Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Dalam apapun tindakan kita, hanya antara dua sahaja kesannya, memudahkan ataupun menyusahkan. Kita buat baik, insyaallah ianya memudahkan ramai orang dan begitu juga sebaliknya.
Sebenarnya dah lama sungguh aku tidak setuju dengan 'kehadiran' tong-tong sampai hijau yang disusun sebaris di seberang jalan betul-betul hampir dengan pintu masuk utama Sekolah Kebangsaan Tok Dir. Asalnya tong sampah itu berada di seberang jalan pintu pagar kedua, tapi bukanlah betul-betul depan pintu pagar. Dekat dengan semak samun tinggi dan dibelakang semak samun itu pula ada rumah-rumah orang kampung. Mungkin sebab tidak selesa dengan bau 'wangi' yang terbang dibawa angin, maka mereka pindahkan tong-tong sampah itu ke hadapan sekolah setelah bertahun-tahun menelan bau 'enak' tersebut.
Depan sekolah itu, memang hanya ada tanah baruh. Kira-kiranya, agak jauh jugalah daripada rumah orang. Pihak sekolah pula membiarkan sahaja tong-tong sampah itu disitu. Aku sendiri tidak pasti mereka buat aduan atau tidak ke pihak berwajib. Aku ada berniat nak timbulkan isu tong sampah depan sekolah itu dalam mesyuarat PIBG awal tahun lalu, tapi kebetulan masa mesyuarat yang diadakan pada hari jumaat itu, aku tidak berada di Terengganu. Memang, ianya sangat tidak menyenangkan untuk kita ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak dari sekolah, apatah lagi pada para guru dan murid sekolah aku rasa.
Mana nak selesa mengajar dan belajar dalam bau busuk!
Hinggalah pada minggu lepas, ketika aku nak ambil Aisya dari sekolah, aku tengok tong-tong sampah hijau bercop MBKT itu telah tiada lagi di situ. Alhamdulillah! Akhirnya mereka alih juga, walau siapapun yang menjadi tukang alih. Bila aku cakap dengan Aisya, dia kata mungkin pihak sekolah buat aduan. Kelas dia di tingkat paling atas dan depan sekali, memang terpaksa 'menghirup' dulu udara 'segar' tersebut membuat mereka hampir muntah, lebih-lebih lagi dibulan puasa dengan cuaca akhir-akhir ini yang sering hujan pada waktu petang. Kata Aisya, cikgu sampaikan suruh murid-murid tutup daun pintu dan tingkap semua bagi mengelakkan bau busuk.
Malangnya, masih ada orang yang 'dok reti base'. Asalnya aku tengok tong-tong sampah sahaja yang tidak ada. Tapi walaupun tong tak ada, ia tetap tidak membuka mata dan minda orang kampung untuk membuang pula di atas tanah tepi jalan itu. Esoknya aku tengok selonggok sampah bertaburan (sebab orang-orang ini suka mencampakkan sahaja sampah dari atas motor!) depan sekolah. Balik rumah, aku lepas geram dengan membebel-bebel pada mak. Dua hari lepas itu, aku sampah-sampah telah tiada, tapak yang agak kotor itu dibersihkan kerana dengan jelas aku nampak kesan sodokkan, mungkin dengan mesin backhoe. Paling penting, dicacangkan papantanda kuning tertulis 'PEMBERITAHUAN, Dilarang Membuang Sampah Disini. Sabit Kesalahan Boleh Didenda Sehingga RM500'. Lebih kurang begitulah ayat, aku sendiri kurang ingat dan dalam gambar tak berapa jelas.
Lebih 'dok reti base', esoknya sampah ada semula. Mula-mula selonggok, kemudian bertambah-tambah lagi. Gambar kat atas itu, gambar semalam ketika aku menunggu Aisya habis tusyen. Baru sebentar tadi aku ambil Aisya di sekolah, ada 5 kali ganda jumlah sampah daripada gambar di atas. Sungguh aku kesal dengan mereka yang langsung tidak prihatin itu. Bukannya tak ada tong sampah lain, sedikit sahaja ke depan lagi ada tong sampah besar MBKT sedia ternganga di tepi jalan.
Kalau aku guru besar sekolah, aku ambil gambar mereka yang melanggar peraturan itu, cetak besar-besar dan gantung di depan sekolah dengan tajuk 'Orang Yang Dok Reti Base'!
Masih ramai rakyat islam kita blom bertamadun...fikiran blom sampai ke tahap itu...bagaimana nk laksanakan hudud kalau perkara asas dlm agama (aspek kebersihan, pematuhan undang2, hablum minannass) tak dipeduli?
ReplyDeleteSetuju sangat! Yang sakit hatinya, bila antara kita masih boleh berkata, 'dah keja dia (bandaran), dia buatlah kerja dia'. Memang rasa nk bg penyepak jer org yg kata gitu.
ReplyDeleteAmbik gambar, tulis besar2 " Ini Monyet Atau Orang". hee.. sebab dok pandai bace signboard.
ReplyDeletehehe... kadangkala naik geram juga ngan org 'dok reti base' ni..
Delete