Iklan
Apr 30, 2013
Make Time For Yourself
Esok 1st. May... agak-agak apa nak buat yer...hmmm.... baking kot, lama dah tak buat kek ni. Makan kek coklat masa suam-suam panas tu, sedap juga ni..
Apr 29, 2013
Kucing, Antara Comel dan Warna
Bismillahirrahmanirrahim...
Kita (aku kadangkalanya), selalu biased against kucing yang berwarna hitam. Kucing hitam selalu dipandang tidak comel, kotor, banyak kutu, kurus kering tak cukup makan, tak mandi dan busuk, dan apa-apa sahaja yang orang tidak suka tentang kucing. Manakala kucing putih, kuning atau kelabu, atau tompok-tompok, selalu diangkat tarafnya sebagai comel, manja, baik hati, murah hati, suka hati...bla..bla..bla... Padahal kalau ditilik mukanya, sungguh, tak kira warna, kalau yang comel, tetaplah comel.
Dulu masa kecil, di mana sahaja terserempak dengan anak kucing comel (well.. biasanya yang bertompok-tompok warnanya atau putih atau kuning sahaja!), aku pasti akan ambil dan bawa pulang. Jadikan anak angkat. Hahaha.. Lepas tu, mak yang marah-marah sebab tukang bawak balik, hanya pandai bagi makan dan minum. Basuh berak yang merata, selalunya mak yang kena buat. Yer.. kadangkala kucing ni jahat juga, dibantainya berak bawah kerusi la, tepi dinding la.. mana-mana yang dia suka. Maka, ketika itu penyapu lidi sangat berguna. Disamping digunakan untuk menyapu sampah atas lantai kayu, juga digunakan untuk menghambat kucing-kucing anak angkat kami itu. Maka, antara yang paling ditakuti oleh mereka ialah bunyi penyapu lidi. Pantang berbunyi sedikit, berdesup melesap entah ke mana.
Membela kucing dikampung, mudah sebenarnya. Masa tu, rumah kami adalah rumah kecil tiangnya seribu, rumah besar tiangnya sebatang... sori, tetiba terngiang lagu Azian Mazwan Safuan.. hehe.. Rumah kami, rumah papan, bertiang dan bertangga papan dengan tiga anak tangga. Bawah rumah, bersih gila. Kitaorang memang sentiasa dikerah menyapu laman, termasuk bawah rumah. Kat bawah rumah itulah tempat kami adik beradik korek lubang untuk main congkak menggunakan biji getah, tempat ayah letak motor, tempat basikal-basikal kami, juga tempat kotak kayu kucing tidur. Kucing tidak dibenarkan tidur di dalam rumah. Tapi, yer la, ketika anak kucing tu masih kecil, kami memang teruja nak melayan dan bermain. Malah kalau anak kucing yang dikutip itu, lagi dilayan lebih-lebih. Siap diberikan susu lagi, tapi susu cap teko jer la pun. Hahaha...
Bila dah besar, masing-masing duduk asrama, belajar jauh-jauh, kucing dah tak ada kat rumah kami. Mak memang tak berapa gemar dan malas nak layan. Aku pun tak ingat ke mana pergi kucing-kucing yang pernah aku kutip dulu. Sampai sekarang, kat rumah kami, memang tidak ada kucing kepunyaan kami. Yang ada kucing yang dibuang orang, sesat mencari makan di sekitar rumah, kadangkala tidur di atas kereta hitam aku dan membuatkan aku mengamuk sakan. Habis lekat bulu-bulu dia dengan bekas-bekas punggung tidak berbasuh. Paling aku menyampah, sesekali dijadikan tayar kereta aku tempat dia membuang air kecil!!! Bencinyaaa....
Tapi... baru-baru ini, ada seekor kucing sesat telah beranak di kandang lembu ayah.. dalam bekas ayah letak makanan lembu. Tiga ekor anaknya, dan aku tiba-tiba jatuh cinta semula. Dua ekor anak anaknya berwarna seperti ibunya, hitam putih. Dan seekor lagi hitam legam. Aku biased lagi, tak peduli sangat pada yang hitam. Teruk betul.
Tup tup beberapa minggu kemudian, ibu kucing yang lain pula beranak di bawah rumah, dalam reban ayam yang ditinggalkan. Ibu hitam, maka anak-anaknya pun hitam. Tapi sungguh, semalam ketika aku memegang seekor anak kucing itu, comelnyaaaaaa.. lebih comel dari yg hitam putih di kandang lembu. Hehe....
Tiba-tiba rumah kami (walaupun bukan dalam rumah), jadi riuh kembali dengan 6 ekor anak kucing. Petang-petang balik kerja mesti nak kena pergi jenguk anak kucing. Hahahah....
'
Apr 28, 2013
Apr 25, 2013
Ampuni Dosaku Ya Allah....
Bismillahirrahmanirrahim...
Astaghafirullahal a'zim... Aku mengucap panjang. Aku tutup facebook. Aku beristighafar berkali-kali. Aku tarik nafas panjang sambil tidak berhenti beristighfar. Aku rasa situasi ini sama seperti seperti situasi 2 minggu lepas, ketika aku melihat sekumpulan lelaki bermotosikal. Bezanya, 2 minggu lepas aku beristighfar dalam senyum dan ketawa yang tertahan, sorang-sorang dalam kereta, dan kali ini aku beristighfar dalam keluhan dan tertanya-tanya, di pejabat.
Situasi 2 minggu lepas
Masing-masing berkening nipis dan terbentuk cantik, bibir merah (tidak pasti samada disapu gloss, lipstik atau semulajadi merah), rambut yang berjuntai jatuh ke dahi, dalam pakaian yang berwarna terang (ada antaranya merah jambu dan oren). 8 Orang di atas 4 buah motosikal, motor bergerak perlahan gaya mengambil angin petang. Bila aku memotong motor-motor itu, aku berpaling kepada mereka, kepada lelaki pembonceng motor yang belakang sekali, yang berseluar shocking pink dan sweater berwarna sama. Dan aku hampir tersembur ketawa, sambil beristighfar berkali-kali. Ampunkan aku Ya Allah, kerana hampir ketawa. Aku tidak pernah melihat situasi begini. Bukan aku mengetawakan mereka kerana mereka begitu. Aku tahu, mereka orang baik-baik. Aku pernah berkawan dengan orang sebegitu dulu-dulu. Dan aku masih kenal beberapa orang yang sebegitu, dan mereka memang baik-baik. Cuma bila melihat mereka beramai-ramai, aku tidak dapat menahan diri dari ketawa. Hahahaha... Astaghafirullahal a'zim...
Situasi kali ini
Aku tidak pasti betul atau tidak cerita yang aku baca kat facebook tadi, yang dikongsikan oleh seorang kawan. Musim-musim orang berkempen ini, kebenaran semakin sukar untuk dilihat. Manusia jujur semakin kurang. Tapi sekiranya benar apa yang aku baca, aku rasa nilai-nilai kemanusiaan juga semakin nipis dalam diri seorang manusia. Bahkan sebarang peristiwa yang berlaku akan dipolitikkan oleh mereka yang suka menangguk di air keruh. Kalau dulu, pepatah 'buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali'. Sekarang, dalam manusia yang hilang nilai kemanusiaan ni, aku rasa pepatah itu sesuai diubah jadi 'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'. Yang aku sedih, kawan aku yang kongsikan cerita 'seorang lelaki samseng koma akibat jatuh ke dalam longkang, kemudian diludah oleh mereka-mereka yang bertentangan parti politik', memberikan komen positif seolah-olah menyokong tindakan tersebut! Seolah-olahnya 'bila orang samseng, kita juga kena jadi samseng'. Ya Allah.... sedihnya!! Astaghfirullahal a'zim....
Astaghfirullahal a'zim....

Apr 24, 2013
Semangat 5 Tahun Sekali Ini, Kalaulah Sentiasa Ada.. Memang Majulah Negara
Bismillahirrahmanirrahim...
Oh... kalau ditengok dari segi banyaknya bendera-bendera biru dan hijau di Terengganu ini, hijau menang. Ini bukan cakap aku sorang, dah ramai yang cakap begitu. Tapi, tak tahu la nantikan. Hehe....
Assalamualaikum...
Terengganu, musim berkempen tahun ini, sangat sangat meriah. Lebih meriah dari biasa. Lebih meriah dari hari raya puasa. Percaya atau tidak, hari ini dan esoknya keadaan di satu-satu tempat itu tidak sama. Macam malam tadi, masa aku hantar dan ambil Aisya tusyen di sekolah, elok lagi boleh nampak ke bangunan-bangunan sekolah 3 dan 4 tingkat. Boleh lagi melilau biji mata mencari Aisya di celah-celah budak sekolah yang ramai. Pagi tadi, bukan sahaja bangunan sekolah sudah tidak nampak, nak tengok budak sekolah pun kena mengintai celah-celah bendera biru yang digantungkan memanjang dari tiang lampu ke tiang lampu yang satu lagi. Memanjang tu pulak, rapat-rapat dari bawah ke puncak tiang. Aduhhh...
Yang paling membuatkan aku kagum, bermacam-macam replika direka. Kalau setakat kereta kebal, meriam, kapal terbang, itu memang dari dulu-dulu lagi selalu di buat. Tahun ini, mereka lebih kreatif lagi. Dari Chendering ke Marang, boleh kira berapa banyak jet pejuang didirikan di sepanjang tepi jalan. Nak tengok platform minyak atas darat, di Pengadang Baru ada. Wau bulan gergasi, ha... yang tu kat kampung aku. Satu lagi yang kecil sedikit, di hadapan sekolah Aisya. Kereta kebal kali ini, siap dengan patung orang sekali. Sekali tengok kelakar jugak, 2,3 kali tengok, mungkin sedikit meremang bulu roma atas leher. Hahaha....
Ini antara gambar yang sempat aku ambil sepanjang jalan dari rumah ke pejabat setiap hari. Aku nak berhenti ambik gambar, aku malu. Hehe.. Tapi rasa sayang kalau semua ini tidak dirakamkan. Bukan senang nak jumpa semangat yang sebegini.
Gambar ni dah lama, masa ni tak banyak lagi bendera-bendara di gantung. Sekarang jalan ni teduh gila, mungkin kalu hujan pun, tak berapa nak basah la duduk kat situ. Hahaha.. |
Disuatu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, di traffic light yang sama, arah bertentang. Love the sunshine through the flags.. |
Oh... kalau ditengok dari segi banyaknya bendera-bendera biru dan hijau di Terengganu ini, hijau menang. Ini bukan cakap aku sorang, dah ramai yang cakap begitu. Tapi, tak tahu la nantikan. Hehe....
Assalamualaikum...
Apr 23, 2013
Jom Kita Mengundi vs Marilah Mari Pergi Mengundi
Bismillahirrahmanirrahim...
Lamanya tidak bercerita di sini. Hampir sebulan dah. Bukan sahaja tak menulis, menjenguk blog sendiri juga hampir tidak langsung. Kiranya dah macam rumah terbiar dah blog ni, berhabuk, berdebu, bersawang, penuh tahi cicak! Ok, sebenarnya banyak masalah yang membantutkan aktiviti berblogging yang memang tidak aktif mana pun sebelum ni.
Desktop pc kt opis ni, lembap giler sejak2 tamat tempoh antivirus karpesky aku. So, finally aku buat keputusan untuk format komputer ni. Nazri jer pun yang buat, masa aku gi site meeting kat Paka. Bila dah format, tahu-tahu ajerlah, walaupun banyak file dah diselamatkan dalam D, rasa dah macam guna pc baru. Kena mula semula semuanya dari A, sebab aku tak suka file-file aku bersepah dalam komputer.
Hp cap ayam aku juga, yang berusia rasanya baru
Satu lagi masalah dengan hp aku, usb tidak dapat dikesan/dibaca bila disambung pada komputer. Geramnyaaaa... tak dapat la aku nak transfer gambar-gambar kat dalam tu. Dah la sekarang hp aku tu betul-betul dah ganti tempat kamera yang hidup segan mati pun segan kat dalam laci di rumah. Haishh...
Bila aku minta tolong adik aku godek-godek hp aku, pasal masalah tu, akhirnya usb detected. Tapi kena acap-acap kali tekan usb debugging gaya nak mengamuk. Detected la sekejap untuk transfer file, but then bila disconnect, dan connect semula, masalah yang sama berulang. But at least, i know what to do next time. :D
Oh yer, dah bersedia nak mengundi semua? Aku rasa tahun ni ramai yang bersemangat hendak mengundi. Semangatnya lain macam. Aku plak, lagu 'Jom Kita Mengundi' duk terngiang jer dalam kepala otak, sebab kerap sangat lagu itu diulang-ulang kat tv. Geram betul! Tenggelam habis kenangan lagu lama 'marilah mari, pergi mengundi, tunaikanlah kewajipan pada negera'. Walaupun lagu mengundi dulu-dulu lebih 'slow' tapi semangatnya ada disitu. Aku lebih suka lagu lama!
Subscribe to:
Posts (Atom)