Bismillahirrahmanirrahim...
Astaghafirullahal a'zim... Aku mengucap panjang. Aku tutup facebook. Aku beristighafar berkali-kali. Aku tarik nafas panjang sambil tidak berhenti beristighfar. Aku rasa situasi ini sama seperti seperti situasi 2 minggu lepas, ketika aku melihat sekumpulan lelaki bermotosikal. Bezanya, 2 minggu lepas aku beristighfar dalam senyum dan ketawa yang tertahan, sorang-sorang dalam kereta, dan kali ini aku beristighfar dalam keluhan dan tertanya-tanya, di pejabat.
Situasi 2 minggu lepas
Masing-masing berkening nipis dan terbentuk cantik, bibir merah (tidak pasti samada disapu gloss, lipstik atau semulajadi merah), rambut yang berjuntai jatuh ke dahi, dalam pakaian yang berwarna terang (ada antaranya merah jambu dan oren). 8 Orang di atas 4 buah motosikal, motor bergerak perlahan gaya mengambil angin petang. Bila aku memotong motor-motor itu, aku berpaling kepada mereka, kepada lelaki pembonceng motor yang belakang sekali, yang berseluar shocking pink dan sweater berwarna sama. Dan aku hampir tersembur ketawa, sambil beristighfar berkali-kali. Ampunkan aku Ya Allah, kerana hampir ketawa. Aku tidak pernah melihat situasi begini. Bukan aku mengetawakan mereka kerana mereka begitu. Aku tahu, mereka orang baik-baik. Aku pernah berkawan dengan orang sebegitu dulu-dulu. Dan aku masih kenal beberapa orang yang sebegitu, dan mereka memang baik-baik. Cuma bila melihat mereka beramai-ramai, aku tidak dapat menahan diri dari ketawa. Hahahaha... Astaghafirullahal a'zim...
Situasi kali ini
Aku tidak pasti betul atau tidak cerita yang aku baca kat facebook tadi, yang dikongsikan oleh seorang kawan. Musim-musim orang berkempen ini, kebenaran semakin sukar untuk dilihat. Manusia jujur semakin kurang. Tapi sekiranya benar apa yang aku baca, aku rasa nilai-nilai kemanusiaan juga semakin nipis dalam diri seorang manusia. Bahkan sebarang peristiwa yang berlaku akan dipolitikkan oleh mereka yang suka menangguk di air keruh. Kalau dulu, pepatah 'buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali'. Sekarang, dalam manusia yang hilang nilai kemanusiaan ni, aku rasa pepatah itu sesuai diubah jadi 'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'. Yang aku sedih, kawan aku yang kongsikan cerita 'seorang lelaki samseng koma akibat jatuh ke dalam longkang, kemudian diludah oleh mereka-mereka yang bertentangan parti politik', memberikan komen positif seolah-olah menyokong tindakan tersebut! Seolah-olahnya 'bila orang samseng, kita juga kena jadi samseng'. Ya Allah.... sedihnya!! Astaghfirullahal a'zim....
Astaghfirullahal a'zim....
Astaghfirullahal a'zim....
Astaghfirullahal a'zim....
No comments:
Post a Comment