Bismillahirrahmanirrahim...
Sejak ber'temu jodoh' dengan facebook, ramai kawan-kawan lama yang aku 'ketemu' balik disitu. Kawan yang pernah rapat, pernah tidurpun mungkin sebantal, makan sepinggan, minum secawan, kawan bergaduh dan saling kutuk, dan macam-macam jenis la. Tapi, itu semua cerita lama. Dulu-dulu. Masa muda. Sekarang pun muda lagi. Tadi pun, masih ada yang tegur ingatkan Aisya itu adik. Hehe.. Kembang! Kembang!
Ingat tak pasal entri amnesia dulu? Sekarang, sedikit demi sedikit, secara perlahan-lahan, ingatan itu datang semula. Antaranya aku ingat aku pernah rapat dengan siapa, dan tahap mana kerapatan kami itu. Dan aku cuba membina keyakinan diri, dan kurangkan merendah diri. Dengan sentiasa mengingatkan pada diri, tidak semua manusia itu sempurna. Setiap orang ada masalah yang kita sendiri mungkin tidak terjangkau dek akal. Dan tidak semua diberi ujian yang sama oleh-Nya.
Serba-sedikit, aku gembira juga biarpun kekadang aku masih terasa rendah diri. Aku gembira 'berjumpa' semula dengan kawan-kawan lama yang pernah berkongsi cerita suka duka bersama dahulu. Dan aku harap, kali ini aku tidak lagi akan membiarkan kawan-kawan aku ini, aku lupakan begitu sahaja.
Satu perangai aku, yang aku tidak suka. Aku mudah berkawan rapat. Tetapi tidak bertahan lama. Ada la seorang dua kawan rapat yang masih rapat walaupun jarak antara kami jauh beribu batu. Tetapi sikit sangat berbanding berapa orang kawan rapat yang pernah aku ada.
Ya. Ingatan itu masih ada. Rindu itu juga.
No comments:
Post a Comment