Iklan

Mar 29, 2011

Dalam bunyi-bunyian sang cengkerik

.... malam terasa sejuk sangat, walaupun hujan sudah reda sejak tengahari tadi. Petang tadi cuma renyai-renyai sahaja, dan langit juga agak cerah di sebalik tompokan awan kelabu yang masih banyak. Dalam suasana begini, terasa seperti hujan lebat seperti malam semalam akan mengundang lagi. Oh, harap-harapnya tidak. Semoga esok cerah dan ceria.


Dalam suasana begini dengan bunyi-bunyian alam sang cengkerik dan katak itu, dalam hati terdetik rasa sayu semacam. Ishh.. apa sayu-sayu ni, menjauhlah kamu, aku tidak suka dan tidak mengundang kamu datang.


Oh ya, ini salah satu sebab aku kurang gemar lagu-lagu mendayu. Walaupun aku memang minat dekat lagu-lagu lama zaman P.Ramlee dan Saloma tu. Mungkin sebab lagu zaman P.Ramlee tu, tak ada kenangan pun, lagunya merdu, liriknya indah. Dengar selalu pun tidak kujemu.


Tapi, lagu-lagu mendayu zaman aku dah besar, remaja dan menjadi dewasa, mengundang banyak rasa. Yang mendatangkan rasa sayu, aku tidak suka. Ia melemahkan semangat, dan kekadang air mata. Maka sebab itulah aku selalu tukar channel radio dalam kereta aku, itu pun sekiranya aku buka radio lah.


Dalam pen-drive aku banyak jugak lagu-lagu rancak, sebagai pembakar semangat pagi masa on the way pergi kerja. Hehe..
Oh ya.. mungkin aku kena isi pula pen-drive tu dengan ceramah-ceramah agama pula lepas ni. Supaya lebih bermotivasi dan terisi rohani.



Jiwa rasa kosong la. :(

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...