Iklan
Jul 3, 2014
Terung pipit oh terung pipit!
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Ini bukan menu berbuka atau bersahur semalam atau hari-hari puasa yang lepas. Tak. Ini menu minggu lepas, untuk makan malam sebab aku kalau sempat masak pun, cuma untuk makan malam sajer la. Aku nak berkongsi cerita pasal terung pipit sebenarnya.
Ya, bebola hijau-hijau di antara ubi kentang dan bilis itu adalah terung pipit. Ya, aku sebenarnya tak makan terung pipit ni, dan aku rasa orang Terengganu tak pandai sangat makan terung pipit. Bukan aku tak pernah makan. Aku pernah cuba, tapi itu ketika aku berjalan-jalan ke rumah seorang kawan baik di Manjung, Perak, tahun 1994. Hehe.. sepuluh tahun lepas yer. Cuti hujung minggu, aku ikut kawan aku balik ke rumahnya. Takkan aku nak balik ke Terengganu pulak kan, dah aku duk di Taiping masa tu. Oh.. rindu Taman Tasek Taiping yang indah!
Aku ingat lagi, rumah kawan yang berlesung pipit dalam di sebelah pipi kirinya dan menjadi pujaan ramai pelajar lelaki di sekolah, adalah rumah teres setingkat di kawasan perumahan yang luas. Rumah itu telah diubahsuai dan ditambah loteng. Dekat atas loteng itulah aku dan kawan aku bercerita macam-macam sebelum tidur. Aku menolong emaknya memasak di dapur yang agak luas, dan antara hidangan makan tengahari kami adalah terung pipit dan pucuk betik yang dicelur, dan dicicah budu! Semestinya aku cuba, sebab aku tak pernah makan ulam-ulaman itu. Rasanya? Ya Allah, pucuk betik tu pahit bercampur kelat yang amat, manakala terung pipit tu, memang aku tak makan dah selepas itu.Tapi yer la kan, kebanyakan ulaman memang begitulah rasanya, pahit, kelat, maung. Yang sedap pun, timun batang dan nanas muda. Cicah pula dengan sambal belacan. Oh... terbayang nanas muda yang di potong kecil-kecil dengan sambal belacan di kedai makan sebelah balai polis Chendering, rasa nak menitis air liur! Sedap gila kat deria rasa aku! Bau sambal belacan tu, lekat kat tangan 2, 3 kali basuh dengan sabun baru hilang. Hahaha...
Berbalik kepada cerita terung pipit. Setakat yang aku tahu, tak ada lagi orang tanam pokok terung pipit ni. Pokok ni, tumbuh sendiri sajer, meliar dalam semak dan di tepi-tepi jalan. Kat kampung aku, di kiri kanan jalan ke sekolah Aisya, elok sahaja ia tumbuh berderet-deret. Besar, dan buahnya bergugus-gugus. Kemudiannya aku perasan dekat belakang rumah aku, ditepi tanah merah yang baru ayah tambun, ada dua pokok terung pipit tumbuh dan berbuah lebat! Melihat buah yang cantik kehijauan itulah aku terfikir nak cari resepi di internet. Rupa-rupanya macam-macam cara orang masak letak buah terung pipit ni.
Aku, ikut cara paling mudahlah. Buat sambal bilis, campur dengan terung pipit. Tapi aku rebus dulu sekejap terung pipit itu. Dalam 3 minit. Kalau sampai lembik, tak sedap. Tak meletop dalam mulut! Selepas aku cuba sekali, aku terus jatuh cinta dengan terung pipit. Hahaha... Memang acap kali sungguh dah aku buat sambal bilis campur terung pipit ni. Nak tambah sedap, aku letak daun oregano segar yang dicincang halus dalam sambal tu. Ya, sejak-sejak ada pokok oregano itu pun, setiap kali buat sambal apa-apa, mesti nak kena letak oregano. Hehe...
Kalau aku, makan nasi panas, kering tanpa kuah, dengan sambal bilis yang dicampur macam-macam seperti carrot, cauliflower, telur, ubi kentang, cili padi yang dipotong-potong (seperti yang biasa aku buat ketika mem'bujang' di Skudai dulu), adalah sudah cukup membuatkan aku berselera yang amat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Skudai? Tu macam makan orang Jawa aje. Hehe.
ReplyDeleteSetahun duk skudai, aku jatuh hati dengan makanan johor! Laksa johor, mee rebus hj.wahid, tempe, dan.. oh, rindunya nak mkan goreng pisang tanduk cicah sambal kicap!
DeleteManjung?....menu masakan style orang jawa je...haha
ReplyDeleteHahaha... kalu jawa, diaorg suka letak suhun dalam sambal goreng diaorg kan, aku yg tu jer tak suka. Yg lain, on sajer.
DeleteKenapa bila sendiri yg masak.. tekak reject..
ReplyDeleteTapi hat yg org tayang2.. semua nampak sedap..
K.sham... sumer yg k.sham duk tayg kat blog k.sham, su jd teringin. Tp masakan org negori ni, su memg tak reti. Tpnya sedap!
DeleteUncle suka bau belacan yg lekat kat tangan... Kejap kejap ciom jari... Macam orang ketagih candu..! Baahaha
ReplyDeletehahahaha... yer, pengakuan jujur tu uncle. saya tau, sebb mmg ramai jer org gitu, termasuk saya. hahahaha...
Delete