Iklan
Mar 28, 2011
Tunaikan agar tidak terbayang-bayang
Itu keinginan yang sukar disekat tetapi masih boleh dikawal. Bukan keperluan asas pun yang memang perlu dipenuhi kerana tetap kenyang dengan hanya memakan nasi goreng atau roti kosong Gardenia. Juga tidak menjejaskan tidur malam yang masih lena dan nyenyak (alhamdulillah) walaupun sesekali terganggu juga dengan kehadiran Si Frog Prince hijau. Ianya kehendak zahir semata, dan tidak boleh menjadi alasan kepada aktiviti seharian, apatah lagi alasan untuk ponteng kerja.
Misalnya... takkanlah disebab tidak menggunakan pelembap muka maka memberikan dialog berikut kepada boss, 'Sorry boss, hari ni saya mc, pelembap muka saya dah habis la!'. Mahu kena pelangkung dengan boss karang, tak pun boss bagi mc untuk selama-lamanya. Mahu? Tak sanggup gue, loan En. Elly gue siapa dong yang mahu nyetelkan. Hahaha...
Keinginan itu melonjakpun bukan sekadar macam itu sahaja, atau sebab nak ikut trend atau jealous tengok orang itu ini bertukar itu ini. Saya bukanlah manusia yang tergolong dikalangan orang yang mengikut trend sangat pun. Malah adakalanya rasa macam orang yang ketinggalan pun ada jugak. Tapi saya cuba mengambil tahu tentang trend supaya tidaklah terpinga-pinga sangat bila mendengar orang menyebutnya.
Telefon tangan atau telefon bimbit kepunyaan saya sudah agak lama tidak berapa nak betul. Dulu-dulu saya tidak kisah sangat. Speaker sudah rosak barangkali, sebab ada waktu dia berbunyi dan terkadang langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ianya tidak menjejaskan apa-apapun kehidupan harian kecuali serba sedikit kewangan sebab kadangkala perlu menelefon semula apabila ada missed call. :P
Bagaimanapun semenjak dua menjak ini, teringin pula bertukar kepada telefon baru. Keinginan yang datang tiba-tiba. Tak tak, tak perlu beri hitam ker, biru ker, atau merah (ada ker?)... Cukup telefon yang ada aplikasi sms, mms, ada kamera yang lebih dari 2 megapixel, boleh main game dan boleh wifi. Err... tambahan daripada telefon sekarang itulah, more than 2 megapixel dan wifi. Kenalah upgrade sedikit kan, baru nampak ada kemajuan. Hahaha... Saya menunggu duit 'tersepak' untuk ini. Siapa-siapa yang terlebih-lebih duit, atau merasakan duit anda juga adalah duit saya, maka boleh letak di bawah sekarang, saya mahu 'sepak'.. hahaha...
Itu yang pertama.
Yang kedua, jam baru. Okay yang ini agak melebih-lebih, tapi namanya pun keinginan. Keinginan memang la sesuatu yang 'melebih-lebih' dan 'yang tidak berapa perlu pun'. Sebabnya saya menyatakan demikian kerana, sekarang saya sudah ada 4 jam yang saya bertukar-tukar mengikut baju yang saya pakai. :D . Saya teringin Swatch bertali panjang boleh belit-belit tu, tapi bila try it on masa kat kedai Swatch kat Alamanda, Putrajaya itu hari, ianya tidak sesuai untuk tangan kurus saya. Kemudiannya saya berkenan yang lain-lain, tapi tidak jadi membelinya membuatkan sehingga sekarang hati masih tidak puas.
Saya juga teringinkan kamera baru, kononnya DSC T2 saya sudah rosak, cover depan sudah tidak boleh ditutup, tetapi alasan belum cukup teguh kerana masih boleh mengambil gambar dan merakam video Rayyan bercakap dan Asyraf ketawa apabila si kecil berdua itu pulang ke kampung walaupun bukan pada waktu yang sama. Itupun sekiranya tidak ditarik oleh tangan-tangan kecil merekalah sebabnya aku pun hairan kenapalah budak-budak tu suka tarik kamera aku tu yer. Hehe...
But, in my dreams, i want to have a DSLR one day.. hehe
Saya juga ada perasaan ingin bertukar kacamata, maka yang ini sudahpun saya penuhi beberapa minggu yang lalu. Ini yang pertama dipenuhi, dan selepas itu satu kelegaan terasa dan saya tidak lagi menyebut-nyebut tentangnya. :D
Oh ya... kesian jugak pada mereka-mereka yang menjadi kawan saya (walaupun cuma beberapa orang). Terpaksa mendengar luahan yang sama selagi saya tidak dapat penuhi keinginan-keinginan itu. Hahaha...
Notakaki : Entri ini bukan baru saya taip, cuma baru disiapkan dan dipaparkan sahaja. :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment