Iklan

Jul 3, 2011

Walk - walk.

Maaf, untuk beberapa hari, idea tidak datang dan aku kebuntuan yang amat. Dunia aku masih dalam putaran yang sama, pusingan yang makin hari dirasakan makin menjemukan. Seorang kawan pernah berkata, apa kata hujung minggu, buat sesuatu yang luar dari kebiasaan pula. Bagi mengelakkan jemu. Maka aku sedang mempertimbangkan idea itu sekarang. Walaupun dalam mencari suatu keluarbiasaan itu, banyak rutin yang mengikat aku boleh menjadi alasan, jauh kat sudut hati aku, aku sedar kata-kata itu ada benarnya.


Langkah pertama adalah menerima pelawaan kakak untuk join budak-budak asrama sekolah dia ke Bukit Gambang Resort Water Park. Ianya perancangan yang sudah lama sebenarnya, dan aku hanya menganggap ini sebagai hadiah Aisya kerana mendapat no. 2 dalam peperiksaan yang lepas, biarpun dia asyik sebut-sebut nak makan pizza. Ok, yang itu nanti aku tunaikan. Masa tidak sesuai lagi, sebab baru semalam aku baking Kek Baldu Merah (Red Velvet). Ok, ada satu lagi permintaan dia yang aku rasa hendak aku tunaikan, disamping hendak lari dari kebiasaan. Tengok wayang filem Transformer yang terbaru. Weekend akan datang aku bawa dia pergi, harap-harap ada lagi filem tu nanti.


Welcome to Bukit Gambang!

Gambang Water Park sesuai untuk menghabiskan masa sehari suntuk di sana. Dari Kuala Terengganu, hanya mengambil masa tiga jam sahaja dengan bayaran tol cuma RM 4.30 jika masuk di tol Jabur dan exit di tol Gambang. Dari tol Gambang, sangat mudah kerana ada signboard di sepanjang jalan yang cuma lebih kurang 8 km sahaja lagi.

Jumaat yang lalu, kami bertolak dari rumah hampir jam 8 pagi, dan sampai sebelum 11 pagi. Hampir 4 petang, baru keluar dari taman air itu. Kami pulang awal sedikit kerana mahu singgah di rumah teman kakak di Taman Damansara, Kuantan, dalam perjalanan pulang nanti.


Untuk budak-budak aktif seperti Aisya, memang berbaloi sangat. Hanya berhenti untuk makan sahaja, kemudian sambung bermain hingga ke petang, sampai kecut-kecut jari-jari semua. Ada tempat permainan for kids only tetapi ramai juga yang dewasa dan remaja bantai main dekat situ, termasuk aku. Dan ada seorang lelaki tua, yang aku rasa sebaya ayah meluncur gelongsor untuk kanak-kanak, yang membuatkan aku hampir tergelak tetapi kutahan jebat.. hahaha...
Memang kelakar.

Err.. bagi aku yang memang tidak berani ini, meluncur di gelongsor air kanak-kanak pun sudah cukup membuatkan aku menjerit sakan. Takut giler! Yang rendah pun aku takut, apa lagi yang tinggi-tinggi tu. Tapi, bagus jugak menjerit kuat-kuat tu, release tension sekejap.

Ok. Itu sahaja episod jalan-jalan minggu ini. Kita tengok plak next week macamana. :D

2 comments:

  1. assalam aya

    seronok nya dapat gi Bukit Gambang Resort Water Park. sekali sekala dapat main air ni seronok kan. sy blum sampai lagi kesana. kat sunway water park ni pun baru sekali jer singgah :D

    ReplyDelete
  2. wsalam...

    pergilah sekali.. memang seronok dan relaks, dan juga boleh release tension.. hehe. tp kena bersedia utk terbakar dan hangus.. hahahaha..

    tak hilang lg sunburn ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...