Iklan

Aug 16, 2011

Rojak

Begitulah diibaratkan perasaan saya hari ini. Seawal 6.30 pagi di rumah, perasaan tenteram sahaja sebab malamnya saya tidur awal, dan cukup. Juga tidak diganggu mimpi pelik-pelik. Lena di bawah sinaran sang bulan 15 Ramadhan jam 10.30 malam.


Seperti biasa ber'jeans' dengan orange sweater, memandu Kancil putih ke sekolah Aisya yang cuma berjarak 3 minit dari rumah. Bukan memilih, walaupun seronok bermotor Modenas buruk ayah membelah sejuk pagi sambil menikmati cahaya matahari pagi yang baru menjenguk, saya lebih yakin memandu kereta. Mana tidaknya, saya menunggang motor semula selepas berehat dari menunggang selama lebih 10 tahun! Inipun belum cukup sebulan pun lagi saya kembali menunggang. Gara-gara bateri Kancil 'kong' dan tidak berganti, serta malas nak bawa keluar En. Elly pusing depan sekolah, saya memberanikan diri kembali menunggang motorsikal.


Apabila parking semula si Kancil lebih kurang 3 minit kemudian, mundar mundir dulu di laman. Kalau ada buah durian yang jatuh tergolek, kutip dulu (pokok durian ada sepohon di tepi rumah). Kalau ada bunga mawar merah berkembang mekar, jenguk-jenguk dulu dan ambil bau. Wangi. Kalau ada bunga melur, kutip semuanya dan letak di atas peti sejuk di dapur. Semerbak baunya di ruang dapur. Kalau rajin pula, letak bunga melur dalam uncang kain jarang yang biasanya dapat ketika kenduri, yang diisi dengan telur atau gula-gula tu. Kemudian menikmati udara segar pagi di tepi tingkap di dapur sambil borak-borak dengan mak yang sedang menyiram pokok sayur-sayurnya. Memang tenang suasana pagi sepanjang bulan puasa tahun ini.


Pagi ini saya ada mesyuarat tapak di JPP, UniSZA Gong Badak. Tetapi memandangkan masih awal, saya memandu ke pejabat dulu. Pen drive yang sedia pasang di dalam kereta pagi ini, memutarkan lagu itu. Ye, lagu yang membuatkan saya tiba-tiba teringat pada seseorang yang jauh. Jauh di mata, terkadang menjengah di hati. Perasaan tenang bertukar menjadi sayu, serta rindu. Lamanya tidak melihat dia. Lamanya tidak terkenang padanya.


Memang. Lagu-lagu ini bisa mengganggu gugat perasaan. Kalau dengar lagu rancak, maka perasaan kita gembira, bersemangat memulakan hari. Sekiranya kita layan lagu sayu pagi-pagi, maka perasaan kita mungkin suram, muram. Atas diri sendiri pula untuk switch perasaan kita. Kekadang boleh saja. Adakalanya tidak juga.


Sayu dan sepi saya tidak lama. Walaupun ambil masa juga memandu ke Gong Badak dari Kuala Ibai, ditemani pula lagu-lagu indon yang kebetulan mengambil giliran di MP3 player kereta, saya switch perasaan saya kepada perkara-perkara yang indah. Memang biasanya apa yang kita nak sangat-sangat, yang itulah paling sukar untuk kita dapati. Dan yang kita mahu lari dari, yang itulah mudah menghampiri kita.

Kan.

Aug 11, 2011

Pelik-pelik la nama kuih terengganu


Saya yang anak jati Terengganu ni pun kekadang rasa pelik, apa lagi orang luar Terengganu. Tadi kawan-kawan ada sebut tentang badak berendam, jadi aku dengan pengetahuan yang aku ada dan rasa betul sebagai anak jati Terengganu dan menetap pula di Terengganu, bagitau la kat diaorang yang badak berendam itu kita orang Terengganu panggil 'asam gumpal'.

Sebutan orang kampung, 'Asang Gupal'. Okay lagi bunyinya. Tapi bila kita tukarkan kepada bahasa melayu betul, jadi asam gumpal. Hehe..

Bila cari di google image, taip asam gumpal, memang keluar 'asang gupal' seperti gambar di bawah. Ianya berintikan kacang hijau, dan kuahnya rasa lemak2.






Tapi, bila taip badak berendam, yang keluar adalah kuih ini. Berwarna hijau (bukan daripada biji sagu) dan nampak macam inti kelapa. Macam inti tepung gomak. Eh..eh, dah lama tak nampak kuih tepung gomak. Hahaha...



Ok, adakah aku salah selama ini, asam gumpal dikatakan badak berendam? Ataupun sememangnya di terengganu, asam gumpal memang badak berendam?

Kemudiannya ada jumpa juga gambar ini bila anda taip badak berendam. Badak yang tengah syok berendam. Hahaha.... Ini baru real badak berendam.





Daripada topik asam gumpal atau badak berendam, beralih ke kuih beronok sagu. Perkaitannya? Kedua-duanya diperbuat daripada biji sagu. Tapi beronok sagu Terengganu, biasanya berwarna merah, tidak berkuah dan digaulkan dengan nyor yang diparut.

Jadi aku cubalah cari kat Google Image, beronok sagu. Orang Terengganu sebut, 'wwonok sagu'. Bila jadi beronok sagu, kelakar pun ada bunyinya. Yang keluar adalah gambar berikut.


memang ini wwonok sagu terengganu


dan juga yang berikut...


argghhh.. aper tu?? memang aku tengok rasa geli. Bila aku klik link gambar tu, rupa2nya ianya adalah sejenis binatang laut, yang cuma (mungkin) di jumpai di Langkawi. Dan ianya dijadikan kerabu, sebagai gambar di bawah..

kerabu beronok.

.. lebih kurang macam kerabu perut lembu jugak la kot. Aku pun tak tahu, tak pernah tahu. Ni baru tahu.


Sekian.

Nota kaki : Maaf tak letak link ke blog2 atau web2 yg meletakkan gambar tersebut. Aku cuma copy kat google image.

Aug 7, 2011

Ramadhan Ke Tujuh Tahun 1432

Alhamdulillah, Aisya masih meneruskan puasanya walaupun hanya sehari dua sahaja dia tidak bersungut hendak berbuka puasa, dahaga, dan macam-macam lagi. Biasanya rungutan itu pada sebelah petang selepas pulang dari kelas Kafa jam 3 petang, atau sekitar 4, 5 petang. Dan rungutan ini sebenarnya timbul akibat daripada cemburu pada sepupunya yang darjah satu di sekolah yang sama dengannya, tidak berpuasa dan datang ke rumah siap bawak bekal cikedis pada petang hari pertama Ramadhan. Ish ish ish...


Tahun lepas pun seingat aku, kurang daripada 7 hari sahaja dia tidak berpuasa. Jadi aku hendak pastikan tahun ini dia berpuasa lebih. Hampir setiap hari aku mengikut sahaja menu apa yang dia hendak untuk berbuka puasa.


Baru hari ke tujuh, tapi sebenarnya aku sudah sedikit buntu untuk masak apa sebagai hidangan berbuka. Kebiasaannya di rumah aku, berbuka adalah dengan apa sahaja selain nasi berlauk. Yang sesekali mengadap nasi berlaukpun cuma adik aku sorang. Ayah dan mak, setiap hari dengan cendol yang dimakan dengan santan dan durian. Ada sedikit kuih-kuih manis seperti serimuka atau pulut lepa yang jarang berkuit dan keesokkannya menjadi santapan istimewa ayam-ayam dalam reban. Nasi biasanya dimakan selepas solat terawih. Hanya ayah seorang yang makan nasi selepas solat maghrib, sebelum ke surau untuk isyak dan terawih.


Adalah dengan itu, maka aku setiap petang di bulan puasa (seperti tahun-tahun yang lepas juga) akan memikirkan secara bersungguh apakah menu untuk berbuka santapan aku dan Aisya. Untuk tujuh hari lepas, menu kami adalah seperti berikut ;

1. Meehoon Goreng
2. Mee Goreng
3. Roti Jala cicah gulai daging semalam.
4. Muffin Lemon
5. Mee Rebus (adik aku yang buat)
6. Nasi Lemak dengan sambal, paru goreng berlada dan telur rebus.


Baru sekali menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan terdekat iaitu di tepi pasar baru Kedai Buluh, dan apa yang dibeli sangat-sangat-sangat tidak memuaskan hati. Langsung tidak sedap dan tidak kena dengan tekak aku dan seluruh ahli keluarga. Oleh sebab itu, aku telah membuat keputusan tidak akan menjejakkan kaki lagi ke bazar tersebut.

Bazar lain?

Mungkin, tapi aku memang berat kaki hendak ke bazar sebab citarasa tekak aku ni susah sikit nak kena dengan makanan-makanan yang biasanya orang jual cuma nak untung sajer tu. Dah la aku ni jenis yg kalau makanan tu tak kena dengan selera, lapar camner sekalipun, secubit dua sudah cukup untuk perut kecil aku.

Selebihnya?

Hmm.. Rezeki ayam lagi. Mujur ada ayam.


Azam aku setiap Ramadhan biasanya adalah untuk mengelakkan pembaziran, membanyakkan baca Quran dan solat. Tetapi untuk mengosongkan terus bab pembaziran itu, sedikit sukar aku rasa. Lebih-lebih lagi dengan ayah yg suka membeli, dan biasanya lauk-pauk juga dimasak mengikut apa yang dia kehendaki. Hari ini gulai daging, esok ketam masak lemak cili api, lusa kerisik hati lembu, tulat gulai ikan tenggiri, tubing masak lemak terung, bla..bla..bla.. Setiap hari masak menu utama yg baru sedangkan yg semalam punya belum habis. Aku letih (tukang masak), mak aku letih (tukang siang daging, ikan, dll), Aisya letih (sebab puasa dan langsung tak nak tidur siang).. tapi tak per, asalkan ayah gembira.


Malam, jam sepuluh aku sudah bersaing dengan Aisya masuk bilik...

Aug 1, 2011

Pengumuman Berpuasa Malam Tadi Tak Macam Dulu-Dulu

Mak pun perasan malam tadi, katanya 'Kenapa macam orang lain jer ni?'.


'Orang lain la mak, orang lama tu dah meninggal dah'. Aku memberitahu maklumat palsu, yang tidak aku ketahui betul atau salah. Tapi memang seingat aku, aku pernah terbaca dalam blog mana ntah tentang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, iaitu Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah meninggal dunia. Kemudian bila aku surf dalam internet hari ni, rupa-rupanya Engku Ibrahim sudah bersara dari jawatannya. Karang balik aku kena betulkan semula maklumat yang aku bagitau mak malam tadi.


Maafkan aku kerana tersilap maklumat. Semoga Engku Ibrahim sihat walafiat dan dipanjangkan umurnya. Amin..


Bagi aku, memang terasa kelainannya bila tiba-tiba saat-saat yang ditunggu iaitu pengumuman berpuasa juga berhari raya nanti, orang lain yang umumkan. Bayangkan, seingat aku sejak kecil aku dibesar dengan pengumuman raya oleh Engku Ibrahim. Kalau masa kecik dulu, siap tunggu depan tv nak dengar pengumuman tu. Mak yang didapur pun, terkocoh-kocoh berkejar ke ruang depan, bila anak-anak duk panggil ajak dengar sekali. Memang meriah. Samada puasa atau raya, memang begitu.


Kalau puasa, dengan persiapan untuk bersahur dan berbukanya. Kalau berhari raya, lagi kecoh dengan persiapannya.


Ok, selamat berpuasa semua. Semoga kita memanfaatkan sebaiknya bulan yang penuh barakah ini. Untuk diri sendiri, aku nak pastikan bulan ni aku berjimat sepenuhnya dan tidak membazir. Ya, membazir amalan syaitan, kan. :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...