Iklan

May 16, 2010

Ber'jalan-jalan di facebook kawan lama

Salam...

Tadi saya berjalan-jalan di facebook kawan2 lama. Membaca status terkini sekiranya ada, dan melihat gambar2 terbaru dan gambar lama juga. Memang, sudah lama saya tidak berbuat demikian. Biasanya saya masuk facebook untuk menjalankan 'tanggungjawab' mengutip hasil perkebunan saya yg sedang pesat menyumbang hasil tidak bernilai. Hanya kadangkala saya menjawab atau menyapa sahabat2 lama yg masih mengingati saya dengan meng'tag' saya dalam gambar2 terbaru mereka.

Saya jadi rindu pada mereka. Dan cemburu pada kehidupan mereka yg tidak saya tahu bagaimana. Untuk menyapa, saya segan. Tapi saya tetap menitipkan pesan di 'wall' mereka, menandakan saya masih mengingati mereka, dan rindukan mereka. Dulu, kami semua pernah sangat rapat. Yang paling saya rindukan, berborak2 kosong di beranda rumah sambil melihat langit yg bertompok awan gemawan dan ditemani bulan dan bintang yg setia!

Sekarang, saya tahu masing2 ada kehidupan tersendiri. Ada tanggungjawab juga yg tersendiri. Seperti saya juga yang jarang mencuri masa untuk bertanya khabar dan menyapa.

Tapi ada beberapa orang sahabat baik, yg tidak saya tahu kenapa mesti menyepi dan membisu sedangkan masing2 dihubungkan di'facebook' itu. Salam saya tidak berjawab. Sapaan saya tidak bersambut. Akibatnya, saya tidak lagi menyapa. Mungkin mereka sibuk, mungkin mereka ada kehidupan yg tidak mahu diganggu. Dan kerana itu juga, ada beberapa orang lagi yg saya kenal tidak lagi saya tambahkan dalam senarai kawan saya. Saya berpendapat, sesetengah manusia memerlukan seorang kawan yg lain kerana kawan mereka itu mungkin berkepentingan dalam kehidupan mereka. Oh, lupakan tentang senarai kawan2 saya di senarai 'kawan game'. Mereka hanya wujud kerana permainan itu sahaja.

Jadi, mungkin saya tidak penting kepada sesiapa, dan saya tidak berkecil hati sedikitpun. Cuma sesekali saya disapa rindu pada kemesraan lalu. Ketika kami beramai2 berjalan mengambil angin petang di bukit belakang USM. Ketika kami beramai2 'window shopping' di Bukit Jambul atau Komtar. Atau makan2 di restoran di sekitar kediaman kami. Juga ketika kami mengelak anjing yg menyalak kuat pada kami ketika kami melintas longkang besar untuk ke pasar malam melalui jalan pintas. Sungguhpun kenangan itu mungkin sudah kabur dari ingatan, sesekali seperti masih jelas segalanya. Ianya kenangan yg terpahat yg semakin pudar, tapi tiada ulang tayang utk sekian kalinya.

Sahabat, saya rindu pada kalian.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...