Iklan

May 22, 2010

Antara duit dan hati yang senang.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu2, mak ayah pernah bergolok bergadai jugak (walaupun tidak sebanyak orang lain), utk menyara persekolahan kami adik beradik. Maklumlah, kami orang susah. Dapat beli sebiji epal, kena potong enam utk merasa sedikit seorang. Err.. ianya benar. Aku masih ingat lagi mak selalu potong apa2 buah yg ayah beli supaya semua dapat makan.

Tapi, kami bahagia. Waktu makan kami terutamanya pagi dan malam, kami bersama2 mengelilingi meja makan yg kecil utk makan bersama2. Kekadang aku dan cik akan duduk bersila di bawah meja sambil mak hulurkan apa2 yg kami nak. Yang paling kecik, busu la, duduk atas meja. Elok jer waktu tu walaupun aku yakin sekarang aku takkan bagi Aisya duduk makan di bawah meja. Hehe...

Aku bukan mengejar duit yang banyak. Ramai yang aku kenal, punya duit banyak dan mudah mendapat duit, tapi hidup mereka tak juga senang lenang. Sentiasa gundah dan resah. Tapi memang aku akui, semua orang hendak senang. Pantang nampak peluang mendapat duit, semua orang berebut2. Mungkin terkecuali sesetengah orang dan keadaan.

Kalau nak mengejar duit yg byk, aku tidak bekerja disini. Boss aku bayar aku berapa sangat. Aku rasa sesuku daripada apa yg aku boleh dapat di Kuala Lumpur dan separuh daripada pejabat lain di sini. Tetapi, kerana selesa dan boss tidak berkira sgt dengan masa, makanya aku stay menjadi 'orang kuat' boss.

Pening? Tensen? Kerja di mana2 pun sama jer. Tiada tempat yg tiada tekanan. Walaupun bekerja sendiri, tekanan tetap ada. Atas keupayaan kita sahaja utk mengendalinya.

Jadinya, hati yg senang, tenang dan lapang adalah lebih baik menjadi pilihan, utk aku. Dan sekarang, apa yg berlaku dan aku buat, masih dalam keadaan hati yg tenang dan berlapang dada.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...