Iklan

Nov 15, 2011

Patah Seribu Hatiku



Sedap dengar lagu ni, tambah-tambah lagi masa hujan tengah turun lebat dan seolah takkan berhenti ini. Tambah sedap kalau dapat renung air hujan menitis di luar jendela atau pada cermin kereta. Tak payah makan, kenyang dalam syahdu. Hehe..

'Dua hari di hujung minggu, aku tak kemana, duduk di rumah sahaja. Tak buat apa. Tak ada sms masuk. Tak ada sesiapa sudi call. Aku nak ajak orang keluar, rasa segan sebab sepatutnya dia yang ajak aku keluar. Aku perempuan, dia lelaki. Begitulah kan? Rasa macam, hidup apakah ini? Kosong, sekosong-kosongnya.'

Seorang kawan meluahkan perasaannya beberapa hari yang lalu.


Aku senyum.

Sudah lama aku merasakannya kawan. Aku sudah lali. Nasihat aku, jangan isi kekosongan itu dengan lelaki. Lelaki ada kaki. Bila dia nak, dia cari. Bila dia tak nak, dia akan lari. Baik buang kaki dia... hahahaha.... Ok, aku berlawak sahaja. Jangan buat begitu, nanti masuk penjara.

Layan novel.
Menonton filem-filem lama dan baru.
Memasak.
Bersukan.
Menjahit manik.
Itu yang aku buat untuk isi kekosongan itu.


Tidak terisi jiwa, sekurang-kurangnya terisi masa. :)



2 comments:

  1. assalam suraya

    * Bila dia nak, dia cari. Bila dia tak nak, dia akan lari.

    'Ikat' ler dia pasti x lari ... keh33

    ****************

    Lelaki sekrg pemalu, cer ajak, mesti si dia sudi menemani :P

    ReplyDelete
  2. wassalam...
    sepatutnya, yg diikat adlah perempuan, yg mengikat tu lelaki.. itu fitrahnya.

    kembali pd fitrah juga, perigi tak sepatutnya mencari timba. Timba la yg kena ajak.. hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...