Iklan

Dec 5, 2011

Tak Ada Perasaan

sudah hari ke enam disember tahun dua ribu sebelas, hari ke sepuluh bulan muharram. kerja tender menender selesai, siap sekali dengan anggaran tender. sekarang tunggu tender tutup sahaja untuk mengkelam kabutkan diri dengan laporan tender pula. itupun rasanya kekelam kabutan itu mungkin agak kurang sebab tender terpilih, bukan terbuka. kalau terbuka memang ada dua tiga puluh tender untuk di nilai. kalau terpilih, tak sampai sepuluh barangkali.

projek yang sedang dikendalikan, sudah kurang kerenahnya. banyak prosedur yang telah diselesaikan, dan hanya menunggu kelulusan untuk langkah seterusnya. kerja di tapak bina juga sudah hampir ke penghujungnya.

jadi, apa yang aku buat di pejabat? dua hari lepas, separuh hari dihabiskan memandu pergi balik ke paka, dan singgah di tapak bina bagai lalat menghurut nasi sahaja. sekejap sangat untuk satu perjalanan pergi balik selama hampir tiga jam setengah. petang, bersantai di pejabat sambil mengadap ntah haper-haper di komputer meja.

mukabuku? ah.. aku bukan kaki mukabuku. aku ngadap mukabuku sebab nak tengok gambar anak saudara yang dirindui sahaja. blog? semua aku baca, sehingga tak ada lagi yang aku nak baca. skype dan ym aku sepi. blog sendiri? entri baru? aku taip, aku padam. aku padam, aku taip. akhirnya aku tekan x.

bosan juga yer, hidup tanpa masalah ni. hahahaha....


err... aku dah hilang rasa barangkali.

2 comments:

  1. assalam suraya

    Dah ada masa lapang tu, berseronok sakanlah kan sampai x tau nk buat apa. Tapi sy sarankan sue nikmatilah saat sekarang ni sebelum tiba hari yg sibuk.


    ps : sy pun tengah x der rasa juga ni. Bulan depan dah kena berhenti tapi kerja baru belum cari lagi.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wachak..

    sihat? saya suka hari-hari yang sibuk, sebab masa akan terasa cepat berlalu. dan skrg saya cuba mengisi masa dgn berfaedah.. hehe.

    rasa (perasaan) yg tidak ada, perlukah diadakan atau dibiarkan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...