Iklan

Nov 8, 2011

Rasa Singkat Malamku Penangan 'Andai Itu Takdirnya'

Sabar dulu. Belum khatam pun lagi novel hijau itu aku telaah. Baru melancarkan bacaan malam tadi selepas maghrib. Berhenti sekejap melayan Aisya makan nasi, sementara aku mengadap semangkuk maggi perasa tomyam, sambil menonton tv kecil atas peti hijau di dapur, cerita Tihany. Adik dan anak-anaknya ke rumah tokki sebelah suaminya, jadi rumah memang tenang. Bersambung cerita Tihany ke minggu depan bila Azman (tunang Tihany yang disangka sudah mati) tiba-tiba muncul masa ibu tiri Tihany sedang bakar fail-fail dalam tong besi. Aku pula sambung menelaah novel hijau Siti Rosmizah, sampai keluar-keluar air mata.


Jam 12.40 aku berhenti. Semua orang sudah tidur. Aku tutup lampu dan cuba lelapkan mata. Sukar. Tapi aku kena tidur sebab esoknya kerja (hari ini).


Jalan ceritanya terlalu cepat. Laju. Jadi, baca pun seperti terkejar-kejar untuk cepat sampai ke penamatnya. Tiada banyak bunga-bunga bahasa. Tidak banyak cerita latar belakang. Eh.. nanti aku habiskan, aku bagi pendapat lengkap. :D

2 comments:

  1. assalam suraya

    menonton sambil membaca. perkara yg jarang2 org lelaki boleh lakukan .. he33

    maggie tomyam lagi. menu mlm sy lebihan nasi impit dan rendang ayam yg mak bekalkan :P

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..

    biasanya bosan tunggu iklan lama2.. mesti nak kena buat something, samada belek majalah, baca novel atau main game kt hp.. hehe..

    tak tahu nk isi perut yg lapar dgn apa, semuanya rasa tidak berselera.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...