Iklan

Apr 8, 2012

Petua Mengurangkan Angin Dalam Badan

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhir-akhir ini saya baru sedar, bila umur semakin meningkat metabolisme badan kita akan semakin perlahan. Sebab itu baru-baru ini, bila saya lama meninggalkan aktiviti memanjat Bukit Besar dan hanya sesekali sahaja bermain badminton, berat badan saya tiba-tiba meningkat ke 49kg! Memang terkejut mula-mulanya, sebab selama ini paling berat badan saya yang dapat dicapai (selepas melahirkan Aisya hampir 9 tahun lepas) cuma 46kg sahaja. Kemudiannya bila Busu juga turut bersungut susahnya hendak mendapatkan berat asal seperti dulu disebab metabolisma yang semakin perlahan, baru saya tersedar. Yer, makin bertambah usia bererti metabolisme semakin perlahan.

Sama juga dulu saya perlahan-lahan perasan bahawa bila bertambahnya usia, parut semakin susah hendak hilang, uban makin bertambah, perasaan dan jiwa semakin matang, dan.. badan juga mudah masuk angin!

Baru-baru masa blog hopping, saya terjumpa petua ini, yang memang saya akui, tak pernah saya dengar atau baca di mana-mana selama ini. Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan. Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.
Saidina Ali berkata ;“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

Ini bererti apabila kita hendak makan epal, kita hendaklah mengambil baunya dahulu (menghidu baunya), kemudian baru kita makan epal itu.

Maka, sudah beberapa hari juga saya mencuba petua itu yang saya rasa berkemungkinan besar sekiranya kita mengamalkannya secara berterusan, ianya memang berkesan. Ini kerana, selepas kita hidu bau epal dan makan mungkin setengah biji epal, nasi mungkin kita boleh habiskan separuh daripada biasa. Rasanya macam kita dah kenyang, malah untuk menghabiskan sebiji epal juga macam tidak berapa nak mampu lagi. Err.. itu apa yang saya rasa.

Sebenarnya saya sedang dalam proses hendak menghabiskan 2 plastik epal merah dalam fridge sebelum epal-epal itu rosak dan dibuang sahaja. Kalau epal hijau, cepat sahaja habisnya. Potong-potong, taburkan secubit garam, gaul rata dan makan. Takpun campurkan dengan sedikit apple cider. Memang sedap.Yummy!

2 comments:

  1. Badan saya banyak angin....pasti saya nak cuba!!!

    ReplyDelete
  2. Cuba.. jgn tak cuba. Tp kena amalkan selalu.

    Stok apple saya dah habis, kena beli lagi ni. Hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...