Iklan

Mar 30, 2011

Alergik maka selsema

Malam ini bersin makin teruk pula, tidak berhenti-henti. Hidung terasa gatal, dan mata berair mata. Segala-galanya terasa berdebu, dan tangan diulang basuh acap kali.

Cakap dengan mak, bila bermulanya semua ini. Mak cakap, 'Belacan la tu! Dalam gulai ikan aye. Memang orang letak belacan dalam gulai ikan tu'.


Aduh.. Biasanya elok jer makan nasi dagang.


Lainkali kena hati-hati yer, sesiapa yang ada alergik dengan belacan atau ikan aye (ikan tongkol). Jangan makan nasi dagang. Hahaha.. Padahal nasi dagang la yang paling di cari-cari di terenggganu ni yer. Aku plak boleh ajer pesan camtu. Hehe.. Kalau yg dah tahu alergik dan standby siap-siap ubat tu, ok la kan. Kalau macam aku ni, yg alergiknya kadang mari kadang tak mari, tanggung jer la.


Dulu ada seorang kawan, alergik dengan ayam. Sentiasa standby ubat alergik ke sana ke mari. Kalau teringin nak makan ayam, ubat dah ada. Hehe..


Mak aku jugak senang, ayam tak makan, daging tak makan, ikan pun hanya ikan terpilih sahaja yang makan. Langsung tak ada alergik.

Ok, kena berhenti dulu. Babai.



Assalamualaikum.. nak tanya ni... siapa yer kamu wahai si anonymous?

Lagi 20 minit

... ke pukul 6 petang. Semua sudah pulang, tinggal saya tercongok sorang-sorang macam sebatang kara sungguh. Tapi masih belum mahu pulang sebab nantinya akan tercongok sesorang juga depan sekolah menunggu waktu Aisya pulang. Bila sesorang begini, hendak buat kerja yang melambak atas meja ni pun sudah terasa tidak ada semangat lagi.


Makanya apa yang saya buat adalah melayan gambar-gambar makanan yang sungguh indah. Dan menyelerakan dan membuatkan saya hanya mampu telan air liur. Tadi sudah makan nasi ayam. Lunch at 4.30 pm! Dalam saya bersin dengan sok sek sok sek hidung tersumbat, mata terasa berair, muka seperti panas.

Saya makan nasi dagang pagi tadi, berlaukkan gulai ikan aye (ikan tongkol) dengan keropok dan lada jeruk. Rasanya ikan tongkol yang dalam kuah nasi dagang yang boleh disalahkan atas apa yang berlaku pada saya. Nasib yang tidak menyebelahi saya kali ini, sebab biasanya elok sahaja makan nasi dagang dengan ikan tongkol. Hampir hari-hari pun saya makan sebab petang-petang mesti ayah beli kat pasar Kedai Buluh. Elok jer, tiada alahan apa-apa.


Makin teruk nampaknya ni. Kena pulang sekarang. Bye.

Makin lama dengar makin sedap

U've got to go.. go.. go.. go.. go.. go.. go..

Mar 29, 2011

Dalam bunyi-bunyian sang cengkerik

.... malam terasa sejuk sangat, walaupun hujan sudah reda sejak tengahari tadi. Petang tadi cuma renyai-renyai sahaja, dan langit juga agak cerah di sebalik tompokan awan kelabu yang masih banyak. Dalam suasana begini, terasa seperti hujan lebat seperti malam semalam akan mengundang lagi. Oh, harap-harapnya tidak. Semoga esok cerah dan ceria.


Dalam suasana begini dengan bunyi-bunyian alam sang cengkerik dan katak itu, dalam hati terdetik rasa sayu semacam. Ishh.. apa sayu-sayu ni, menjauhlah kamu, aku tidak suka dan tidak mengundang kamu datang.


Oh ya, ini salah satu sebab aku kurang gemar lagu-lagu mendayu. Walaupun aku memang minat dekat lagu-lagu lama zaman P.Ramlee dan Saloma tu. Mungkin sebab lagu zaman P.Ramlee tu, tak ada kenangan pun, lagunya merdu, liriknya indah. Dengar selalu pun tidak kujemu.


Tapi, lagu-lagu mendayu zaman aku dah besar, remaja dan menjadi dewasa, mengundang banyak rasa. Yang mendatangkan rasa sayu, aku tidak suka. Ia melemahkan semangat, dan kekadang air mata. Maka sebab itulah aku selalu tukar channel radio dalam kereta aku, itu pun sekiranya aku buka radio lah.


Dalam pen-drive aku banyak jugak lagu-lagu rancak, sebagai pembakar semangat pagi masa on the way pergi kerja. Hehe..
Oh ya.. mungkin aku kena isi pula pen-drive tu dengan ceramah-ceramah agama pula lepas ni. Supaya lebih bermotivasi dan terisi rohani.



Jiwa rasa kosong la. :(

Mar 28, 2011

Tunaikan agar tidak terbayang-bayang


Itu keinginan yang sukar disekat tetapi masih boleh dikawal. Bukan keperluan asas pun yang memang perlu dipenuhi kerana tetap kenyang dengan hanya memakan nasi goreng atau roti kosong Gardenia. Juga tidak menjejaskan tidur malam yang masih lena dan nyenyak (alhamdulillah) walaupun sesekali terganggu juga dengan kehadiran Si Frog Prince hijau. Ianya kehendak zahir semata, dan tidak boleh menjadi alasan kepada aktiviti seharian, apatah lagi alasan untuk ponteng kerja.

Misalnya... takkanlah disebab tidak menggunakan pelembap muka maka memberikan dialog berikut kepada boss, 'Sorry boss, hari ni saya mc, pelembap muka saya dah habis la!'. Mahu kena pelangkung dengan boss karang, tak pun boss bagi mc untuk selama-lamanya. Mahu? Tak sanggup gue,
loan En. Elly gue siapa dong yang mahu nyetelkan. Hahaha...


Keinginan itu melonjakpun bukan sekadar macam itu sahaja, atau sebab nak ikut
trend atau jealous tengok orang itu ini bertukar itu ini. Saya bukanlah manusia yang tergolong dikalangan orang yang mengikut trend sangat pun. Malah adakalanya rasa macam orang yang ketinggalan pun ada jugak. Tapi saya cuba mengambil tahu tentang trend supaya tidaklah terpinga-pinga sangat bila mendengar orang menyebutnya.


Telefon tangan atau telefon bimbit kepunyaan saya sudah agak lama tidak berapa nak betul. Dulu-dulu saya tidak kisah sangat.
Speaker sudah rosak barangkali, sebab ada waktu dia berbunyi dan terkadang langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ianya tidak menjejaskan apa-apapun kehidupan harian kecuali serba sedikit kewangan sebab kadangkala perlu menelefon semula apabila ada missed call. :P

Bagaimanapun semenjak dua menjak ini, teringin pula bertukar kepada telefon baru. Keinginan yang datang tiba-tiba. Tak tak, tak perlu beri hitam ker, biru ker, atau merah (ada ker?)... Cukup telefon yang ada aplikasi sms, mms, ada kamera yang lebih dari 2 megapixel, boleh main
game dan boleh wifi. Err... tambahan daripada telefon sekarang itulah, more than 2 megapixel dan wifi. Kenalah upgrade sedikit kan, baru nampak ada kemajuan. Hahaha... Saya menunggu duit 'tersepak' untuk ini. Siapa-siapa yang terlebih-lebih duit, atau merasakan duit anda juga adalah duit saya, maka boleh letak di bawah sekarang, saya mahu 'sepak'.. hahaha...



Itu yang pertama.


Yang kedua, jam baru. Okay yang ini agak melebih-lebih, tapi namanya pun keinginan. Keinginan memang la sesuatu yang 'melebih-lebih' dan 'yang tidak berapa perlu pun'. Sebabnya saya menyatakan demikian kerana, sekarang saya sudah ada 4 jam yang saya bertukar-tukar mengikut baju yang saya pakai. :D . Saya teringin Swatch bertali panjang boleh belit-belit tu, tapi bila
try it on masa kat kedai Swatch kat Alamanda, Putrajaya itu hari, ianya tidak sesuai untuk tangan kurus saya. Kemudiannya saya berkenan yang lain-lain, tapi tidak jadi membelinya membuatkan sehingga sekarang hati masih tidak puas.


Saya tengok gambar jam ni kat majalah.

Saya juga teringinkan kamera baru, kononnya DSC T2 saya sudah rosak,
cover depan sudah tidak boleh ditutup, tetapi alasan belum cukup teguh kerana masih boleh mengambil gambar dan merakam video Rayyan bercakap dan Asyraf ketawa apabila si kecil berdua itu pulang ke kampung walaupun bukan pada waktu yang sama. Itupun sekiranya tidak ditarik oleh tangan-tangan kecil merekalah sebabnya aku pun hairan kenapalah budak-budak tu suka tarik kamera aku tu yer. Hehe...


Yang saya punya warna hijau. Beli di kedai Sony di KLCC.


But, in my dreams, i want to have a DSLR one day.. hehe



Saya juga ada perasaan ingin bertukar kacamata, maka yang ini sudahpun saya penuhi beberapa minggu yang lalu. Ini yang pertama dipenuhi, dan selepas itu satu kelegaan terasa dan saya tidak lagi menyebut-nyebut tentangnya. :D


Oh ya... kesian jugak pada mereka-mereka yang menjadi kawan saya (walaupun cuma beberapa orang). Terpaksa mendengar luahan yang sama selagi saya tidak dapat penuhi keinginan-keinginan itu. Hahaha...




Notakaki : Entri ini bukan baru saya taip, cuma baru disiapkan dan dipaparkan sahaja. :D


Mar 27, 2011

Laptop rosak

Saya tidak perlu beri alasan sangat kenapa tidak meng'update' blog, sebab saya sedar pengunjung blog ini hanya ada beberapa orang yang mungkin terlajak ke sini. Tak macam blog orang lain, kalau tak update blog, berderet-deret komen kat mukabuku bertanya kenapa tak update blog. Hahaha...

Mukabuku pun sudah jarang saya jenguk disebabkan tiada apa-apa lagi yang 'menarik' saya ke situ.


Blog tidak dikemaskini sudah hampir seminggu, dan hati berasa tidak senang. Idea banyak tapi kurang lancar. Di pejabat ada beberapa dokumen perlu dikemaskini, disiapkan dan dihantar, idea yang banyak tertunggak-tunggak menjadi draft sahaja. Di rumah pula, laptop mengeluarkan bunyi 'tup! tup! tup!!!!' dengan nada makin kuat sebaik sahaja butang on ditekan. Arghhh... menci tul lah! Tengah-tengah aku duk enjoy nak berbelanja memenuhi 'keinginan' (entri ada dalam draft), tiba-tiba datang petaka yang memerlukan 'duit' nih!!!


Dua hari lepas pula (jumaat), line tepon tiba-tiba tidak mengeluarkan sebarang bunyi lagi. Internet tak boleh, tepon pun tak boleh. Mujur TM memberikan perkhidmatan yang cekap selepas melaporkan kerosakan di talian 100. Adu pagi jumaat, pagi sabtu dah baiki dan wallaa.. line dah ok!

But still, laptop rosak... :((

Mar 21, 2011

Rim tayar berkilat

Baru sudah mencuci dan mengkilatkan rim tayar En. Elly hitam.


Biar kereta kotor, basuh pun tidak berapa berguna kerana hampir setiap hari hujan panas, hujan panas. Asalkan tayar dan rim tayar nampak berkilat, sudah cukup memuaskan hati saya yang kecil ini.


Sekarang sedang menliurkan diri sendiri dengan melawat blog-blog masakan. Niatnya malam ini hendak membuat kek bagi mengubat hati yang kecil ini. Semoga menjadi rupanya dan rasanya. Err.. semoga niat tercapai dulu.


Ok, chow sekarang, perlu mengisi perut dahulu dengan nasi dagang sebelum memulakan operasi red velvet cake!

Tata.

Aku rindukan

Ermm.. setiap hari aku membuka laman ini lagi, merenung kosong, menaip sedikit, termenung, mengeluh, dan menaip lagi, berhenti seketika, merenung, akhirnya semuanya aku padamkan semula. Aku kembali menenggelamkan diri dalam fail dan dokumen yang membukit atas meja, dalam keadaan hati yang tidak lega.

Ada luahan yang tidak mampu terluah disini, dan tidak tahu bagaimana mahu diceritakan. Aku perlukan seseorang yang sangat biasa dengan aku, memahami aku seorang yang bagaimana, mendengar luahan dan keluh kesah aku, berkongsi cerita suka duka aku, membuatkan aku senang dan ketawa, yang boleh aku mengadu segala.

Memang, aku sukar dan susah percaya kepada orang yang baru aku kenal, aku lebih selesa dengan yang sudah biasa dengan aku, kenal aku. Kenal benar.

Sudah lama rasanya aku tidak punya siapa-siapa untuk aku mengadu rasa. :(

Mar 14, 2011

Ayat-ayat Cinta yang menyentuh dijiwa

Saya mengenal dan tahu mengenai kepopularan 'ayat-ayat cinta' ketika filem itu sedang hangat ditayangkan di Malaysia. Tetapi ketika itu saya tidak berapa mengambil endah. Saya bukan peminat panggung wayang.

Sehingga akhirnya filem itu ditayangkan di tv pada suatu hari raya, saya mengambil peluang untuk mencari sendiri keistimewaannya seperti yang digembar-gemburkan. Malang sungguh, apabila disiarkan di tv, dengan iklan yang banyak mencelah, kemudian ada pula beberapa bahagian dipotong kerana masa bersiaran yang tidak disediakan secukupnya, makanya saya membebel-bebel kerana tidak faham! Saya tidak jumpa tarikannya, dan merasakan jalan ceritanya sangat kelam kabut dan dalam kegesaan kerana banyak yang hendak diceritakan dalam masa yang singkat.

Dan ketika saya telah mempunyai soft copy filem tersebut, saya tidak lagi punya keinginan untuk menonton.

Sehinggalah, ya.. sehinggalah saya baca novel itu dan menghabiskannya dengan ulangan bacaan pada beberapa bahagian yang menyebabkan selepas hampir seminggu baru habis satu novel tu, saya teringin menonton lagi filem itu untuk melihat perterjemahannya dalam bentuk yang lebih 'hidup'. Saya ingin melihat bagaimana cantiknya Aisha, cuaca panas yang menyebabkan Fahri terlantar, dan macam-macam lagi yang tergambar difikiran saya ketika membaca novel itu.

Siangnya saya menamatkan novel itu dengan suatu kepuasan tahap sepuluh daripada sepuluh, malam itu juga saya tonton 'lagi' filem itu di laptop, hingga larut malam, hingga habis. Sayang sungguh, cerita sebegitu hebat hanya boleh memberikan kesukaan tahap tiga daripada sepuluh apabila ianya diterjemahkan secara lebih 'nyata' begitu. Itu pendapat peribadi saya, apabila novelnya telah saya khatamkan secara bermati-matian kesungguhannya. Filem itu tidak sehebat novelnya.

Sekian.

Idea.. Di mana kamu...

Hari-hari buka dan klik kat new post ini, tapi... hari-hari juga membiarkan layout putih ini, terbiar putih. Idea tak mari-mari juga. Idea dalam bentuk penulisan tidak sampai, dalam bentuk bergambar juga tak nampak bayangnya. Jadi bagaimanakah?


Ok, let's blog walking sebentar, mencari idea sementara menunggu lunch hour. Kepala otak pun dah tepu ni, untuk meneruskan kerja.

Sedih. Tetiba. Terlepas majlis kahwin Sarah. Menjenguk ke blog Sarah tadi, setelah lama sungguh tidak menjenguk ke sana, memang betul-betul terkejut dan dikejutkan. Sarah kahwin!!! Dan ianya baru semalam!! Aduhai... betul-betul tak ada rezeki la untuk jumpa dengan dia. Belum rezeki barangkali. Memang, suatu ketika pernah saya beritahu dia keinginan untuk bersemuka, dan dia memaklumkan bahawa mungkin pada suatu hari ketika dia berkahwin. Maka saya pun mula bertekad, nanti bila dia kahwin, saya akan mengambil peluang berjalan-jalan ke Temerloh yang sudah bertahun lamanya tidak saya jejaki kecuali hentian Temerloh di LPT. Hehe...

Sarah, memang tidak pernah saya lupa kerana dialah yang 'mengenalkan' saya pada dunia blog, disamping Dunia Sarah yang sangat indah saya rasakan. Cuma ada waktu-waktunya kekangan masa membuatkan saya tidak sempat menjenguk ke dunia sarah selalu-selalu.

Alhamdulillah, saya gembira untuk Sarah dan semoga doa Barakallah saya sampai kepada dia dan pasangannya bersama doa-doa sahabat-sahabatnya yang lain.

Semoga kekal hingga hujung nyawa, dan dunia yang kekal di sana, Insyaallah. Amin.

Mar 10, 2011

Dear diary

Aku, dalam minggu ini terasa macam letih yang sangat. Setiap malam, jam 10 lebih yang jauh lagi ke pukul 11, aku sudah mengantuk dan lena terus. Bukan terlena sambil pegang buku atau handphone sambil layan game ke, tak. Tapi lena dengan berbantalkan bantal tidur, di tempat tidur, buka spek mata dan letak hanphone bawah bantal macam biasa setiap kali nak tidur supaya tak kuat sangat bunyi alarm setiap pagi. Cuma tidak berselimut sahaja. Sedap sungguh tidur, terlebih lagilah perut sudah kenyang makan malam. Err.. tapi aku tak tidur terus lepas makan. Tak baik tu. Cuma, aku jenis yang memang tak boleh tidur kalau perut lapar dan menyanyi-nyanyi. Bising tau.

Makanya adapun malam ini aku cuba mengelak acara sedemikian dengan mengadap laptop yang sudah beberapa malam tidak dihadap kerana ketiduran awal malam. Walaupun sebenarnya kelopak mata bagaikan berat tersangkut batu ke apa, aku cuba bertahan disini. Disini, bercerita kosong-kosong.

Melihat gambar-gambar Maya Karin dalam filem Cun, sebagai Luna yang merupakan gadis bandar belajar jadi orang kampung. Tengok dia bergambar dengan kerbau, terfikir juga aku, kalau aku beranikah? Sedangkah hari-hari boleh nampak kerbau berkubang di baruh, kotor dan bersalut selut. Tidak berani sesekali mendekat kerana takut ditanduknya. Tapi aku agak, mungkin kerbau yang disolek-solek itu memang jenis yang jinak, dan tidak tanduk orang. Hahaha...

Rambut Maya Karin panjang, cantik. Dan aku rasa menyesal potong rambut dulu, sebab walaupun dah agak lama aku rasa rambut aku tidak panjang-panjang pula.


Seluar pink yang dia pakai tu cantik, mesti mahal kan. Dan dia pakai selipar crocs jer! Dan nampak cantik!!

Tapi, yer la kan.. orang cantik, pakai apa sahaja pun memang la nampak cantik.

Untuk melihat gambar yang lebih jelas sila ke www.ohbulan.com. Aku subscribe blog itu dekat google reader aku. Bukannya apa, sesekali perlu juga ambil tahu dunia artis-artis ni. Jadinya, tak ada asyik ternganga bila dengar orang bercerita, berkerut dahi sumer cukup lengkap, sebab tak tahu perkembangan artis kan. Hehe...

Teringin nak cari seluar pink macam tu.. hmm..

Ok, dear diary.. Aku ada kerja yang harus dan mesti aku beresi. Tapi sungguh sangat, aku tidak dan masih belum bersemangat nak mulakan. Kelopak mata masih terasa berat dan aku yakin apa yang aku perlu sekarang. Tidur awal. Mungkin letih sangat. <--- ayat penyedap hati.
Bye.

Mar 9, 2011

Alangkah bagusnya kalau dapat relaks kat spa ni

Sungguh terasa tidak larat pada hari yang mendung ini. Mungkin sebab selera makan yang agak baik akhir-akhir ini seterusnya makan menjadi sedap sahaja apa-apapun. Berat badan bertambah dua kilogram dan sekarang perlu lebih berhati-hati. Kemungkinan juga kerana kerja yang agak banyak dan kepala yang agak berserabut dengan macam-macam hal yang cuba disusun sebaik mungkin supaya terdapat bahagian waktu untuk setiap satu hal. Hinggakan sekian-sekian hal juga tertangguh dan tertunggak jua akhirnya.

Contohnya, hendak pergi bersauna dan berurut tradisional. Menghirup haruman aromaterapi yang melegakan fikiran. Alangkah nikmatnya. Jumaat ni Insyaallah, akan diaturkan waktu untuk itu.

Cuaca akhir-akhir ini agak kurang memberangsangkanlah. Tapi merajinkan saya pula dari segi masak memasak. Hehe...

Mar 8, 2011

Rindu itu berlagu

Sangat-sangat rindu untuk bercerita di sini, tetapi masa agak kejam kali ini. Tidak mahu bertolak ansur. Menghambat setiap detik. Pagi semalam berkejar mesyuarat di Putrajaya, petangnya menghambat senja di lebuhraya pantai timur (lpt) dan penghabisan waktu kelmarin, nyenyak di sebelah Aisya di rumah di desa terchenta.

Nanti akan bercerita lagi, sekarang waktu sangat mendesak. Jumpa lagi.

Mar 2, 2011

hEy kAmU!

.
.
.
.
s
I
a
N
O
n
Y
m
O
U
s
a
K
U
r
I
n
D
U
k
A
M
u
.
..
...
....

Mar 1, 2011

Cleaning up bookmarks list

Sometimes, when i don't have enough time or lazy to add a subscription at my google reader, i just click on the star (bookmarking) of any website or blog which i have an attention to visit again. Its easy. Click, click, again and again.



And today, when i click to view the sidebar of unsorted bookmarks, woohooo... there you are, a very long long long list of bookmarking website..



Now, i am cleaning it up, copy and paste to the sidebar of this blog, and my google reader..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...