So, inilah keputusan exam Aisya sepanjang tahun 2011. Tidaklah cemerlang, tetapi Alhamdulillah.

Sebenarnya untuk peperiksaan akhir tahun baru-baru ni, cikgunya tak sempat nak bagi dan isi buku laporan, malah kertas-kertas periksanya banyak yang tak dapat. Jadi aku tak tahu result semua subjeknya. Itupun cikgu cuma sempat bagitau kedudukan dalam kelas, dan jemputan untuk menghadiri hari penyampaian hadiah kecemerlangan.
Yang 28/85 tu adalah kedudukan dalam darjah. Bagus juga anak aku yer. Hehe..
Tahun depan darjah 4 iaitu tahap dua. Aku mula berkira-kira hendak potong Astro di rumah. Rancangan-rancangan di Astro ceria bukan sesuatu yang boleh membantu dia, lebih-lebih lagi kartunnya dalam bahasa melayu! Dah la mahal. Boleh jimat sikit, tambahan pulak bil elektrik kat rumah sejak lepas raya puasa lepas, asyik rm50 ke atas. Kat bahagian mana ntah yang makan api banyak sangat!
Nampaknya tahun depan kena tengok masterchef kat internet la pulak. :D
85 orang murid dalam satu kelas??? ramainyaaaaa
ReplyDeletebukan lah ikar... dalam darjah tu.. dalam kelas 32 org jer.
ReplyDelete