Assalamualaikum...
Ramadhan tinggal sebelas hari sahaja lagi.
Sana sini biskut raya dah macam-macam dijual.
Manusia dah sibuk cari baju raya.
Alhamdulillah, baju Aisya dah setel.
Aku?
Baju-baju yang baru aku pakai sekali, aku bantai jer buat baju raya nanti.
Tak pun kalau rajin, aku beli jer sehelai dress ala jubah nanti.
Banyak belambak dijual dimana-mana.
Kalau rajin cari la kan.
Sebab aku rasa malas sungguh.
Tak bersemangat sungguh
akhir-akhir ini.
Lenguh-lenguh seluruh tubuh.
Tidur macam tak berapa nak cukup.
Makan lagilah,
langsung tak lalu.
Tengok biskut raya bersusun
digerai-gerai depan
Pasar Payang
aku teringin nak beli jer.
comel-comel.
rasa malas nak buat.
Tapi, Aisya dah mengomel,
suruh buat juga.
duhhh!
malasnya.
yer la, buat pun buat lah.
janji Aisya tolonglah yer.
kita buat yang simple-simple,
macam tahun lepas.
aku ingat
nak buat banyak kalerlah
tahun ini.
hehe..
Bantu memeriahkan hari raya utk Aisya...
ReplyDeleteHari raya utk kita pula utk kita shj...
Betul... cuba meriahkan raya dia jer. Utk diri sendiri, malasnya ya allah...
Delete