Iklan

Apr 25, 2009

L.A.M.A - lama

Bismillahirrahmanirrahim...

Ketika aku taip 'title' di atas, Aisya ada disebelah dan dia mengeja dan membaca apa yang aku taip. Kerana itu tajuk itu jadi begitu. Sedangkan aku sendiri tidak terfikir tajuk apa akan aku taipkan disini, bagi entri yang masih belum ada idea ketika aku sedang menaip ini. Aku tidak tahu apa yang hendak aku ceritakan. Tetapi betapa aku terasa berbuku dan ingin berkongsi cerita.

Sejak akhir-akhir ini, situasi sukar sedikit. Kerja-kerja dipejabat menuntut lebih perhatian, sedang aku sendiri kurang bersemangat. Emosi tidak menentu, tetapi masih terkawal. Perasaan sangat sukar ditelah. Aku rasa seperti kebingungan sebenarnya. Dalam kekeliruan yang teramat. Tika-tika seperti ini, aku tahu apa sahaja keputusan yang aku buat, adalah tanpa berfikir panjang.

Ya. Sebenarnya ianya tidak sesukar yang kita pernah dengar cerita. Seperti tidak mendapat gaji untuk beberapa bulan, kerana syarikat tidak lagi mampu. Cuma kadangkala fikiran agak merisaukan sesuatu yang bukan-bukan. Masih ada projek yang sedang berjalan, dan boss juga sedang sibuk mencari projek. Semestinya projek yang sedang berjalan itu menuntut pengurusan kewangan yang lebih efisyen dan cekap.

Peribadi. Agak kurang memberangsangkan. Menurut zodiak Libra jugak, banyak perkara kurang baik berlaku. Jadi, mungkin secara kebetulan ada kebenarannya. Makan, dah kembali tiada selera. Beberapa minggu yang lepas, bukan main lagi makan. Jarang sangat terlepas waktu makan. Malam pun, bukan lapar sangat pun, tapi makan jugak walaupun sedikit. Tapi akhir-akhir ni, dah la lunch pun makan entah apa-apa, dinner belum tentu lagi ambil ker tak. Pastu, mula la pedih perut.

Kenapa? Kerana perasaan yang tidak atau kurang tenteram. Ada sesuatu yang terlekat, dan terbuku.

Hendak ditelan, tidak mampu. Hendak diluah, tidak tahu.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...