Iklan

Apr 23, 2013

Jom Kita Mengundi vs Marilah Mari Pergi Mengundi


Bismillahirrahmanirrahim...

Lamanya tidak bercerita di sini. Hampir sebulan dah. Bukan sahaja tak menulis, menjenguk blog sendiri juga hampir tidak langsung. Kiranya dah macam rumah terbiar dah blog ni, berhabuk, berdebu, bersawang, penuh tahi cicak! Ok, sebenarnya banyak masalah yang membantutkan aktiviti berblogging yang memang tidak aktif mana pun sebelum ni.


Desktop pc kt opis ni, lembap giler sejak2 tamat tempoh antivirus karpesky aku. So, finally aku buat keputusan untuk format komputer ni. Nazri jer pun yang buat, masa aku gi site meeting kat Paka. Bila dah format, tahu-tahu ajerlah, walaupun banyak file dah diselamatkan dalam D, rasa dah macam guna pc baru. Kena mula semula semuanya dari A, sebab aku tak suka file-file aku bersepah dalam komputer.


Hp cap ayam aku juga, yang berusia rasanya baru setahun hampir dua tahun (cek gambar first kat hp kejap satni..hehe), dah mula buat perangai tidak senonoh. Line selalu tiba-tiba tak ada langsung, malah biasa sangat dari malam ke pagi, langsung tak ada. (Hp ayah yang berharga lapan puluh lebih tu, juga pakai celcom elok jer full bar linenya). Ya... handphone berharga lapan puluh lebih, dan berusia lebih 3 tahun lebih tahan lasak dari handphone berharga lapan ratus lebih dan berusia lebih setahun. :((


Satu lagi masalah dengan hp aku, usb tidak dapat dikesan/dibaca bila disambung pada komputer. Geramnyaaaa... tak dapat la aku nak transfer gambar-gambar kat dalam tu. Dah la sekarang hp aku tu betul-betul dah ganti tempat kamera yang hidup segan mati pun segan kat dalam laci di rumah. Haishh...


Bila aku minta tolong adik aku godek-godek hp aku, pasal masalah tu, akhirnya usb detected. Tapi kena acap-acap kali tekan usb debugging gaya nak mengamuk. Detected la sekejap untuk transfer file, but then bila disconnect, dan connect semula, masalah yang sama berulang. But at least, i know what to do next time. :D


Oh yer, dah bersedia nak mengundi semua? Aku rasa tahun ni ramai yang bersemangat hendak mengundi. Semangatnya lain macam. Aku plak, lagu 'Jom Kita Mengundi' duk terngiang jer dalam kepala otak, sebab kerap sangat lagu itu diulang-ulang kat tv. Geram betul! Tenggelam habis kenangan lagu lama 'marilah mari, pergi mengundi, tunaikanlah kewajipan pada negera'. Walaupun lagu mengundi dulu-dulu lebih 'slow' tapi semangatnya ada disitu. Aku lebih suka lagu lama!

















2 comments:

  1. Aah..lah Su...setiap kli mengundi lagu lama tu tetap terngiang2 di telinga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... agaknya sebab kita ni orang lama kot.. hahaha...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...