Mr. Ntah Saper : tak cti ker? cti gi mana?
Me : cti? aper tu..
sebenarnya aku agak 'cti' tu untuk 'cuti' tapi memandangkan aku tak suka perkataan-perkataan yang terlalu dipendekkan sehingga nak faham pun susah, aku saje tanya sambil nak minta kepastian pada agakan aku tu.
Mr. Ntah Saper : cuti la yangg...
Me
(sedikit rasa nak muntah) : ooooo... dah bagitau tadi kan, kat ofis ni. tak cuti la.
Mr. Ntah Saper : ari jumaat, sabtu.. tak cuti ker?
Me
(senyum): ooo.. weekend. tak gi mana la. duduk rumah jer, kekadang keluar pun ke bandar, gi pantai jer ker, tak pun duk rumah jer, tengok movie, masak-masak, ngemas rumah, baca novel, basuh keta, sental bilik air, gi pasar, gi jogging, main badminton, gi spa, gi rumah tokwan, tengok masterchef, tidur, buat kek, cuba resepi baru, melukis, menulis, dan macam-macam la. Naper?
Senyap. Lama.
Mr. Ntah Saper : malam tak keluar ker?
Me : jarang.. kalau ada hal penting jer baru keluar.
Mr. Ntah Saper : bila bleh keluar ni yanggg? cium kangggg...
Me
(darah sedikit menyirap!) : naper awak ni? tak kenal pun saya, tapi selamba sahaja cakap sayang la, cium la.. maaf la, saya tak suka.. macam kurang beradab la..
Senyap. Lama. Harap-harap tak ada lagi.
Aku tidak tahu kenapa susah sungguh 'Mr. Ntah Saper' tu nak faham. Aku berkias dengan hantar
message panjang-panjang tu pun buat-buat tak paham. Dua malam lepas, selepas dia
messaged 'cium kanggg' pun, aku dah
reply 'ok.. tak per la yer.. bye'.. dia senyap sampai hari ini. Ingatkan dah faham dah.
Last-last aku
straight to the point ajer, kalau tak faham jugak, memang kepala biul la tu.
Ceritanya bermula bila tiba-tiba ada sms masuk ntah dari saper, dan kebetulan aku baik malam tu, nak layan sms. Sememangnya aku bukannya orang yang suka layan-layan sms sangat, apa-apa hal aku lebih suka
call ajer. Jimat masa. Lagi-lagi kalau dah kat rumah, telefon pula dalam
handbag tak dikeluarkan sejak balik dari pejabat, dan
handbag pula dalam bilik. Tak ada hal, memang tak keluar la telefon tu. Duduk diam-diam kat situ sampai pagi esok kat pejabat. Kekadang kalau ada
call masuk, aku tak layan pun, Aisya jer yang beria-ria berkejar ambik dan bagi kat aku.
Mula-mula macam biasalah, aku tanya siapa ni, dari mana dapat nombor aku, tinggal kat mana, kerja aper, umur berapa, dan bla..bla..bla. Selepas empat, lima sms, tiba-tiba dia menyelitkan perkataan 'sayang dan cium kanggg', dan aku terus sentap. Hey, come on la... kita tak pernah kenal pun okay. Baru sahaja hendak berkenalan. Bahasa tu, kawal la sikit. Bersopan la sikit.
Lainla kalau kita ni dah kenal lama, yang kau biasa cari aku bila susah, dan aku dengan selamba boleh kutuk kau, 'mu gitu ah, cari aku bila nok minta tolong jer.. masa senang, haram dok napok lubang hidung', dan kau pula dah sering berkata 'alaaa cayang, baby... tolong la kira menda alah ni.. kang anje upah kiss satu yer'.. dan aku pulak boleh balas, 'ok, tapi nak u kiss kat tapak kaki i, ok tak?'...
Itu contohnya la. Aku bukannya kejam sangat pun. Bukan juga terlalu cerewet. Tapi kekadang ada beberapa perkara yang aku rasa tidak logik, dan sukar untuk diterima. Contoh macam lelaki seperti 'Mr. Ntah Saper' tu lah. Dan aku pelik, apa sebenarnya yang lelaki seperti itu fikir yer. Bila dapat nombor telefon seorang perempuan, terus message dan panggil sayang????