Bismillahirrahmanirrahim....
Sebenarnya nak buat tajuk entri 'resepi bubur jagung paling sedap' tapi takut kesedapan itu hanya pada lidah saya. Dan kebenarannya juga, saya seorang yang tidak berapa gemarkan makanan-makanan manis. Dodol, baulu, akok, netbat, kuih bakar dan banyak lagi makanan tradisional adalah manis. Bubur dan pengat pula memang tidak dapat dipisahkan dengan rasa manis! Sebab itu saya tak suka makanan tradisional! Kebanyakannya manis-manis belaka!!
Biasanya juga, bab-bab membuat pengat dan bubur, mak adalah chefnya. Saya tak masuk campur, sebab saya tak gemarkan pemanis mulut yang memang manis itu. Kekadang saya makan juga pengat pisang, tapi saya ambil pisangnya sajer. Hehe...
Baru-baru ni, kakak menitipkan melalui ayah, bubur jagung ke rumah. Nampak sedap, jadi saya pun rasalah sesudu. Eh... memang sedap. Kurang manis dan rasa susu! Saya pun makanlah beberapa sudu daripada dalam
tupperware tu. Malamnya, kononnya nak makan lagi. Tengok-tengok dah licin! Mak dah habiskan sebab katanya 'ingatkan tak nak dah!' Waaaa!!!
Jadi saya minta resepi dengan kakak. Nak buat sendirilah kononnya. Tapi saya kerja, balik rumah pada petang hari, tengok-tengok mak dah buat. Alamak! Manisnya!! Saya dah tak lalu nak makan. :((
Dan akhirnya mak biar saya buat sendiri. Ada
balance jagung tiga butir lagi dalam peti ais. Mak tolong hiris-hiris jer jagung-jagung tu, terus ke dalam periuk.
So, adik evi sayang, begini yer cara-caranya. (selepas saya
upload gambar bubur ni kat instagram, ada adik sorang ni minta resepi... hehe..)
1. Hiris-hiris biji jagung tu hingga tinggal empulurnya sahaja. Hiris nipis-nipis, jangan halus sangat dan jangan kasar-kasar sangat. Biar sedang-sedang elok supaya nanti makan crunchy-crunchy gitu. Hehe..
2. Hiris terus ke dalam periuk pun tak per. Tak der masalah. Mak selalunya buat gitu.
3. Dalam bekas lain, campurkan susu cair dengan santan dari dalam kotak, dan air juga. Err... saya rasa ini mungkin kali pertama guna santan dalam kotak. Disebabkan santan tu pekat, tuang sedikit dalam bekas dan campurkan air. Jangan cair sangat. Agak-agak la yer. Kemudian campurkan pula dengan susu cair. Tuang ke dalam periuk berisi jagung yang dah dihiris. Agak-agak la sukatan santan dengan susu cair tu dapat menenggelamkan isi jagung yang dah dalam periuk. Lebih sikit pun tak per. Kalau nampak macam tak cukup, tambah lagi susu cair.
4. Bila dah rasa cukup tenggelam jagung tu, letak atas dapur dan buka api. Masukkan gula dan kacau-kacau hingga gula hancur. Agak-agak la nak bubuh gula banyak mana. Ikut lidah nak manis setakat mana. Masukkan juga secubit garam. Skit jer yer.
5. Bila dah mendidih, tutup api. Jangan masak lama sangat, nanti jadi berminyak dan jagung juga tak crunchy nanti. Agak-agak la yer, kalau tak nak crunchy, masak la lama sikit.
6. Dah masak tu, letak dalam mangkuk. Biarkan sejuk skit, baru makan. Makan panas-panas kan, melecur lidah jangan nak salahkan akak pulak. Hahahaha.. Oh ya, bila dah sejuk tu, tuang dalam
tupperware letak dalam peti ais, pun sedap makan sejuk-sejuk.
7. Oh ya, mulakan dengan bismillah. Sudahi dengan alhamdulillah. Hehe...
Okay, rasanya cara-cara di atas sudah dapat memberikan gambaran sebenar bagaimana membuat bubur jagung bagi seorang yang jarang masuk dapur. Kalau yang biasa dan memang kerjanya kat dapur sahaja, tutup mata pun boleh buat ni. Hahaha...
Selamat mencuba!