Tahun ini, saya langkahkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada hari pertama lagi. Seingat saya, tahun-tahun sebelum ini, dihari-hari terakhir baru dapat saya berkunjung ke sana. Tahun lepas paling dahsyat, dua hari berturut-turut saya ke PWTC. Dan saya berhabis paling banyak. Hehe..
Tahun ini kewangan ciput, terpaksa mengawal diri secara habis-habisan. Kebetulannya pula, masa sangat-sangat terhad. Saya cuma ada sehari di Kuala Lumpur. Sampai dengan bas seawal jam 4.30 pagi Jumaat dari Terengganu, dijemput oleh adik ipar yang kemudiannya ketika dalam perjalanan ke rumahnya, kereta telah terlanggar botol kaca (disyaki botol arak) di tengah jalan. Berehat sekejap, kemudiannya terus bersiap-siap untuk keluar sebab adik ipar kerja (Busu ambil cuti sebab nak shopping punya pasal). Tayar kereta pula kempis habis (botol arak itulah punya pasal!). Koyak dan berlubang. Terpaksa tukar dengan tayar spare, tunggu kedai tayar buka sambil breakfast dengan roti arab cicah kuah kari. Alang-alang ke KL, takkan nak makan roti canai kan. Kat Terengganu berlambak roti canai. Hehe..
Jadi, jam 10.30 baru kami (saya dan Busu) sampai di PWTC selepas hantar Adam ke tadika dan adik ipar ke tempat kerjanya. Membeli buku secara laju, sebab masa terhad. Mujur hari pertama lautan manusia tidak ramai sangat. Tidak perlu bersesak-sesak! Cuma kaunter PTS beratur panjang, pelik juga sebab hanya ada satu kaunter. Busu yang hendak membeli buku disitu terus cancel. Dua jam sahaja di PWTC, kami kemudian meneruskan misi ke SOGO untuk mengisi perut. Makan di Manhattan Fish Market, sempat meninjau sekejap beg-beg yang tengah SALE kat ruang lambak SOGO, jenguk kedai jam sekejap, baru meneruskan misi mencari kain-kain pasang di kedai-kedai kain Jalan TAR. Masa terhad, saya sungguh tak puas hati. Dah la lama tak shopping sini! Waaaaaa!
6.30 Petang, baru bertolak pergi ambil Adam kat tadika. Maghrib pula ambil baby dan adik kat rumah pengasuh. Kemudian terus gi cari makanan untuk dinner. Tapau sahaja sebab sangat letih. Malam lepas rehat sekejap, mandi dan makan, saya sudah terlena sebelah baby. Pagi-pagi esoknya, dah drive home to Terengganu. Masa sangat terhad. T_____T
Dalam tandas di pwtc, lawa tandasnya. Aku tak pernah masuk tandas kat ground floor ni, biasa aku guna tandas kat first floor.
Set for two, ada spagetti yang sedap dengan sotong yang liat.
Ikan, maaf saya kurang suka rasa awak.
Salad yang sangat sedap.. Harus makan ini untuk diet!
Bunga kemboja saya sudah berbunga!
Nota kaki 1 : Saya cuma beli 2 buah novel karya Ruby Hazri, sementara Busu beli novel Norhayati Berahim selepas dihasut oleh saya. Tak sedar diri ada beberapa buah novel masih elok berbalut plastik atas rak di rumah.
Nota kaki 2 : Tengah ketagih dengan PhotoScape yang saya download di internet, lebih mudah edit gambar berbanding guna PicsArt di android atas skrin samsung yang kecil!
Nota kaki 1 : Saya cuma beli 2 buah novel karya Ruby Hazri, sementara Busu beli novel Norhayati Berahim selepas dihasut oleh saya. Tak sedar diri ada beberapa buah novel masih elok berbalut plastik atas rak di rumah.
Nota kaki 2 : Tengah ketagih dengan PhotoScape yang saya download di internet, lebih mudah edit gambar berbanding guna PicsArt di android atas skrin samsung yang kecil!