Iklan

Apr 24, 2013

Semangat 5 Tahun Sekali Ini, Kalaulah Sentiasa Ada.. Memang Majulah Negara

Bismillahirrahmanirrahim...

Terengganu, musim berkempen tahun ini, sangat sangat meriah. Lebih meriah dari biasa. Lebih meriah dari hari raya puasa. Percaya atau tidak, hari ini dan esoknya keadaan di satu-satu tempat itu tidak sama. Macam malam tadi, masa aku hantar dan ambil Aisya tusyen di sekolah, elok lagi boleh nampak ke bangunan-bangunan sekolah 3 dan 4 tingkat. Boleh lagi melilau biji mata mencari Aisya di celah-celah budak sekolah yang ramai. Pagi tadi, bukan sahaja bangunan sekolah sudah tidak nampak, nak tengok budak sekolah pun kena mengintai celah-celah bendera biru yang digantungkan memanjang dari tiang lampu ke tiang lampu yang satu lagi. Memanjang tu pulak, rapat-rapat dari bawah ke puncak tiang. Aduhhh...


Yang paling membuatkan aku kagum, bermacam-macam replika direka. Kalau setakat kereta kebal, meriam, kapal terbang, itu memang dari dulu-dulu lagi selalu di buat. Tahun ini, mereka lebih kreatif lagi. Dari Chendering ke Marang, boleh kira berapa banyak jet pejuang didirikan di sepanjang tepi jalan. Nak tengok platform minyak atas darat, di Pengadang Baru ada. Wau bulan gergasi, ha... yang tu kat kampung aku. Satu lagi yang kecil sedikit, di hadapan sekolah Aisya. Kereta kebal kali ini, siap dengan patung orang sekali. Sekali tengok kelakar jugak, 2,3 kali tengok, mungkin sedikit meremang bulu roma atas leher. Hahaha....


Ini antara gambar yang sempat aku ambil sepanjang jalan dari rumah ke pejabat setiap hari. Aku nak berhenti ambik gambar, aku malu. Hehe.. Tapi rasa sayang kalau semua ini tidak dirakamkan. Bukan senang nak jumpa semangat yang sebegini. 


Gambar ni dah lama, masa ni tak banyak lagi bendera-bendara di gantung. Sekarang jalan ni teduh gila, mungkin kalu hujan pun, tak berapa nak basah la duduk kat situ. Hahaha..

Haa.. itu wau bulan gergasi. Lebih tinggi dari tiang lampu dan mempunyai skala yang aku rasa tepat. Kiranya macam kalau diterbangkan, memang boleh terbang la. Kalau orang yang biasa buat wau, dia faham maksud aku. Ada kereta putih dan lelaki berbaju biru atas motor depan wau, sedang mengambil gambar.



Suatu petang ketika hujan gerimis, aku masih ambik gambar dari dalam kereta. Di simpang yang sama dengan gambar nombor satu di atas. Sekarang, bendera putih hijau sebegitu, banyak sunggu di mana-mana. Siap dijadikan seperti langsir lagi. Hahahah...



Disuatu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, di traffic light yang sama, arah bertentang. Love the sunshine through the flags..



Oh... kalau ditengok dari segi banyaknya bendera-bendera biru dan hijau di Terengganu ini, hijau menang. Ini bukan cakap aku sorang, dah ramai yang cakap begitu. Tapi, tak tahu la nantikan. Hehe....


Assalamualaikum...


2 comments:

  1. memang meriah tu...
    kat sini, depa cacak2 lebih kurang, gantung2 lebih kurang jeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat meriah... itu la, terfikir juga, camner la keadaan kt negeri lain agaknya yer...

      skrg, sangat kelakar, mereka pakat buat jet pejuang dan kereta kebal, dan bawak atas motor... hahahah... macam2 la diaorg pnya idea..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...