Iklan

Nov 27, 2011

November 2010 dan November 2011

November 2011, ramalan cuaca agak buruk dan negeri Terengganu dilanda banjir di mana-mana. Hujan lebat, dan kalaupun tidak hujan, mendung dan hari suram. Jadi, bagaimana mahu berjalan-jalan menghabiskan cuti di hujung tahun? Ke pantai semesti tidak mungkin kerana angin monsoon sudah bertiup agak kuat sejak beberapa hari yang lalu. Ke hulu, pun mustahil kerana banjir pun barangkali baru surut di sana. Jadi?

Tengah duk fikir-fikir mahu kemana petang ini membawa budak-budak bertuah tiga orang itu (Aisya dan dua orang sepupunya), belek-belek album jalan-jalan tahun lepas. Oh, rupa-rupanya baru November lepas aku bersama Aisya dan mak makan angin ke Johor! Aku ingatkan sudah bertahun yang lalu sebab rasa macam sudah lama ke sana. Cerita yang kononnya akan bersambung tetapi sampai ke sudah tiada sambungan itu, ada di sini dan di sini. T____T.

Asalnya aku merancang ke Kuala Lumpur kali ini, kebetulan cuti sekolah dan cuti Awal Muharram pula jatuh hari ini, ahad. Tetapi tiba-tiba kakak pula nak tinggalkan budak berdua itu di sini, pada mak, sebab dia kena menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur selama 4 hari. Rosak segala rancangan. Aku boleh sahaja pergi sendiri, tetapi kali ini rasa malas pula. Tambahan duit kurang sedikit hujung-hujung tahun ini, dan cuaca yang tidak menentu lagi. Akhirnya, terperap di rumah sahaja. Esok, aku ambil cuti, tetapi tidak tahu lagi hendak di isi masa dengan berbuat apa. Tengah duk lagi tempat-tempat yang boleh dituju dengan budak bertiga itu.


Gambar November 2010 bagi melepas rasa terkilan tak boleh pergi bercuti. T____T

Di Pekan yang aku rindu.


Rompin, berhenti solat zohor.


Mersing, masjid atas bukit itu dulu-dulu selalu menjadi tempat singgahan solat Asar.


Ok, itu sahaja dulu sebab mak dah ajak ke luar. Katanya, duduk di rumah sahaja kehulur hilir dalam rumah, tak jadi apa ni... Yer, mari kita jadi superman mak, keluar dari rumah menikmati cahaya matahari. Bye!

2 comments:

  1. assalam suraya

    Sy suka gak memandu jejauh ni tapi masih belum berkesempatan untuk mengambil cuti panjang. Cuma ada dalam perancangan saja tapi masa belum mengizinkan. sekali sekala nk juga tengok tempat org. asyik mengadap kesesakkan trafik dan hutan batu kat KL ni jer.

    ReplyDelete
  2. wassalam... yer yer.. kena buat tu. mengadap kesesakan trafik dan hutan batu kl pun, tak jadi apa jugak.. hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...