Iklan
Jul 11, 2011
Majalah Salina dalam kenangan
Memang masa aku kecil dulu, kakak adalah penggalak yang terbaik dalam memberikan contoh sebagai 'ulat buku'. Bukan sahaja kakak mampu membeli buku-buku cerita yang pelbagai, dari duit berjimat cermatnya, malahan majalah Salina antara majalah tetap tatapan kami setiap bulan. Masa tu sekitar 80-an, aku masih di sekolah rendah dan sudah pandai membaca majalah dan buku cerita. Kakak sudah di sekolah menengah ketika itu kerana semasa aku dalam darjah satu kakak sudah darjah enam, dan aku hanya sempat setahun sahaja membonceng basikal kakak ke sekolah.
Aku terjumpa laman ini apabila menaip majalah Salina di ruang mencari Google Image. Aku masih ingat kedua-dua majalah yang ditunjukkan dalam laman itu (termasuk satu yang di atas), keduanya memang pernah menjadi tatapan.
Yang mengkagumkan tentang Salina dan sukar dicari dalam majalah sekarang, adalah lukisannya yang sangat menawan hati. Sungguh cantik. Cerita-ceritanya pula memang membuatkan kita tidak sabar menunggu keluaran seterusnya. Aku ingat lagi lukisan bunga dalam hutan, yang selalu cuba saya tiru tapi tak berapa menjadi. Tak macam kakak yang sungguh cekap meniru lukisan orang dengan rambut yang cantik dan beralun. Sungguh aku ingat lagi, penuh satu buku tulis kakak melukis dalam tu. Kakak tidak tahu yang aku terjumpa lukisan-lukisan yang cantik itu.
Nanti, aku nak ajak emak pergi godek rumah kecil belakang rumah, nak cari kalau-kalau majalah Salina itu masih ada. Seingat-ingat aku, aku tidak pernah lagi membakar majalah yang aku sayang. Biasanya aku kumpulkan di mana-mana. Termasuk majalah-majalah yang sampul depannya adalah Fauziah Latiff! Aku pernah cerita di sini betapa aku meminati dia dulu.
Tiba-tiba ada dua keinginan muncul, kembali melukis dan.... potong rambut pendek!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Majalah salina juga menjadi pilihan aku waktu sek men....
ReplyDeleteMmg legend majalah ni...
Duit blnja aku kumpul semata-mata utk membeli majalah kesayangan ku...
Aku pun suka melukis gambar potret majalah ni....