Bismillahirrahmanirrahim...
Sesekali difikirkan kekerapan laptop itu rosak, mahu sahaja saya mencari laptop yang lain. Tapi untuk apa yer?
Kekerapan saya mengadap laptop adalah boleh dikategorikan sebagai sangat jarang. Kalau diberi bintang, mungkin hanya dapat dua bintang. Daripada sepuluh, hanya boleh diberi 4 markah. Nampak kan disitu, kenapa blog ini jarang berupdate.. Hehe..
Hampir seharian, dari jam 8.30 pagi sehingga 5 petang, waktu saya banyak dihabiskan ditempat duduk (sesuatu yang sangat tidak sihat.. saya baru rasa kesannya sejak akhir-akhir ini!) mengadap komputer. Mesin pencetak pula disebelah sahaja. Menaip, editing document, mengadap pelan, semuanya hanya di meja ini. Bangun untuk ke bilik air dan makan sahaja. Sesekali pula bermesyuarat diluar atau ke tapak bina untuk penilaian kerja semasa. Kalau kerja kurang, saya mengadap internet, seperti sekarang.. hehe..
Balik rumah, saya lebih suka bercerita dengan emak di dapur, memasak atau cuma menolong memasak, sembahyang, mengajar Aisya mengaji dan membuat kerja sekolah, menonton drama bersiri di tv, dan... tidur. Sesekali di hujung minggu, baru saya mengadap movie di laptop tetapi biasanya saya lebih suka menonton di pc cik yang monitornya pastilah lebih besar lagi.
Jadi, rasanya tidak berbaloi kalau saya bercadang hendak membeli laptop. Memang, membeli sesuatu yang baru adalah sungguh menyeronokkan, tetapi adakan ia berbaloi dan digunakan sepenuhnya? Hmmm... Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment