Iklan

Jul 13, 2011

Lempeng Bercendawan


Hari-hari yang dulu, aku ada tengok Cik Mat Gebu yang glamour itu membuat Mushroom Savoury Pancake dan berkongsi resepinya di sini. Memang aku teruja terlebih kalau jumpa resepi-resepi yang ringkas ni. Senang nak cari bahannya. Aku pulak bukannya suka sangat nak buat yang rumit-rumit bersukat bertimbang semua. Sebab selalunya tak jadi! Tak tahu kat mana silapnya, mungkin penimbang tu dah rosak.. :(


Aku bertangguh nak buat kerana stok button mushroom kat rumah dah habis. Biasa aku shopping kat Giant, dan button mushroom Ayam Brand jarang ada kat sana. Aku kurang selesa dengan button mushroom jenama lain yang aku tak biasa. Jadi kebetulan baru-baru ini aku ke Mydin Mall, aku belilah button mushroom Ayam brand. Petang selepas balik kerja suatu petang yang hari aku berpuasa, jam 6 petang sambil menyediakan bahan untuk membuat Makaroni Goreng Berempah, aku sempat mencelah memotong cendawan dan sosej.


Ok, aku bagi resepi ringkas yer, walaupun aku tahu tak ramai pengunjung di blog ini. Manalah tahu kot-kot boleh kongsikan di Kongsi Resepi nanti. Hehe..


Aku satukan semua bahan, tepung berserbuk penaik, telur, mayonis, susu, sedikit air dan secubit garam. Oh ya.. aku terlupa hendak letak baking powder, sebab tu pancake aku kurang tebal kot. Hehe.. Dan aku letakkan sedikit pati ayam Maggi. CMG letak jenis kiub, aku letak yang jenis cair tu. Aku tak guna apa-apa penyukat. Main tuang terus ke dalam bekas. Pukul hingga semuanya sebati.

Sebelum itu aku dah panaskan marjerin, tumiskan sekejap bawang besar yang dipotong dadu kecil, mushroom aku hiris nipis, begitu juga sosej (ini aku pandai-pandai letak sendiri). Kucai tak ada, jadi aku abaikan sahaja. Dah layu, angkat dan sejukkan. Kemudian campurkan ke dalam adunan tadi. Gaul, goreng dalam non-stick pan. Siap.

Err.. sungguh. Memang sedap, dan lembut sangat. Aku pernah buat buttermilk pancake sebelum ni, tapi aku tak terfikir pulak boleh pelbagaikan pancake ni yer. Idea dah dapat dari CMG ni, maka lepas ni bolehlah aku letak macam-macam. Heheh...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...