Bismillahirrahmanirrahim...
Orang bercuti, aku juga nak bercuti. Kononnya hujung tahun nak habiskan cuti tahunan yang masih berbaki. Tapi orang bercuti, pergi melancong sana sini, membeli belah itu ini. Aku bercuti, paling jauh ke Kota Bharu hari Khamis lepas, dan balik dengan sehelai baju Angry Bird betina untuk Aisya. Kesian ayah menunggu mempelam siam barang sekotak dua, sebutir makanan pun tidak aku beli.
Kenapa?
Aku rasa apa yang ada di Kota Bharu sama sahaja dengan apa yang ada di Kuala Terengganu. Pasar Siti Khadijah tidak dapat menandingi kehebatan Pasar Payang. Jadi, aku tak tahu nak beli apa untuk di bawa balik!!
Jumaat, selepas membeli barang-barang untuk kenduri akikah anak saudara (yang on the way balik dari KL) esok, aku merayap ke pantai Batu Buruk. Beli keropok, donut Big Boss dan bebola udang kemudian layan Aisya main layang-layang di pantai. Ramainya orang. Termasuk yang baru balik dari sembahyang Jumaat di masjid Ladang barangkali. Siap berbaju melayu berpuak-puak.
Sabtu, dari pagi ke petang bersiap-siap masak untuk akikah malam nanti. Jemputan sekitar 60 orang rasanya. Lauk gulai kambing, goreng kobis, sambal belacan dan pencuci mulutnya, tembikai. Untuk yang tak makan kambing, ayam sebanyak 5 ekor, digoreng dan masak merah. Yang tu aku buat. Special. Hehe...
Malam, sibuk di dapur menghidang sebab ayah nak sekurang-kurangnya 40 orang makan berhidang. Takut diaorang cabut sebab malas nak beratur tunggu giliran nak ambil makanan , sebagaimana kat sesetengah tempat. Ada buffet juga disediakan kat depan. Lepas majlis, berkemas serba sedikit. Ingatkan awal lagi, tup tup dah 12 lebih baru nak tidur. Letih yang amat.
Ahad, sambung ngemas-ngemas pinggang mangkuk.
Isnin, aku masih bercuti. Keluar basuh kereta kat carwash. Makan-makan kat luar. Pergi AVON beli-beli apa yang patut. Petang, rehat jer kat rumah. Terlena sekejap, pastu jaga sebab sejuk. Cuaca di Terengganu sangat sejuk, redup yang amat sepanjang hari. Tapi hujan hanya sekejap-sekejap dan renyai-renyai sahaja. Angin sekejap kencang, sekejap perlahan. Rumah sunyi sepi. Rupa-rupanya kesemua anak saudara Qasyrina, Qayyis, Adam, Asyraf (dalam buai), Aisya (atas kerusi panjang), lena bergelimpangan. Baby dalam bilik tidur celah ketiak mamanya.
Yer.. cuaca begini mengundang lena yang enak di siang hari.
Tapi hari ni, kerja. Sorang-sorang di pejabat mengadap komputer. :(
asalam suraya
ReplyDeletepenuh jadual awak time cuti. sy x kemana pun. duduk rumah sebab ada acara marathon kuak lentang ... keh33
tinggal 3 hari jer lagi baki untuk bekerja ... hu33
waalaikumussalam wachak..
ReplyDeletemenarik bunyinya acara kuak lentang tu.. hahahaha...
rasa nk cuti lagi.. tapi cutipun nak kemana dan buat aper sangt..
Saya pun lebih suka pasar payang dari pasar siti khadijah...i missed malaysia. :)
ReplyDelete