Iklan

May 26, 2014

Antara Sebab-Sebab Perut Jadi Buncit

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Ini adalah hipotesis sendiri, di atas pengalaman dan perhatian ke atas diri sendiri dan hasil borak-borak dengan kawan-kawan. Orang perempuan mana yang suka perut buncit? Memang tak ada, tapi kalau dah pernah mengandung dan bersalin, memang susah nak elak. Sesetengah orang yang jenis tinggi, memang beruntunglah, kan. Tak nampak sangat tang perut yang menggeleber atau buncit. Kalau yang agak rendah macam aku, sakit jugak pinggang ini menahan jerutan pinggang kain baju kurung. Biasanya lepas tengahari, kancing kain terpaksa dibuka. Hahaha....


Ini entri motivasi untuk diri sendiri. Sebab aku selalu merasakan, daripada aku terpaksa membeli banyak baju lain, atau menempah baju lain, disebabkan baju yang sediada sudah ketat-ketat (as for me, part yang paling aku mudah rasa berisi adalah pinggang), yang mana semestinya melibatkan 'duit-duit di mana kau duuuittt!', lebih baik aku cuba ubah diri sendiri dulu. Yakni, kecilkan tubuh sehingga kembali selesa dengan baju sedia ada.


Tapi, sebelum kita bertindak, adalah penting untuk kita tahu root cause. Cehhh... nak kurus pun, kena pakai teori yang aku ingat masa belajar human resource management dulu. Hehe.. Tahu punca atau penyebab ni penting sebenarnya, supaya penyelesaian lebih berkesan. Betul tak? Kalau bersenam atau sebut saja nak kurus atau diet, tapi masih amal makan nasi bertambah-tambah, apa guna yer dok? Ok, lets check it out!


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Semua orang tahu, sarapan pagi itu penting. Bukan sahaja sebagai pembekal tenaga untuk memulakan, paling mustahak dapat elak makan banyak waktu lunch!


2. Makan banyak waktu lunch
Dah lapar kan, pergi pula kat kedai makai yang lauknya ada macam-macam. Biasa makan nasi separuh, tak kisah dah orang letak nasi penuh. Makan pula licin sepinggan. Kenyangnya, alhamdulillah.

Aku tahu, orang yang kenal aku akan cakap begini, 'alaa... sepinggan mu tu banyak mana la sangat!'. Hahaha.. Ya la, nak isi penuh pun, kena la tengok tempayannya besar mana kan.

Err.. dah panas-panas tu, sedap la pula order air milo ais! Kena pula milo ais kat Restoran Norazila Kuala Ibai tu seringgit jer. Hari-hari la nak order air tu.


3.  Minum air berais
Hahaha... mungkin tak ramai yang setuju dengan penyebab perut buncit yang ini. Tapi like people say, siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya.

Aku jarang minum air berais sebab selalunya aku susah nak menghabiskan segelas air berais sebenarnya. Aku rasa mulut dan tekak aku tak tahan sejuk, sama macam tangan aku yang sakit gila bila kena tahan sejuk pegang air batu untuk diketuk. Malah aku pernah diserang sakit perut akibat kembung apabila minum air milo ais.

Sejak akhir-akhir ini, cuaca panas sangat. Perpeluhan adalah ditahap yang hampir macam panjat Bukit Besar kat Pasir Panjang, turun naik dua tiga kali, walaupun cuma duduk di rumah yang tiada penghawa dingin dan kipas berpusing hampir dua puluh empat jam. Maka, air oren sunquick sejuk adalah pilihan terbaik. Hahahaha... Takpun, air masak pun tak apa dah, tapi yang dari peti sejuk la.


4.  Banyak duduk membongkok dengan perut tidak dikawal
Kerjanya mengadap komputer, memang la duduk atas kerusi. Lepas makan lunch yang terlebih bagi kenyang tu, balik pejabat, terus duduk tak bangun-bangun. Tambah-tambah kalau boss tak panggil mengadap, mesin printer dekat tepi meja, almari fail sebelah tu ajer. Solat? Kalau boleh nak dijamakkan dengan asar, punya la lewat. Hishh!


5. Jarang bernafas dengan teknik yang betul
Cuba kita sedar diri sikit, perhatikan cara kita bernafas. Jarang sangat kita kawal pernafasan kita ni, kecuali masa bersenam, juga masa hidup tersumbat. Masa mula-mula nak kena bersenam, tarik nafas, hembus nafas. Kita buat la kan. Tapi masa buat sit-up ke, crunch ke, jumping jack ke, dah tak ingat dah kita cara-cara bernafas dengan betul.

Teknik bernafas dengan betul ini sebenarnya banyak faedahnya. Cuba google. Antara yang aku suka dan baru sedar, kita sebenarnya mengawal pernafasan masa baca Quran. (sumber).


6. Makan malam lewat dan lepas makan terus baring atau tidur.
Ini adalah sangat mengundang kepada kebuncitan perut dan gemuk!


7. Faktor usia, of course la kan.
Hehe.. yang ini memang faktor penting. Usia bertambah bersamaan dengan metabolisma makin berkurangan. Bila metabolisma berkurangan, engkau buatlah apapun, memang susah nak kurus balik. Kecuali engkau betul-betul konsisten. Itu pun hasilnya tetap ambil masa yang lebih lama berbanding dengan orang yang usianya muda belia. Maka sentiasa kena set in mind, prevent is better than cure.


Itu antara sebab-sebab perut mudah buncit, yang selalu membawa kepada kegemukan. Mungkin bagi orang lain, lain pula penyebab mereka. Tubuh masing-masing, sendiri tahu la bukan. Yang paling penting pada aku, untuk kurus atau kempiskan perut ke apa ke, kita kena tahu apa yang masuk (makan), dan apa yang kena kawal (pergerakan). Barulah apa sahaja yang kita usahakan, lebih memberi kesan.


Ini tidak, petang-petang duk terlompat buat jumping jack la, crunch la. Tapi pukul 9.30 malam baru nak makan nasi. Ko dah kenapa!

6 comments:

  1. Wohoooo..
    Good one.. faktor keturunan jugak mempengaruhi.. kulit tebal.
    K.Sham cuma jaga sikit perut ni sbb bila dah boncit.. kurang selesa masa duduk tahiyat dalam solat. Cepat mengah and mudah pendek nafas bila baca Quran.
    Dah jadi macam tu.. pandai-pandai la bawak diri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul k.sham. Faktor keturunan pun penyebab payah nak kurus.

      Kena kontrol ni, segalanya. Nafas, duduk, makan minum, pergerakan. Dan Quran kena ingat untuk baca selalu which lead to teknik bernafas yg betul, kan.

      Delete
  2. Replies
    1. Hahaha.. dah terlebih boncit, tak der nak menawan mana dah nyer zam oii!

      Delete
  3. Saya tidak buncit tapi berketul2.. hahaha macamana plak tips tu :) Lepas bonda saya datang hari tu selama 2 bulan lebih..berat naik mendadak sebanyak 5 kilo. Now sedang berusaha utk hilangkan 5 kilo tu balik...kurang makan..dan bersenam lebh sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes... saya percaya both way kena jalan serentak. Kalau kurg mkn, tp tak bersenam, camner nk bakar lemak? Kalau bersenam saja, makan macam biasa, lagi teruk! Hahaha...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...