Iklan

May 8, 2010

Orang kampung pun dah pakai 'orang gaji' sekarang.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu aku pernah tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur. Terbaru, setahun di negeri paling selatan Semenanjung. Sebelum KL, 4 tahun di pulau mutiara dan setahun di daerah paling lembap, Taiping. Sudah bermacam2 ragam manusia yg aku jumpa di negeri2 yg berbeza itu. Tapi, sebagaimana pepatah, hujan emas di negeri orang. Aku kembali ke pangkal jalan. Tak, tak. Bukan bermakna aku sesat jalan atau ikut ajaran sesat. :D Minta2 dijauhkan semua itu walaupun kekadang sesat jalan juga. Ibarat kata orang, makan langsat. Err... itu diibaratkan utk orang sesat jer yer. Hehe..

Tapi, kalau betul hujan emas kat negeri orang (bukan negara yer!), aku berminat juga nak pegi tadah. Sebesen besar cukuplah, tak bleh tamak2. Sebab berkait lak dengan pepatah, orang tamak selalu rugi.

Err.. back to topic sebelum entri ini menjadi karangan berkaitan pepatah orang melayu. :P

Tadi mak bercerita tentang beberapa orang kampung (yg makan gaji of cos) yg ada mengupah orang mencuci, mengemas, membersihkan rumah diaorang 3 kali seminggu. Bayar rm tiga puluh utk sekali pergi, dan rm lima puluh pd hujung minggu bila kena menggosok sebeban baju2 mak, ayah dan anak2 bagi tempoh seminggu. Ya, cam orang gaji atau pembantu rumah. Tapi tidak tinggal sekali dan bukannya bekerja setiap hari.

Masa mak bercerita tu, aku teringat masa aku duk KL dulu. Yer la, kan ke KL tu kota besar. Nak pergi kerja, seawal 5 pagi dah kena bangun nak bersiap sebab nak keluar awal tk nk tersangkut dalam traffic jam. Pastu kena hantar anak ke rumah pengasuh lagi, tadika lagi. Pastu lagi, cam jiran2 aku dulu atau jiran2 busu (adik aku yg duk kl) sekarang, kul 5 pagi tu dah terdengar kelentang kelentung bunyi menggoreng, menumbuk apa sumer menyediakan sarapan atau bekal anak atau suami atau diri sendiri. Yer la kan, nak berjimat. Banyak duit nak kena pakai duk KL.

Kalau Trg, nak kejar apa bangun jam 5 pagi. Paling tidak bangun jam 6 pagi pun masih sempat masak utk lauk makan tengahari sekali. Bagi yg cekap la kan. Yer la, bawang dah mesin siap2 dalam bekas. Campak2 jer dalam kuali. Tapi memang sempat sgt kalau setakat nak jemur baju yg dah dimesin siap2 malam tadi. Kalau punch card kul 8 pagi, kul 7.45 bertolak dari rumah pun sempat lagi.

Petang balik keja, aku kat kl dulu tak suka balik jam 5 petg. Sebabnya, sah2 tersangkut dalam traffic jam. Yg sepatutnya 10 min jer, dah jadi sejam paling cepat. Jadi aku suka balik jam 7 ke atas. Sekrg pun kalau aku pegi rumah Busu, dan balik ngan dia selepas shopping (sanggup tunggu hingga waktu habis kerja dia sebab malas nk naik LRT) dari jam 5.30 kt opis dia, dekat kul 7 baru sampai rumah. Memang tak banyak masa la. Tapi mlm2 la biasanya orang kl ni membasuh, memasak, menyapu sampah. Jiran aku dulu, kul 12 malam pun kekadang pintu depan still terbuka. Sebab kerja rumah tak siap lagi!

Kat sini, kul 10 mlm dah gelap dah rumah. Paling lewat pun, kul 11 sunyi sepi la kampung. Dah dari 5.30 petg lagi dah tuan rumah ada kat rumah, memasak dan berkebun apa sumer tu. Banyak sungguh masa terluang.

Jadinya, naper ek, orang2 yg duk kampung pun pakai pembantu rumah gak? Err.. boleh diterima jugak la kalau rumah besar cam istana. Tapi, walau rumah cam istana, kalau anak setakt 2 orang kecik2 lagi, takkan seluruh rumah cam kena ribut. Pelik aku...

Orang kl, tak perlu plak orang2 gaji apa sumer walaupun masa diaorg sgt terhad. Terkejar sana, terkejar sini. Haa... sebab tu lah aku sgt tak suka duk kl. Cam sesak nafas!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...