Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Jambu golok, itu kami orang-orang Terengganu panggil untuk buah yang satu ini. Bahasa standardnya, buah gajus, atau orang Kelantan pula panggil buah 'tere. Tumbuhnya ditepi pagar rumah, dah lama sebenarnya. Berselirat dahannya sehingga habis tempat sidaian baju menjadi teduh. Memang selalunya kami suka petik pucuknya untuk dibuat ulam. Tapi semenjak pokoknya dah besar begini, pucuknya dah jarang dipetik. Maka berbunga lebatlah ia setiap kali tiba musim.
Sekarang di sini, musim jambu golok masak. Setiap pagi dan petang, memang kena kutip. Kalau tidak luruh begitu sahaja akibat terlebih masak. Sayang sungguh! Masa awal-awal jambu golok masak, harga sebakul kecil yang mengandungi 5-6 biji jambu golok yang besar-besar, dua ringgit. Mahal wey! Tak padan untuk sekali dimasak lemak. Tapi sekarang, bila hampir semua pokok jambu golok berbuah, peniaga di pasar pun pandang sebelah mata jer. Berlambak-lambak dah. Kata seorang kawan, sekarang dalam sebakul yang berharga dua ringgit, dah ada 9 - 10 biji jambu golok yang besar-besar.
Yang ditepi pagar rumah ni, pokoknya tumbuh sendiri. Selalunya begitulah pokok jambu golok. Kalau diambil anaknya, yang tumbuh daripada bijinya yang jatuh di bawah pokok, susah nak hidup kata mak. Ayah dah pernah buat dulu, itu yang yakin jer mak suruh kakak ipar semai sendiri pokok ni daripada biji yang bertaburan di bawah pokok. Biasanya juga aku tengok dekat tanah kebun di belakang rumah milik jiran-jiran, pokok-pokok jambu golok yang ada semuanya adalah yang tumbuh sendiri.
Haa.. ada kisah dongeng juga tentang pokok jambu golok ini. Tak pernah aku tengok pokok jambu golok yang tegaknya batang lurus sahaja ke atas. Mesti bengkok-bengkok batangnya. Ayah aku, suka sangatlah bagi teka teki ni kat kitaorang. Sebab apa pokok jambu golok bengkok-bengkok? Di sinilah kisah dongengnya timbul. Kononnya suatu ketika dahulu, ada seorang lelaki dikejar babi hutan. Dia lari punya lari, dan sembunyi belakang pokok jambu golok. Kata ayah, babi hutan tak boleh membelok. Maka terlanggarlah ia akan pokok itu. Sebab itulah sampai sekarang tak ada batang pokok jambu golok yang lurus, mesti bengkok-bengkok juga walaupun sedikit. Hahahaha....
Jambu golok, selain pucuknya yang biasa dibuat ulam dan bijinya dibakar jadi kacang gajus, mak dan tokwan suka sangat buat ulam buah itu sendiri yang dah masak ranum. Di potong-potong dan di cicah sambal belacan. Kelatnya, aku memang tak sanggup la nak makan. Tapi memang takkan ditolak kalau di buat masak lemak atau di masak singgang dengan sotong. Malah bertambah-tambah nasi aku makan. Ada dua cara mak masak lemak jambu bolok. Satu, buah tu dicincang-cincang, direbus dan diperah. Baruh dimasak macam biasa dengan santan. Cara yang kedua, buah tu dipotong-potong, direbus dan kemudian dimasak lemak dengan sotong.
Makan pula dengan nasi panas-panas, sambal belacan dan ikan goreng garing. Fuhhh... tak menahan betul. Maka berpuasalah aku hari ini sebab terasa dua tiga hari kebelakangan ini aku makan banyak. :)
orang getah pokok janggus ni beracun, boleh jadi kudis...ye?
ReplyDeleteha ah.. tu la, memg boleh berkudis. tapi getah kat biji gajus tu la.. bila bakar kan, dalam bara kayu api, pastu kuarkan dan mkn pastu terkena getah kat bibir mulut, itu yg boleh berkudis tu. tapi itu cara org dulu2 la buat utk mkn kacang gajus tu. skrg org dh jarang buat gitu dah.
DeleteSelamat berbuka puasa dik..
ReplyDeleteSemoga amalan kita diterima olehNya.. insya'Allah..
Terima kasih k.sham.. selamat jugak berpuasa hari ni. Panas sgt skrg ni. Kita duk opis, tahan la jugk. Harap2 buln puasa nanti tk panas mcm skrg. Kesian anak2 kt sek.
DeleteSu, buah 'tere tu pronunciation nya adakah terror?
ReplyDeleteT.a.t.a
ReplyDeleteHahaha... the pronounciation is lebih kurang camni... buah ttere.. dgn dua-dua e adalah e bertanda tapi aku tak tahu nk taip camner.. like 'tte..rare'.. hahaha
Ooo. Ingat kot bunyi terror. Ye la buah tu kan macam ala² buah gajus. Buah yang terror/ berani sebab biji nya di luar. Hehe.
ReplyDeleteKami orang utara panggil buah "Janggus" atau sebutannya "jangguih". Saya suka makan ni..manis2 dan kelat di hujung. Paling best kumpul biji kemudian bakar dan ketuk utk dapatkan "kacangnya". Namun paling best adalah pucuknya dibuat ulam.
ReplyDelete