Germany, Hanis Zalikha, Serenity Now, Tinta Anak Terengganu, Mrs. Plain-June, dan banyak lagi, masih tersusun dalam senarai unread.


Balik rumah, kena mengadap Aisya dan kerja-kerja sekolahnya. Minta hadiah walaupun dapat nombor 19 daripada 34 dalam kelas, juga daripada 88 dalam darjah. Nak bagi semangat, dah menjanjikan DIY card sahaja. Bawah dari 10 baru dapat hadiah. Nombor 1 dapat basikal 'pixie'. Hehe...


Nanti nak jenguk Pinterest, nak cari idea. I fall in love with Pinterest sejak mengenalinya. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...