Iklan

Aug 1, 2011

Pengumuman Berpuasa Malam Tadi Tak Macam Dulu-Dulu

Mak pun perasan malam tadi, katanya 'Kenapa macam orang lain jer ni?'.


'Orang lain la mak, orang lama tu dah meninggal dah'. Aku memberitahu maklumat palsu, yang tidak aku ketahui betul atau salah. Tapi memang seingat aku, aku pernah terbaca dalam blog mana ntah tentang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, iaitu Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah meninggal dunia. Kemudian bila aku surf dalam internet hari ni, rupa-rupanya Engku Ibrahim sudah bersara dari jawatannya. Karang balik aku kena betulkan semula maklumat yang aku bagitau mak malam tadi.


Maafkan aku kerana tersilap maklumat. Semoga Engku Ibrahim sihat walafiat dan dipanjangkan umurnya. Amin..


Bagi aku, memang terasa kelainannya bila tiba-tiba saat-saat yang ditunggu iaitu pengumuman berpuasa juga berhari raya nanti, orang lain yang umumkan. Bayangkan, seingat aku sejak kecil aku dibesar dengan pengumuman raya oleh Engku Ibrahim. Kalau masa kecik dulu, siap tunggu depan tv nak dengar pengumuman tu. Mak yang didapur pun, terkocoh-kocoh berkejar ke ruang depan, bila anak-anak duk panggil ajak dengar sekali. Memang meriah. Samada puasa atau raya, memang begitu.


Kalau puasa, dengan persiapan untuk bersahur dan berbukanya. Kalau berhari raya, lagi kecoh dengan persiapannya.


Ok, selamat berpuasa semua. Semoga kita memanfaatkan sebaiknya bulan yang penuh barakah ini. Untuk diri sendiri, aku nak pastikan bulan ni aku berjimat sepenuhnya dan tidak membazir. Ya, membazir amalan syaitan, kan. :D




4 comments:

  1. assalam aya

    Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa buat aya sekeluarga. Semoga puasa tahun ini lebih bermakna.

    Laju sangat dia baca pengumuman semalam mcam ngejarkan sesuatu .. he33. memang saat pengumuman ni yg ditunggu. walau pun tengah buat sesuatu mesti berhenti sekejap sebab nk dengar. Bleh menggamit memorie zaman kanak2.

    ReplyDelete
  2. wassalam...

    Selamat berpuasa juga pd wachak.

    Haa, tu la. Tup2 dh habis.. tunggu jugk la kot2 ada dia nk sambung apa2 lagi. Hahaha...

    ReplyDelete
  3. Tahun ni saya tak dengar pengumuman tu..terasa ada sesuatu yg tak cukup semasa menyambut ramadhan. Apa2 pun..selamat berpuasa. Semoga ramadhan kita tahun ini lebih baik dari yang lepas.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana berkunjung ke sini, khairul abdullah.

    dan selamat berpuasa yg panjang juga kepada khairul dan isteri. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...