Iklan

Apr 26, 2009

Hati yang hancur.. lagi?

Bismillahirrahmanirrahim...

Hancur luluh.. lagi? Cam pelik kan? Emo sangat ker? Eh.. bila masa aku cakap hati aku pernah hancur luluh neh! But today, yes. Sangat hancur luluh. Hinggakan boss mengingatkan tentang beberapa benda pun, aku rasa nak marah ajer kat boss. Kalu aku marah kan, mahu kena buang kerja aku karang.

Aku cuba kuatkan hati. Fikir yang baik-baik. Ya. Jodoh aku mungkin dengan suami orang. Dan aku cuba memberi peluang, kepada diri sendiri dan si suami orang itu. Pengakhirannya, apa yang aku dapat. Sebungkus hati yang hancur, luluh. Hati aku sendiri. Merah, berdarah. Wooo.. jangan berimaginasi. Tak bleh tidor karang.

Dan, pernahkan terasa sesuatu yang seperti ditikam depan-depan, bukan tikam belakang ni tau! Aku rasa hari ini. Sakitnya. Seperti ditipu hidup-hidup pun iyer. Kalu tipu masa aku dah mati, engko tanggung la dosa. Aku hidup lagi, kalu datang minta maaf sah-sah aku dah tak kisah lagi pasal itu.

Sebab itu aku terasa nak pergi. Pergi mana? Sabah, sarawak. Australia. Indonesia. Tak bleh Indonesia. Takut. Nanti kena bom ker, gempa bumi ker. Australia. Bestnya! Kenapa fikir sampai ke situ ntah. Sabah barangkali. Sarawak dah pernah pergi.

Aku mengarut.
Kerana tekanan perasaan.

2 comments:

  1. akak
    pegi sabah ok :)
    pegi pulau.
    nice & u'll be satisfied aftr all.
    :)
    t.care akak.

    ReplyDelete
  2. Akak baru terjumpa pasal borneo resort ke aper ntah kt sabah.. wooo.. cam best sgt!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...