Iklan

Dec 31, 2008

Pengakhiran 2008 yang 'Huh.. aper ni!'

Bismillahirrahmanirrahim...

1. Pagi tadi aku bangun awal dari biasa. Aisya juga bangun serentak dengan aku. Kemudian kami solat subuh bersama, untuk pertama kalinya. Ketika aku mandi, Aisya tolong menggosok baju kurung yang dah aku keluarkan dari almari untuk dipakai ke pejabat. Semuanya ok jer. Sampai di pejabat, buka pc, log-in ym, dan itulah permulaan kepada hari 'kureng' aku. Sebabnya, isu yang sangat kecil! Dan ianya merosakkan seluruh hari aku sepanjang hari terakhir 2008 ini.

2. Hampir tengahari, aku tiba-tiba diserang sakit perut lagi. Sehingga meleleh-leleh air mata menahan sakit yang sekejap. Bila dah lega, aku berbual-bual dengan kawan tentang sakit aku itu. Dan kesimpulan yang dapat dibuat, mungkin aku kena 'medu'. Aper tu? Aku sendiri musykil, tapi aku gambarkan ia sebagai sakit akibat angin yang banyak di dalam perut. Langkah yang perlu aku ambil, aku perlu jaga waktu makan! Tak nak risau-risau dan fikir banyak pasal ini.

3. Hari ini, aku makan tengahari dengan nasi kukus, dan aku makan sampai licin satu bungkus! Haa... kawan-kawan yang rapat tahu sangat apa yang berlaku. Aku hanya makan sampai licin seperti itu bila aku tengah tertekan, tengah hendak marah, bercakap cam orang tidak betul, gelak-gelak dengan lawak bodoh, etc, etc. Maksudnya disini aku akan makan banyak bila aku 'tension'.

4. Petang, aku silap tulis cek! Pagi tadi boss telah meninggalkan sekeping cek kosong kepada aku untuk diberikan kepada subkontraktor dengan jumlah yang akan aku bincangkan dengan subkontraktor itu. Bagaimanapun aku perlu mendapatkan persetujuan jumlah itu terlebih dahulu dengan boss. Selepas aku berbincang, dan mendapatkan persetujuan boss, entah macamana aku tersilap menulis jumlah yang boss luluskan. Aduhh... Geram betul. Mujur selepas berbincang dengan staff lain sekejap, kami mendapat penyelesaiannya tanpa perlu merujuk kepada boss. Lega!

5. Aku masih belum membeli hadiah untuk hari jadi Aisya esok! Dan aku masih tidak punya idea apa yang perlu aku hadiahkan kepada dia kali ini.

6. Aku rasa aku tidak berbuat salah dan tidak perlu meminta maaf. Aku cuma meminta sedikit masa (yang hanya paling lama pun satu jam!) untuk 'cool down'. Itu jer. Tapi aku rasa sangat tidak selesa bila dia terus senyap dan menghilangkan diri. Hmmm.. mungkin dia juga perlukan masa untuk 'cool down'.

7. Selamat tinggal 2008 yang banyak kisah duka, dan selamat datang 2009 yang tidak aku harapkan apa-apa...

Dec 30, 2008

Sepanjang perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari khamis lepas 25hb Disember 2008. Hari jadi seseorang (yg aku ingat) atau mungkin 2, 3 orang (yg aku lupa), hari aku bertolak ke Parit Sulong, Bt. Pahat, hari hujan kembali ke terengganu, hari krimas dan macam-macam lagi yang aku dah lupa. Sepanjang perjalanan ke Johor, sebaik bertolak dari rumah jam 8.30 pagi dengan 2 buah kereta (abang sekeluarga satu kereta), hujan turun mengiringi perjalanan kami. Sekejap lebat, sekejap renyai-renyai sahaja. Tetapi hujan tidak berhenti. Sehinggalah kami memasuki lebuhraya pantai timur sekitar kawasan kuantan, hujan baru teduh. Seorang kawan menghantar sms, tetapi kerana aku sedang memandu, aku tidak membalas sms itu sehinggalah aku bertukar memandu dengan ayah di sekitar Chini ketika berhenti untuk makan tengahari dan solat. Ketika menyambung perjalanan, ayah memandu dengan emak duduk disebelah. Aku dengan Aisya, dibelakang dan aku mengambil peluang berbalas sms dengan kawan itu.

Kami berbicara melalui sms itu tentang nafkah anak. Nafkah yang sepatutnya diberi oleh seorang ayah kepada anaknya, yang bukan didalam jagaan si ayah. Mengikut kemampuan, keperluan dan keadaan, yang mana perlu didahulukan. Kemampuan si ayah untuk memberi nafkah mengikut keperluan dan keadaan si anak. Keperluan si anak mengikut kemampuan yang menanggung dan keadaan semasa. Atau keadaan seperti lokasi dan kesihatan si anak yang mengatasi kemampuan dan keperluan.

Aku tahu, setiap ibu dan ayah pastinya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tetapi, pastinya yang terbaik itu mengikut kemampuan masing-masing. Dan kemampuan itu pula disini lebih kepada duit, kewangan atau ekonomi. Pada zaman sekarang, aku sangat tidak hairan sekiranya manusia berkejar-kejar untuk yang satu itu. Aku juga tidak hairan manusia sudah hilang pertimbangan kerana itu. Banyak buktinya di mana-mana kita boleh lihat. Membesarkan Aisya juga, aku memerlukan itu.

Mujurnya, aku sekarang masih di sini. Di negeri yang digelar negeri cantik budaya menarik ini. Aku disini, di negeri tanah kelahiranku. Menetap bersama-sama mak dan ayah, dan tidak perlu memikirkan tentang duit sewaan di setiap akhir bulan.

Mujurnya juga aku pernah merasa pengalaman menetap di bandaraya Kuala Lumpur. Dari tahun 1999 sehingga 2003, cukup memberikan aku pengalaman yang tidak dapat dikutip di mana-mana. Jadi aku dapat membuat perbezaan yang sangat jelas aku sendiri rasakan ketika mula-mula kembali pulang ke sini.

Kemampuan untuk kesenangan hidup itu berbeza disini dan disana. Aku tidak mengatakan yang aku senang disini, tetapi aku menekankan aku menikmati hidup disini biarpun ada waktu 'sakit' itu tetap mengundang. Kemampuan itu pula bergantung kepada persekitaran dimana kita bernafas, dimana rezeki ditumpahkan kepada kita dan dimana kita menginginkan yang terbaik itu untuk anak kita.

Dan kemampuan itu juga bermakna, duit itu boleh dicari.

Dec 23, 2008

Sindrom tidak yakin pada diri sendiri ke begini?

Bismillahirrahmanirrahim..

Pernah tak konfius dengan diri sendiri? Kita rasa apa yang kita cakap dah sememang sangat betul dan tepat. Akan tetapi, tiba-tiba kita diberitahu sebaliknya. Dan kemudian kita terfikir 'Betul ker aku luper? Rasa-rasanya aku memang ingat lagi benda tu?'. Kerana tidak mahu bergaduh, kita diam. Kita pujuk hati kita, 'Mungkin betul kot, aku lupa'. Mungkin aku dah semakin pelupa sekarang seiring dengan peningkatan usia. Bagaimanapun bila kita kembali mengingati balik secara terperinci atau mencari bukti-bukti samada betul ke kita dah lupa, kita dapati yang kita sebenarnya betul! Kita tidak lupa dan apa yang kita katakan adalah benar belaka. Dan selepas itu, kita seperti tidak mampu untuk memberitahu kebenaran itu.

Dolu2, aku ingat aku seorang jer cam tu. Tapi kemudiannya aku dapatii bukan aku seorang yang begitu bila pernah beberapa orang kawan mengadu cerita yang hampir sama.

Sindrom apa ni agaknya yer?

Dec 22, 2008

Hilang selera makan

Rasanya dah hampir sebulan makan minum tak menentu. Sejak bila sebenarnya tidak pasti. Yang pasti, breakfast semestinya jarang miss! Dan biasanya, makan sampai habis la jugak. Roti canai ker, nasi minyak ker, nasi lemak ker. Tapi, tidak sejak kebelakangan ini. Sememangnya rumah memang tak makan aper. Minum jer, tu pun kekadang air masak jer sebab tak terasa nak minum air manis. Jadi, bila sampai di pejabat perut mula melagukan lagu keroncong. Kekadang lewat juga sekiranya boss masuk pejabat dulu sebelum sempat turun breakfast. Tapi kekadang boss tak masuk pun.

Alkisahnya, makan la dua, tiga mulut apa-apa jer..kemudian mula rasa tak berselera. Minum air seteguk dua, pastu naik buat kerja. Tengahari, memang jarang makan. Kalau lapar sangat, beli la apa-apa. KFC ker, kuey teow goreng ker. Makan juga dua tiga suap. Aduhh.. pembaziran duit dan makanan berulang lagi disitu. Sampai ke petang, langsung tak isi aper-aper dah perut ini. Tapi, siapa yang boleh hidup dengan cara makan sebegitu!? Antara waktu makan tu, memang sah-sah aku tak makan apa, kecuali minum mineral water. Malam sampai di rumah, baru aku makan banyak sikit. Mula dengan sesenduk nasi sebab takut tak habis. Tapi, akhirnya tidak bertambah lagi.

Kenapa agaknya yer, hilang selera makan ini berlaku? Hmm... kalau nak kena fikir, makin bertambah hilang selera makan aku karang. Yer la, duk fikir menda ni sampaikan lupa nak makan! Lagipun, bukan ker ok jugak sebab dah turun 2kg. Tapi.. betul ke alat penimbang tu? Hmm..

Dec 21, 2008

Pening. Lega. Ragu-ragu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi.
Aku pening. Walaupun serba sedikit dah bersedia untuk kena 'serang', tetap rasa cam 'arghhh...!'. Sakit kepala dari semalam tak lega-lega. Lepas beberapa kali mesyuarat bertukar waktu kerana kekeliruan pihak klien, akhirnya aku sempat menelan 'Actifast' sebiji semasa dalam perjalanan ke tapak projek. Sampai di sana, sakit kepala tak juga hilang. 'Apesal la aku telan sebiji jer tadi..', aku dah merungut sendiri. Tapi, itulah. Aku biasa makan panadol sebiji jer sekali telan. Mesyuarat penyerahan bermula jam 11.15 lebih kurang, sehingga jam 12.30 tengahari. Dan ianya berjalan sangat lancar. Langsung tidak seperti yang aku sangkakan. Aku gembira juga, biarpun ada serba sedikit lagi kerja yang perlu dilakukan berikutan penyerahan projek ini. Tetapi sekurang-kurangnya, satu beban berat yang aku rasa terletak atas bahu aku (and of cos my boss and colleagues), cam ringan sikit.

Tengahari.
Lepas lunch dengan Duan, Nur dan Zahari, kami (aku dan Nur) pulang ke pejabat. Itu adalah lunch yang terakhir dengan Duan sebelum dia menjadi pekerja kerajaan. Dia telah resign, dan akan bertolak esok ke Kuala Lumpur untuk menjadi warga Kuala Lumpur (sesuatu yang sangat berat untuk dia lakukan - dia bersungut acap kali tentang itu kepada kami) dan meneruskan karier dengan sektor kerajaan. Meninggalkan kehidupan yang aman dan tenang di sini, untuk mengharungi hidup di kota yang sesak, dan sebak itu. Siapa yang sanggup dengan sepenuh hati? Lainlah bagi sesiapa yang tidak pernah merasa kehidupan sebegitu. Mungkin sukar untuk membayangkannya. Well Duan, life must go on.

Petang.
Tetiba aku rasa sunyi. Biarpun Nur ada, Ain ada. Aku rasa seperti tidak tahu apa yang perlu aku buat. ISO tak siap lagi sebenarnya. Tapi, aku tetiba seperti keseorangan.

I feel lonely.. here.. deep in my heart. Why...

Dec 19, 2008

Kenapa 'It's complicated'

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku rasa semua orang yang biasa dengan Friendster, Facebook, Tagged, dan lain-lain yang sewaktu dengannya pada zaman internet yang serba ada ini, biasa bertemu dengan status 'It's complicated', kan.

After we fill the name, name to be display, date of birth, location and all that, we will come to the box 'status'. And we just need to select sama ada we are single or married or divorcee or 'it's complicated', atau segala bagai yang lainnya.

As for me, biasanya aku lebih selesa memilih 'It's complicated'. Aku ada alasan tersendiri untuk itu sebenarnya. Tapi, sebelum ini tak pernah lagi ada orang yang bertanya, why 'it's complicated'? What does it mean by 'it's complicated'? Are u actually single or married? Selama ini orang tak kisah pun!

But, in this few days, ada beberapa orang bertanya. Orang yang tidak aku kenal dan hanya bertanya melalui messages yang dihantar. Biasanya, sesiapa sahaja menghantar messages kepada aku, melalui all those kind of social networking, aku akan reply walaupun just to say ok, tq, yes, no, and etc. etc. Jadi, kali ini aku yang ada masa rajin ni, balas la pertanyaan diaorang tu serba sedikit.

Kenapa 'it's complicated'? As for me, kenapa aku pilih status 'it's complicated' tu banyak sebabnya dan alasan aku yang tersendiri. Kalau orang lain, aku tak tahu dan tak peduli pun. Pada pandangan aku, 'It's complicated' diletakkan disitu sebagai salah satu pilihan bagi sesiapa yang keliru barangkali dengan perhubungan yang sedia ada. Mungkin ada perhubungan yang rapat tetapi tidak punya perancangan ke arah penukaran status kepada 'married'. Mungkin ada rasa cinta pada seseorang, tetapi keraguan mungkin bertepuk sebelah tangan itu juga ada. Mungkin juga tidak pasti dengan perasaan sendiri di dalam sesuatu perhubungan. Mungkin juga, sesetengah orang memilih status itu untuk menyembunyikan kenyataan kerana alasan-alasan yang tersendiri. So, it's complicated. Sebagaimana cantik itu subjektif, cinta itu juga subjektif. Itu pendapat aku la.

Tapi dari apa yang aku faham itulah, aku menerangkan kenapa 'it's complicated' yang menjadi pilihanku untuk memberitahu status aku. Lebih daripada itu, kena faham sendirilah. Yes, i am single, but 'it's complicated' is more suitable to describe my real situation.

Dec 17, 2008

Ruang impian

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah beberapa hari aku terfikir untuk mengubah rupa pandangan blog ini. Akan tetapi ianya masih tidak seperti yang difikirkan. Yer la, kalau dah fikir tu, tapi tak buat, memang la tak jadi apa. Sebenarnya masa masih belum mengizinkannya.

Ok, topik hari ini, ruang impian. Ha..ha..ha.. Macam budak-budak sekolah pulak. Yer la, nak menulis pasal bercinta dengan suami orang, aku tak berani. Walaupun aku mungkin tak kenal dan tak tahu pun siapa yang menjenguk blog ini, aku tetap belum bersedia untuk menulis tentang itu. Walaupun aku juga tahu setiap orang punya pandangan dan pendapat masing-masing, aku tetap belum banyak idea untuk menulis tentang itu. Jadi, bagaimana agaknya ruang impian anda yer?

Ini gara-gara tadi la ni. Ketika mengemas bilik selepas isyak tadi, aku rasa ruang untuk meletakkan majalah-majalah yang bertimbun itu sudah tidak mengcukupi. Begitu juga ruang untuk buku-buku Aisya. Rak buku dia sudah penuh! Itu belum lagi masuk darjah 1. Kalau dah masuk darjah 1, entah banyak mana lagi buku-buku dia agaknya. Majalah yang bertambah setiap bulan itu juga memerlukan ruang. Walaupun banyak majalah lama sudah diasingkan (diletakkan di dapur), masa terus bergerak bermakna majalah baru tetap menjadi majalah lama.

Jadi ketika berkemas tadi, aku berbunyi kepada mak, 'Nampaknya kita perlu ruang baru untuk buku-buku Aisya dan majalah-majalah mama ni'. 'Kita' itu merujuk kepada aku dan Aisya. 'Mama rasa kita kena buat bilik baru kat sebelah bilik kita ni la Aisya'. Emak hanya tersenyum. Itu permulaan cerita sebenarnya untuk mak. Supaya selepas ini aku lebih mudah membicarakan hal itu dengan lebih lanjut. Begitulah biasanya yang aku lakukan. Memberi tanda-tanda dan bayangan akan sesuatu dahulu kepada mak, dan bila punya masa yang sesuai, baru bercerita apa sebenarnya yang aku inginkan.

Aku memang pernah terfikir tentang itu. Bilik tambahan di tepi bilik aku yang sedia ada. Ianya tambahan seperti ruang tamu tambahan yang sediada sekarang. Berdinding bata dan lantai konkrit di atas tanah. Jadi, ianya boleh menempatkan rak-rak untuk buku-buku dan majalah yang banyak ini. Sebenarnya lebih kepada perpustakaan. Ataupun ruang membaca dan ruang kerja juga barangkali. Itu sekiranya rumah ini la.

Kalau rumah sendiri, aku punya impian lain. Impian yang lebih indah..hehe..

Sakit perut.

Aku tahu ada orang yang perasan aku gembira semacam hari ini. Dari nada suara, dari wajah, dari cara chatting barangkali, aku tahu dan sedar sesetengah orang yang rapat dengan aku sangat cepat menangkap kegembiraan atau kedukaan aku.

Tapi, aku sakit perut hari ni! Dan aku rasa, mungkin nak kena gastrik lagi kali ini. Aku sangat tidak menjaga makan minum aku sejak kebelakangan ini. Selesa sangat kurang. Dah la aku mengalami 'anjakan paradigma' lagi.

Lepas makan petang tadi, aku sangat sakit perut. Sesekali jer sakit itu datang. Tapi yang sesekali itu membuatkan aku hampir tidak boleh bergerak. Hampir jam 5 petang, baru hilang kesakitan itu.

Malam ini, selepas makan malam, sakit itu kembali datang. Dan aku membuat keputusan analisa sendiri yang perut aku sangat kosong dan penuh angin. Jadi bila aku makan, angin di dalam perut itu bergerak-gerak. Itu yang sakit sangat tu. Hampir sejam aku relaks, melayan Hlovate sambil menahan sakit perut yang sesekali mencelah itu. Akhirnya ianya hilang begitu sahaja.

Aku sebenarnya tak pasti keputusan analisa sendiri itu betul atau tidak. Tetapi aku sangat pasti, aku kena pergi check-up minggu depan. Sepatutnya aku pergi check-up bulan lepas, tapi aku malas! Kan dah sakit..

Dec 15, 2008

Isnin yang luar biasa

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam ini aku mengadap komputer sambil diiringi lagu-lagu daripada 'Separuh Akhir Muzik-Muzik Pop Rock' dari Youtube. Kenapa aku mendengar satu persatu lagu-lagu yang dicalonkan, kerana seorang teman telah menujukan lagu Sofaz kepada aku pada hari rancangan itu disiarkan di tv hari jumaat lepas. Aku terlupa untuk menonton rancangan itu dan ketika aku membaca sms menyatakan 'lagu sofaz itu saya tujukan kepada awak', aku telah terlepas rancangan itu. Memandangkan beberapa hari sebelum malam ini merupakan hari yang perit untuk aku, aku tidak berpeluang untuk mendengar lagu itu. Dan malam ini baru aku punya masa itu. Sofaz, tajuk lagunya 'Bukan Disini'. Hmm.. rasanya tidak perlu difikirkan secara serius. Aku membiarkan lagu-lagu seterusnya menyapa halwa telingaku sambil aku meneruskan entri ini.

Kenapa aku mengkategorikan hari ini sebagai 'isnin yang luar biasa'? Hari ini bermula dengan baik dan berakhir dengan baik sebenarnya. Akan tetapi, di antara yang baik-baik itu, aku melalui hari ini dengan banyak perkara yang agak luar daripada biasa. Maknanya, apa yang berlaku diluar daripada kebiasaan.

(Entri berikut ini adalah salinan daripada tulisan tangan di atas kertas kajang.)

12.10 pagi.
Tak sangka pulak menulis disini (di atas kertas). Laptop rosak, dan waktu-waktu camni malas nak on desktop pc. Sejak 11.30 tadi berbaring. Sambung baca '5 Tahun 5 bulan - Hlovate' bab 34 mukasurat 250. Hanyut seketika ke Aberdeen bersama-sama Johanna dan ceritanya. Dah lewat. Esok kerja. Esok juga 'sebutan ke-2'. Kena tidur dah sepatutnya ni. Tapi takut plak terfikir-fikir camner esok, hal tadi, hal dia dan semua la! Perut pulak, apasal rasa tak selesa sangat ni! Cam masuk angin jer. Apa aku makan tadi ek? oh yer, Fish & Chips, dan Bean's Cappucino. Sikit jer habis, selebihnya bungkus bawak balik untuk Aisya sebab sayang untuk membazir. Itu jam 8 lebih tadi. Siang tadi, lunch dengan paha ayam KFC separuh daripada seketul. Dan jam 3 lebih, turun makan sebab rasa lapar. Nasi goreng mamak, sesuku jer daripada sepinggan penuh. Patut la masuk angin. Bangun jap, sapu losyen Mustajab. Ok kot kejap lagi.
Ok la, sambung esok la 'Johanna dan Aberdeen. Rasanya tak sempat fikir-fikir panjang dah ni. Harap-harap terus lena. Lights-off 12.25 pagi.

(Tamat salinan semula)

Kononnya terus nak lena la lepas tu. Pusing kiri, pusing kanan. Pejam mata, gelap jer. Tapi apesal cam terbayang-bayang jer sungai itu? Sungai yang lebar itu, dengan tebingnya yang tinggi. Ada kerusi batu di tepi sungai itu. Menelentang pula. Apesal tak lena lagi ni? Tiba-tiba, tik! tik! tik! tik! Ada bunyi seperti sesuatu sedang menitik. Cicak berak? Takkan banyak sangat. Atap bocor? Tak hujan pun ni. Isshh.. aku memang seram kalau bab-bab bunyi dalam gelap ni. Zupp.. cepat ajer aku petik suis lampu. Terang benderang bilik. Bulat mata aku cari apa yang berbunyi. Ooo.. rupa-rupanya cengkerik, diselaputi sarang lelabah. Jadi tak boleh terbang lagi. Melompatlah ia di atas lantai tepi pintu. Memandangkan aku memang alergi skit dengan binatang kategori serangga ni (yer ker?), aku terpaksa ambik majalah lama dan..'pap!'. Sorry!

Masa tu jam dah pukul 2.30 pagi. Lepas tu, terus tak boleh lena lagi. Aku tak tahu nak buat aper. Aku sambung baca '5 Tahun 5 Bulan' dan hanyut bersama-sama Johanna ke Aberdeen.

Ishh.. awat mata ni! Tak nak ngantuk lagi. Aper nak buat ni ek? Nak buka pc dan ngadap internet, takut ayah dan mak terjaga karang. Pc tu ada kat luar, ruang antara bilik aku dan bilik mak. Laptop rosak. Orang, biasanya waktu-waktu camni kalau tak boleh tidur mesti solat tahajjud,kan. Tapi, aku rasa aku tak lena walaupun sepicing lagi. Akhirnya jam 4 pagi, aku bangun ke bilik air diluar. Ambil wuduk. Kemudian solat sunat taubat dan hajat. Aku bukannya baik sangat. Lama sangat tak solat sunat ni. Aku juga bukannya baik sangat, jarang memohon apa-apa dengan-Nya. Tapi, aku juga tidak mahu sombong dengan-Nya. Aku selalu keliru, selalu serba salah. Awal pagi itu, aku hanya memohon, Ampunkan dosa-dosaku, dan permudahkan urusanku.

Selepas solat, aku kembali baring. Terkebil-kebil merenung siling putih. Aku sempat mendengar azan subuh sebelum aku terlena sebentar, dan kembali terjaga jam 6.15 pagi apabila alarm di hp pula berbunyi. Bangun, mandi, solat subuh, dan bersiap-siap ke tempat kerja dalam keadaan perut kosong dan sangat tidak selesa.

Jam 8 pagi, aku sudah di atas kerusi di bilik aku dipejabat. Cuba berbuat sesuatu, tetapi nampaknya segala yang disentuh serba tidak kena. Jantung berdebar semacam. Kepala pun macam tidak betul. Aku ajak kedua-dua Nur dan Ain makan sebelum jam 8.30 pagi. Turun ke kedai mamak, aku memesan teh halia dan roti telur. Kononnya untuk membuang angin dalam perut yg sangat kosong, dan memberikan sedikit tenaga. Tetapi aku hanya mampu menjamah 2 cebisan roti telur itu, dan 2 teguk air. Aku rasa nak pengsan tapi aku tahu, aku tetap kena sampai ke tempat yg hendak di tuju.

Dipendekkan cerita, jam 11 pagi lebih, segalanya selesai dan aku sangat berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat. Hilang segala rasa letih aku, dan tidak sabar aku nak bercerita keputusan hari ini kepada orang-orang yang penting dan tahu dari awal cerita ini. Tetapi, ada urusan kerja dulu yang perlu diselesaikan.

Kerja-kerja-kerja.. Itu biasa, kan. Lebih-lebih lagi sekiranya ada masa yang perlu dikejarkan. Dalam sibuk bekerja, aku sempat bercerita kepada beberapa orang penting itu. Tetapi cukup tidak lancar. Sekejap sekejap boss tepon. Sekejap sekejap supplier tepon. Baru jer nak sambung cerita, boss tepon lagi.

Bagaimanapun, aku suka dan gembira. Tuhan perkenankan doa aku yang sangat jarang meminta ini, dan aku sangat perlu menghargai-Nya. Alhamdulillah..

Dec 13, 2008

Pertengahan bulan akhir 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Insya-Allah, selepas ini setiap entri baru akan dimulakan 'Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani'. Amin...

Penghujung tahun 2008, banyak berkisar tentang kerja dan kes peribadi yang sedang berjalan dimahkamah. Itu yang paling memeningkan kepala. Kerja, dengan persediaan mendapatkan ISO 9001:2000 tu. Kes itu, dengan persediaan emo! Itu tidak ditambah lagi dengan kerja-kerja lain. Dan persediaan untuk persekolahan Aisya tahun depan.

Oh yer, semalam sebagaimana dirancang malam sebelum, kami dah bersiap awal-awal untuk keluar. Membeli-belah untuk persediaan Aisya masuk darjah 1 dalam 2 minggu lagi. Aisya sebenarnya baru 6 tahun pada 1hb. Januari 2009 nanti. Tetapi, sebagaimana yang dimaklumkan kepada aku, sistem persekolahan di Malaysia telah menetapkan bahawa sesiapa yang lahir pada 1hb. Januari setiap tahun akan dikira lahir tahun sebelumnya. Bermaksud, mereka ini dikira berumur 7 tahun dan layak untuk masuk darjah 1. Sekiranya tidak, mereka ini akan menghadapi masalah setiap kali hendak mendaftar untuk peperiksaan-peperiksaan utama, seperti UPSR, PMR dan SPM, serta ketika hendak masuk ke tingkatan 1. Contoh paling jelas telah berlaku kepada sepupu aku sendiri yang sedang berada di tingkatan 2 sekarang. Ketika hendak menghadapi UPSR dan naik ke alam persekolahan menengah, dia dikira tidak layak kerana telah 'terlebih' umur. Jadi, mak saudara aku terpaksa menghantar surat ke kementerian pendidikan membuat penerangan dengan pertolongan pihak sekolah. Memang tidak ramai yang tahu tentang perkara ini termasuk cikgu-cikgu sekolah sendiri. Aku juga tidak akan aku sekiranya tidak dimaklumkan oleh sepupu sebelah ayah yang bekerja sebagai kerani di sekolah yang bakal Aisya hadiri. Dan dia memberitahu perkara tersebut ketika melawat aku yang dalam berpantang melahirkan Aisya, hampir 6 tahun lepas. :D

Ok, aku tidak mahu menjadi kelam kabut dengan persiapan di saat-saat akhir. Dah la sudah lama sangat aku tidak melibatkan diri dalam alam persekolahan ni. Busu dah 27 tahun! Dan Aisya cucu sulung! Apa yang perlu aku beli? Yang paling penting dulu. Beg sekolah RM40.00. Beg sekolah yang digunakan ketika tadika telah rosak zipnya. Kasut sekolah putih termasuk 2 pasang stoking putih, RM34.00. Kain kapas putih dan biru gelap sebanyak 6.5 meter, RM39.00. Pen, pensil, bekas pensil, pensil kaler, crayon, pemadam, pengasah pencil, pembaris, dll. dah banyak sangat kat rumah. Akan ditambah apabila perlu sahaja. Yuran dan bukur-buku, belum diketahui jumlahnya. Kena periksa dengan sepupu, atau kawan yang anak dia pun mendaftar disekolah yang sama dan suami dia pula cikgu di sekolah itu. Apa lagi agaknya yer..hmm..

Itu baru persekolahan Aisya. Bayaran peguam pula... hmmm.. Kena cari duit lebih ni...

Dec 10, 2008

Aku kena kuat.

Aduhhh.. Pernah tak fobia dengan sesuatu? Atau trauma? Eh.. Sama ke maksud fobia dengan trauma tu? Yer la kot ek..

Kawan kepada seorang kawan, tidak berani memandu kereta kerana pernah mengalami kemalangan. Ianya tak seteruk mana, dia masih sihat walafiat secara fizikalnya. Akan tetapi dia sudah tidak berani memandu hampir seumur hidupnya barangkali. Kerana, dia sudah agak berusia. Dia terpaksa menggunakan perkhidmatan pemandu peribadi. Oleh itu, jangan ingat sesiapa yang menggunakan pemandu peribadi tu, sebenarnya seorang yang hendak berlagak semata. Barangkali ada masalah peribadi yang tidak kita jangka.

Seorang kawan yang pernah rapat pula, fobia dengan kucing. Pantang kucing mendekati, memang berterabur lari tak pijak tanah la jawabnya dia berlari. Yang paling aku ingat, dia pernah melompat ke atas kerusi dan hampir ke atas meja simen yang bulat tu, kerana takutkan kucing yang mendekat. Katanya, masa kecik dia pernah dicakar kucing.

Aku? Fobia dengan gelap barangkali. Macam pagi tadi, menggigil kepala lutut sebab terpaksa panjat dan turun tangga dari tingkat 5 dalam gelap yang teramat. Elektrik dekat kawasan tangga termasuk lif rosak. Di pejabat ok jer cerah. Aku pernah beberapa kali terpaksa melalui keadaan itu dan hampir jatuh tangga. Itu yang menggigil kepala lutut tu. Takut, tapi terpaksa melalui keadaan itu juga. Kalau tidak, perut pula akan diserang gastrik.

Lagi, fobia dengan tengkingan, atau nada suara yang tinggi (kemarahan) orang pada aku. Kerana aku pernah melalui kisah pahit yang sangat menakutkan. Dan ianya menjadi suatu trauma pada aku.

Untuk kali ini, aku sangat kena ajar diri aku untuk berhadapan dengan ketakutan itu. Aku kena lawan. Aku kena kuat.

Dec 5, 2008

Mendung

Kalau diikutkan perancangan akhir bulan lepas, hari ini aku akan bertolak ke Batu Pahat. Melawat k.su yang baru bersalin, a.yah yang seronok tak terkira menjadi abah, dan sikecil Ammar Ar Rayyan yang ditunggu-tunggu selama 6 tahun. Sepatutnya, mungkin petang ini kami sudah hampir sampai ke sana. Tapi, aku masih dirumah. Awal pagi, selepas membuka semua tingkap dibilik, aku mulakan rutin biasa dihujung minggu. Cuaca hari ini kurang menarik berbanding, semalam dan kelmarin. Sabtu lepas hujan lebat dan banjir. Ahad, tak hujan tapi matahari masih tak menyimbahkan cahaya disini. Isnin hujan lebat dan banjir datang lagi, lebih hebat dari hari sabtu sebelumnya. Selasa masih hujan sedikit-sedikit disesetengah tempat. Rabu matahari mula menyimbahkan sinar, mengeringkan karpet kereta yang sudah beberapa hari menyebarkan bau busuk kerana lembap. Baju-baju yang bertimbun mula dibasuh dan kering dijemuran. Khamis, pun begitu. Tapi, hari ini.. hmm.. kurang memberangsangkan. Mujur juga kain-kain dijemuran sempat kering. Tengahari hujan dah turun, dan terus mendung sehingga petang.

Dan begitulah bagaimana perancangan ke Batu Pahat terpaksa dibatalkan. Kut kut tersangkut dimana-mana kerana banjir, satu hal plak nanti. 'Takpe..' a.yah pernah bercakap dengan ayah begitu, apabila ayah memberitahu terpaksa menangguh kepergian ke sana. 'Semua dah selamat pun disini. Tak perlu terkejar-kejar. Nanti cuaca dah elok, datang la'. Alhamdulillah, a.yah boleh menerima.

Dan aku pula, boleh la meneruskan kerja keras menyiapkan manual dan prosedur-prosedur untuk ISO. Minggu ini terlalu banyak kerja yang mengganggu. Sehingga aku tak punya banyak masa untuk memberikan perhatian kepada manual ISO itu. Malah, semalam aku sempat bergaduh (meninggikan suara sedikit..hehe) dengan pihak klien. Aku susah nak marah dengan orang, tak reti. Tapi, kalau aku sudah marah, aku boleh memanjangkan kemarahan aku kepada orang-orang lain (supplier misalnya) yang memang patut aku marah. Marah ni, sebenarnya terapi juga tu. Sebab lepas tu, lega sikit rasa.. ;D

Awal pagi

Ini kali pertama 'blogging' di awal pagi. Semua dah tidur. Tapi, sepasang mata ini masih seronok meniti satu persatu gambar-gambar Mellysa yang cantik sangat itu. Nak bagi komen, tapi nampaknya komen yang diberi kebanyakkan geng-geng rapat dia. Nak mencelah cam tak sesuai. Nanti la, tunggu gambar terbaru dia, dan tetap nak bagi komen. Semestinya komen yang baik-baik sebab nampak sangat yang dia sangat berbakat.

Aku pun nak belajar-belajar juga 'photography' ni. Minat ada, dari dulu lagi. Malah, masa di matrikulasi 1 di SERATAS, Taiping, aku ada masuk persatuan Fotografi. Tapi, memandang aku bukannya datang dari keluarga yang senang, untuk membeli kamera itu adalah mustahil bagi aku masa tu. Maka dengan itu, menumpang la kamera-kamera teman sepersatuan untuk buat assignment. Itupun, kurang berjaya. Yer la, kamera orang. Takut plak nanti rosak ditangan kita. Kat mana plak nak dicekau duit nak menggantinya nanti. Jadinya, aku hanya tengok jer la teman-teman belajar. Teori dengan praktikal, semestinya menang praktikal kan. Dengan teori sahaja, apa la yang kita dapat. Lebih-lebih lagi baru sekarang aku punya kamera sendiri. Selepas.. hmm..2008 tolak 1994.. 14 tahun tu! Lamanya!

Dec 1, 2008

Hujan lebat lagi.

Hujan lebat datang lagi. Sabtu lepas, hujan yang turun seharian menyebabkan banyak tempat dinaiki air mendadak dan ramai yang kena pindah. Mesti yang tengok tv maklum akan perkara ini. Semalam, hujan sudah reda. Air yang naik mendadak cepat sahaja surutnya. Biarpun matahari malu-malu menampakkan sinarnya, kain di jemuran sempatlah kering sedikit-sedikit. Tapi, awal pagi tadi, hujan kembali turun, lebat dan lama. Siap diiringi angin yang tidak berapa kuat, petir yang sesekali memancar dan guruh yang berdentum tidak sekuat mana. Terus sepanjang hari, hanya sesekali ianya renyai-renyai. Nampaknya banjir kembali datang tanpa diundang.

Apa yang aku suka ialah memandu meredah air yang melintas jalan. Seronok ajer melihat 'tasik sementara' terbentang seluas-luasnya di kawasan baruh. Sayup mata memandang. Baruh belakang rumah juga sudah menjadi 'tasik'. Tapi, rasa cam seronok jer sekiranya betul-betul ada tasik kat belakang rumah aku. Macam kat negeri-negeri mat saleh tu. Lepas tu, tetiba nampak cam bayang-bayang ikan pari yang sebesar-besar tasik itu. Orang yang berdiri kat tengah-tengah tasik tu, ingat kaki berpijak tanah, rupa-rupanya atas belakang ikan tu! Isshh.. kenapa la aku asyik terbayang perkara ngeri cam tu setiap kali tengok tasik ek..

Nov 26, 2008

Cabaran membuatkan minda bergerak cergas!

Cabaran kali ini ialah menyiapkan Manual Quality untuk ISO 9001:2000 termasuk semua control document & procedure yang berkaitan. Sebenarnya inilah yang aku tunggu-tunggu selama ini. Aku sukakan kerja yang memerlukan perhatian dan fokus aku sepenuhnya, seterusnya membuatkan aku menggunakan pemikiran dan tenaga semaksimum yang mungkin. Memang, ianya sangat memenatkan minda, dan biasanya aku akan terbawa-bawa kerja aku itu ke dalam mimpi. Contohnya, apabila aku kena menyiapkan Tender Document dalam tempoh yang singkat, sehingga ke dalam tidurpun aku masih terbayang-bayang instruction to tenderer, bill of quantities, list of drawing dan segala bagai tu! Dan kali ini, aku pasti akan terbawa-bawa all the clauses of ISO 9001:2000 ke dalam mimpi lagi. Lebih-lebih lagi, aku kena menyiapkannya dalam tempoh 19 hari mulai hari ini.

Mengurangkan tempoh itu, ialah cuti hari jumaat dan sabtu selama 6 hari, cuti hari raya Qurban selama 2 hari pada 8 dan 9hb. Disember, dan cuti yang akan aku ambil untuk pergi ke Johor pada 7hb. Disember. Bermakna tempoh 19 hari lagi itu telah berkurang menjadi 10 hari sahaja! Fuhhh... Cabaran tu!

Best! Best!

Kenapa agaknya ada cuti yer, ditengah-tengah 'kekecohan' kerja aku itu? Sebenarnya, abang aku yang berkahwin dengan orang Batu Pahat 6 tahun lepas baru jer dikurniakan seorang baby boy! Kakak ipar aku baru jer bersalin melalu pembedahan pagi kelmarin di hospital Batu Pahat. Dan kami adik-beradik termasuk mak dan ayah sudah tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan itu bersama abang di sana!

Nov 25, 2008

Analysis & Interpretation ISO 9001:2000 in-house training

In-house training ini bermula pagi tadi. Memandangkan benda ni wajib bagi mengekalkan Gred G7 dalam CIDB, dan company juga menanggung semua kos bagi mendapatkan sijil ISO 9001:2000, maka kami (semua pekerja yang ada di pejabat) terpaksa mengadap muka trainer kami dengan rela paksa. Rela kerana mahu atau tidak, selagi bergelar staf disini, ini salah satu tanggungjawab kami. Terpaksa pula, kerana sebenarnya kami semua sangat malas hendak mengadap trainer kami yang kurang mesra alam, dan tidak pandai berlawak itu. Sehinggakan kami pula yang kena buat lawak semata-mata hendak menjauhkan kantuk dan jemu yang bertandang.

Menjadi suatu kemujuran juga kepada kami, apabila sedang kami melayan clauses yang memeningkan itu, ada sahaja panggilan telefon daripada consultant dan supplier yang memerlukan perhatian segera. Biarpun sebenarnya ianya juga merupakan sedikit gangguan kepada kami kerana ini bermakna course itu akan lebih lambat habisnya, kelegaan juga dalam kebosanan dan keletihan menahan mata yang hampir terpejam.

Kebetulan juga, ketika sedang leka sebentar pada clause yang agak menarik, Ah Seng datang. Subkontraktor kami yang itu sangat peramah dan suka bercerita dengan kami. Hari ini, dia datang untuk mengambil sekeping cek yang telah disediakan oleh boss kami kelmarin. Dan dia ada cerita menarik untuk kami hari ini. Malam semalam, kedai dia kena pecah! Maksudnya disini, kedai dia telah dimasuki perompak. Hampir RM10,000 juga dia mengalami kerugian. Dari cerita rompakan sehingga cerita pinjaman dengan Along, mengambil masa 20 minit juga kami melayan cerita dia. Dan selepas itu, kembali ke bilik mesyuarat meneruskan course yang terhenti.

Yang pasti, selepas ini memang banyaklah kerja-kerja yang menanti untuk dibereskan. Takpe, bila dah mula segalanya akan berjalan lancar. Yang penting, kena mula dulu..!

Nov 18, 2008

When i really need a shoulder to cry on...

Kawan. Sahabat. Teman. Ianya mungkin diertikan kepada perkara yang sama, seseorang yang kita kenal, bercerita, melalui hari-hari bersama, ketawa dan mungkin juga menangis bersama. Tetapi, pada pandangan aku, teman, sahabat dan teman bukan sekadar itu. Pengertiannya lebih mendalam.

Aku punya ramai kawan, dulu. Ketika di zaman persekolahan, di asrama, di universiti. Ketika di sekolah rendah, kawan-kawan di sekolah juga merupakan kawan-kawan yang sama bermain kejar-kerja di waktu petang di kampung. Paling tidak pun, bersaing berbasikal ronda-ronda keliling kampung sehingga sampai ke rumah kawan di kampung sebelah. Habis sekolah rendah, kawan-kawan itu semua bertaburan ke merata tempat menyambung persekolahan menengah. Hanya segelintir yang meneruskan persahabatan apabila bertemu di sekolah yang sama. Itupun kiranya masih di kelas yang sama. Aku akui, aku jenis yang tidak berapa pandai meneruskan persahabatan dengan kawan lama. Biarpun masa di sekolah rendah, dialah teman paling rapat. Bila dah ke alam sekolah menengah, berjumpa jarang-jarang dengan kawan rapat yang lama, persahabatan mula renggang.

Mungkin juga kerana aku bukan seorang yang suka bergantung kepada orang lain untuk berbuat sesuatu. Jadi di kelas mana sahaja aku ditempatkan, pasti aku mendapat seorang teman rapat yang duduk sebelah aku di dalam kelas. Teman untuk berborak ketika ketiadaan cikgu, ataupun kekadang berbuat nakal ketika kelas berlangsung.

Ketika di universiti, lagilah aku tidak punya kawan rapat. Ke sana sini, biasanya seorang diri. Ke kelas, perpustakaan, makan di kantin, berjumpa pensyarah, dan biasa sangat pergi window shopping sendirian. Ada tak ada, kawan yang bergelar sahabat itu. Shahrinaz. Seorang yang tidak pernah melupakan kawan dia yang seorang ini. Sesekali, pada waktu senggang antara waktu sibuknya, bolehlah aku lepak-lepak dengan dia. Kami bukan sekelas, juga bukan ke course. Kebetulan kami di 'dorm' yang sama ketika matriks satu di Sekolah Raja Tun Azlan Shah, Taiping. Dan kebetulan itu membawa kepada keselesaan antara kami. Latar belakang kami, jauh berbeza! Dia orang bandar, belajar musik (bermain piano sejak kecil), kedua ibubapa bekerja kerajaan (seingat aku la), hanya 2 beradik di dalam keluarga dan of course, bijak. Aku, orang kampung yang ramai adik beradik (6 orang) , dan hanya tahu berangan-angan tentang bermain musik (sesuatu yang aku minat). Dia, satu-satunya sahabat yang kekal hingga sekarang. Biarpun pernah peristiwa pahit berlaku di celah-celah persahabatan kami, ianya tidak memutuskan terus ikatan sahabat itu. Tapi, dia jauh sekarang dan aku juga jarang lagi berhubung. Hanya sesekali kami berbual di alam siber ini.

Dan sekarang, ketika semua teman-teman, kawan-kawan dan sahabat-sahabat itu sudah mempunyai kehidupan mereka sendiri.. aku terasa sangat jauh. Jauh dari kehidupan manusia yang bersahabat dan berkawan. Aku bagaikan manusia yang penuh keterasingan. Aku yang selama ini tidak suka bergantung kepada sesiapa, tiba-tiba terasa keseorangan. Aku yang tiba-tiba sangat memerlukan seseorang, tiba-tiba terasa aku tidak punya sesiapa. Aku seolah-olah tersedar dari lena yang panjang. Aku bagaikan berada di antara manusia-manusia yang sungguh asing.

Nov 10, 2008

Banjir

Hujan kat luar tu, dari petang tadi tak berhenti-henti. Ianya bukannya lebat sangat. Tapi, bunyinya seperti akan berpanjangan sepanjang malam. Kalau dulu-dulu, masa aku masih di sekolah rendah, hujan sebegini menjadi kerisauan kepada mak dan ayah. Kami adik beradik, mana tahu risau lagi masa tu. Yang kami tahu, bila air banyak disekeliling rumah, kami seronok bermain air. Apa yang mak dan ayah risaukan, kalau hujan sepanjang malam, esok pagi mesti air akan naik. Banjir la maksudnya tu.

Rumah kami berdekatan dengan sawah padi. Dibelakang rumah, sawah padi terbentang luas. Tanah sawah itu semestinya lebih rendah dari rumah kami. Akan tetapi, kekadang bila hujan lebat turun dalam tempoh yang agak lama, air yang naik di kawasan sawah padi itu akan turut melimpah ke kawasan rumah ini. Mula-mula hanya kawasan belakang rumah yang luas akan dipenuhi air. Lama-lama air akan naik sehingga ke bawah rumah. Sedikit demi sedikit menenggelamkan tapak tiang rumah. Ada beberapa kali aku ingat, air naik sehingga menenggelamkan anak tangga kayu yang pertama. Banjir yang paling besar, aku dah lupa tahun berapa, menenggelamkan 2 atau 3 anak tangga. Dan pada masa itu, mak dan ayah sudah beria-ria hendak menghantar kami adik beradik ke pusat perpindahan mangsa banjir (masa tu, Sek. Ren. Atas Tol) sekiranya banjir tidak surut keesokkan harinya. Mujur esoknya banjir semakin surut, dan kami tidak dipindahkan. Jadi ada peluang main air sekeliling rumah!

Sekarang dah masuk musim tengkujuh di sini. Hujan juga semakin hari semakin kerap datangnya. Aku suka musim ini. Aku suka tengok kawasan sawah padi itu bertukar menjadi tasik sementara. Aku suka merasa angin sejuk yang mendinginkan suasana. Aku suka juga memandu dalam hujan lebat di kawasan kampung, dan sesekali kena meredah air yang melimpah ke jalan raya. Seronoknya!

Biasanya aku banyak ajer idea untuk menulis bila tiba musim hujan. Idea mencurah-curah seperti hujan yang lebat itulah. Kalau masa kecik-kecik dulu, aku akan menulis dalam buku-buku tulis yang tak sempat habis digunakan kerana dah habis silibus. Kekadang, lirik lagu pun jadi, selain sajak dan cerpen yang tak pernah habis ceritanya. Hingga sekarang, ada lagi beberapa biji buku yang belum dihapuskan terkandung karya-karya lama itu. Haa...kalau dah baca, nak tergelak pun ada, idea pun ada jugak. Hehe...

Biasanya juga, pada musim tengkujuh seperti inilah aku akan menggeledah semula buku-buka dan majalah-majalah lama. Bila tidak boleh membuat aktiviti luar pada hujung minggu, otak akan berputar ligat memikirkan apa yang boleh dibuat di dalam rumah. So, itulah. Membelek semula buku-buku, novel-novel, majalah-majalah. Niat asalnya hendak menyusun semula,dan membuang apa yang sudah tidak perlu. Tapi, seperti biasa aku ni kalau jumpa ajer bahan bacaan walaupun secebis kertas surat khabar di dalam timbunan sampah, mesti serba sedikit hendak tahu apa isi kandungannya. Masa yang sepatutnya 1 jam dah bertambah ke 2 jam. Apatah lagi kalau buku-buku yang banyak itu! Aduhh.. dah terlebih panjang rasanya entri kali ni. Idea banyak lagi ni.. sambung lagi la ek. Daa..

Nov 9, 2008

Hujan

Aku suka hujan. Petang semalam hujan turun lebat sungguh. Berselang seli guruh dengan kilat sambar menyambar. Waktu itu jam lebih kurang 4.00 petang. Langit gelap sejak tengahari lagi menandakan hujan akan turun. Jadi aku awal-awal lagi telah mengangkat kain jemuran di ampaian. Jam 3 lebih, ayah keluar entah kemana. Mungkin ke kedai, atau berjumpa kawan dia di mana-mana. Cik juga tiada di rumah. Hanya tinggal aku dengan Aisya. Mujur hampir jam 4 petang ketika aku dengan Aisya sedang sibuk di bilik menyusun pakaian di dalam almari, cik pulang. Waktu itu, suasana sekeliling memang sudah gelap sangat.

Dan tidak lama selepas itu, hujan turun mencurah-curah bagaikan berbaldi-baldi air dicurahkan dari langit. Pada awalnya guruh dan kilat belum kedengaran. Tempias juga tiada. Jadi aku membuka tingkap di bilik seluas-luasnya. Melihat air hujan membasuh bumi. Melihat daun-daun berkilat kehijauan. Melihat lopak-lopak dengan rintik hujan. Melihat air hujan turun dari cucuran atap. Indahnya bumi milik Tuhan.

Aku duduk dikerusi goyang sambil Aisya duduk diriba. Kami asyik melihat air hujan yang turun dari cucuran atap. Terkenang waktu kecil dulu. Aku tidak boleh duduk setenang ini bila hujan turun mencurah. Hati meronta-ronta ingin merasa sejuk air itu membasahi tubuh, titik-titik itu jatuh ke muka. Dan aku, dengan izin emak akan berlari turun ke tanah. Melompat-lompat di lopak yang penuh air, berlari sepanjang cucuran atap, menari-nari sambil mendongak ke langit. Bermain kapal layar kertas di laluan air yang laju. Biasanya aku bermain dengan cik. Kemudian bila busu sudah agak besar, aku ajak dia pula bermain hujan. Tapi dia tidak tahan sejuk! Sekejap saja, sudah biru bibirnya, terketar-ketar di tepi rumah melihat aku masih tega melompat-lompat. Aduhhh... seronoknya!

Seingat aku, sehingga besar aku masih seronok bermandi hujan. Cuma bila dah besar, perasaan malu sudah ada. Aku hanya mandi hujan di belakang rumah di sebelah dapur, sambil diperhatikan mak yang hanya mampu menggeleng kepala tengok anak dara yang masih suka main hujan.

Sampai sekarang, sekiranya aku terpaksa meredah hujan (lebat atau tidak), aku pasti mendongakkan muka ke arah langit. Ingin merasa nikmatnya titik-titik itu mengena muka. Kalaulah aku boleh mandi hujan lagi macam dulu.. Hahaha...

Nov 5, 2008

I surrender.

Ketika berada di kedai Sony di KLCC baru-baru ni (masa nak beli kamera tu), aku terdengar satu lagu yang macam best jer. Ketika itu aku sedang berdiri di kaunter hendak membuat bayaran. Sementara menunggu si penjual mengambil segala aksesori yang berkaitan. Pada salah satu tiang utama kedai itu, di hadapan kaunter di ruang tengah, ada satu set home teater diletakkan. Dan ada sebuah kerusi rehat diletakkan dalam jarak 7 kaki daripada set home teater itu. Seorang lelaki yang nampak kemas dalam pakaian pejabat (samada pekerja disitu ataupun pelanggan aku tidak tahu), sedang asyik menonton sesuatu.

Haa.. dari situlah aku tahu dari mana bunyi lagu yang best itu. Celine Dion sedang menyanyikan lagu 'I surrender' dalam sebuah konsert tertayang pada skrin tv. Dengan sistem bunyi yang sangat best, semestinya hasilnya juga sangat mengkagumkan. Hasilnya juga, hari ini aku dah ulang dengar lagu itu dah berapa kali. Siap cari lirik lagi tu. Hehe...
Memandangkan aku sebenarnya tak banyak masa untuk bercerita, ni jer la. Lirik lagu tu.

I surrender

There's so much life I've left to live
And this fire is burning still
When I watch you look at me
I think I could find the will
To stand for every dream
And forsake this solid ground
And give up this fear within
Of what would happen if they ever knew
I'm in love with you

'Cause I'd surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We'd make it through
A thousand dreams I still believe
I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms and never let go
I surrender

I know I can't survive
Another night away from you
You're the reason I go on
And now I need to live the truth
Right now, there's no better time
From this fear I will break free
And I'll live again with love
And no they can't take that away from me
And they will see...

Every night's getting longer
And this fire is getting stronger, baby
I'll swallow my pride and I'll be alive
Can't you hear my call
I surrender all


Right here, right now
I give my life to live again
I'll break free, take me
My everything, I surrender all to you

Nov 4, 2008

Fokus kepada kerja

Kembali fokus kepada kerja membuatkan serba sedikit segala masalah-masalah peribadi dilupakan seketika. Last week, aku kena attend dua meeting dengan klien di site office. Projek-projek ni, kalau duit tak ader susah nak jalan. Itu yang mengurangkan dan melemahkan semangat aku sehingga memang betul aku serba sedikit mengabaikan projek itu. Banyak juga aku kena hentam ketika mesyuarat tersebut. Mujur juga selepas aku balik dari Kuala Lumpur minggu itu, semangat aku untuk membuat serba sedikit persediaan untuk mesyuarat tersebut, ada. Jadi, persediaan dah ada untuk aku menangkis peluru-peluru yang dilontar. Dan mujur juga, mereka semua (yang menghadiri mesyuarat) memberi pertolongan dan sokongan untuk apa yang perlu dilakukan seterusnya. Jadi, semangat untuk kembali berfikir kencang tentang projek itu kembali semula.

Keesokkan harinya juga, aku perlu mengadap klien untuk sekali lagi. Membincangkan dengan lebih terperinci perancangan projek atau 'recovery plan' yang perlu dilakukan. Mujur juga petang semalam, selepas mesyuarat aku telah berbincang dengan site supervisor apa perancangan kami seterusnya. Jadi, bila kami bentangkan plan kami, dia nampaknya berpuas hati. Alhamdulillah. Cuma sekarang, aku kena pastikan perancangan itu berjalan dengan lancar.

Ahad lepas pula, seminar ISO kami bermula. Sehari suntuk kami mengadap wakil syarikat yang telah dilantik membuat seminar itu. Sesi pengenalan kepada ISO berjalan lancar dengan meninggalkan banyak kerja (homework) yang perlu kami siapkan sebelum fasa ke-2 pada 25 dan 26 haribulan nanti. Jadi ini bermakna aku akan agak sibuk mulai sekarang!

Oct 29, 2008

Terapi untuk membahagiakan diri sendiri II

Hehe.. Ada sambungan. Tak pernah terfikir nak buat sambungan apa-apapun sebenarnya. Akan tetapi ianya benar sama sekali. Selagi ada tekanan dari dalam (perasaan yang tidak terluah atau memendam rasa), selagi itulah terapi untuk meredakan tekanan itu perlu. Lebih-lebih lagi, sekiranya tekanan itu terasa sangat memberi kesan kepada emosi dan kehidupan seharian khususnya. Jadi apa yang aku buat pada minggu lepas ialah, bertemu kawan lama yang sehati sejiwa (aku rasa la). Berborak dan lepak seketika pada waktu yang singkat itu sudah mengcukupi untuk menghilangkan serba-sedikit kecelaruan. Termasuk juga mendengar dan menerima nasihat yang boleh difikirkan dengan lebih mendalam.

Menghabiskan duit lagi, dengan membeli 3 biji novel di Kinokuniya, KLCC. Dua buku hasil Hlovate dan sebuah lagi, buku yang dah lama dicari (tak jumpa di KT) karangan Shamsiah Mohd Noor, Tangisan Bulan Madu 4. Aku pernah ceritakan tentang buku-buku yang sangat hendak aku jadikan koleksi disini. Tapi, bila aku check balik blog ini, tak jumpa!

Kemudian, aku sambar pula kamera Sony DSC-T2 di sebuah kedai Sony di KLCC itu. Puas hati untuk seketika bila kehendak diri sendiri dipenuhi. Kehendak yer, bukan keperluan. Aku ingin berjumpa kawan lagi, tetapi cerita duka mula mengiringi langkah aku selepas itu. Cerita duka yang memberikan aku suatu persepsi sendiri tentang lelaki. Cerita duka yang bertindih dengan terapi tekanan aku. Dan apabila begitu, terapi itu kuranglah keberkesanannya.

Sekarang, aku kembali ke rutin biasa. Sebolehnya aku cuba mengelakkan diriku daripada berfikir banyak. Untuk itu, aku kembali menyibukkan diri dengan kerja. Dengan kawan-kawan yang sedia ada. Dengan ratu hati yang sentiasa menghiburkan ketika duka. Dan dengan novel-novel dan kamera baru!.. ;D

Oct 21, 2008

Kenapa aku ada blog.

A blog (a contraction of the term "Web log") is a Web site, usually maintained by an individual with regular entries of commentary, descriptions of events, or other material such as graphics or video. Sila rujuk Wikipedia yer.. untuk penerangan yang lebih terperinci. Disini bukan kamus penerangan tentang apa itu 'blog', cuma aku ingin bercerita kenapa aku ada blog.

Sebenarnya aku tak reti pun ber'blog' ni. Aku mula mereka blog aku sendiri pada 19hb Ogos last year, dengan entry pertama lirik lagu 'Listen to your heart'. Orang yang mengajar aku membuat blog ini ialah Ain (thanks to Ain Camelia!). Ketika itu, tajuk blog ini juga adalah 'Listen To Your Heart' dengan website address, listen2yourheart.blogspot.com. Kenapa aku taksub pada lagu itu pada masa itu, kerana ketika itu aku dalam kebuntuan. Mendengar kepada apa kata hati mungkin pilihan terbaik pada ketika itu. Aku terikut-ikut dengan kata-kata seorang kawan, 'Aku buat apa yang aku suka'. Walaupun aku kurang bersetuju dengan pernyataan itu, tetapi betul! Bila kita berbuat apa yang kita suka, kita akan rasa gembira. Dan bila kita berbuat sebaliknya daripada kata hati kita, kita mungkin kurang gembira. Itu pendapat aku berkenaan kata-kata kawan aku itu.

Kebenarannya, bila kita berbuat apa yang kita suka, mungkin ianya membawa maksud kita tidak perlu fikirkan dan ambil peduli perasaan dan pendapat orang lain. Kegembiraan yang kita rasakan itu, mungkin seketika cuma. Kemudian, mungkin penyesalan atau sakit hati, atau kecewa, akan kita rasa. Ini pendapat aku pula tentang kenapa aku kurang bersetuju dengan pernyataan kawan aku itu.

Ok, berbalik kepada topik asal. Pada mulanya, aku jadikan blog aku tempat aku meluahkan perasaan. Kekadang juga, aku siap taipkan alamat blog aku dekat status ym aku. Semata-mata kerana aku ingin seseorang yang membuatkan aku terasa, tahu apa yang aku rasa. Tapi, lama-lama aku bosan. Lama juga la aku tidak layan blog ini. Sehinggalah suatu hari, aku terbuka blog Sarah. Ketika itu, aku hendak mencari ayat 'Al-Ikhlas' kalau tak silap aku. Dan blog itu terus menjadi 'penggalak dalam diam' untuk aku meneruskan penulisan di blog aku.

Aku tukar tajuk blog aku, tukar alamat web site dan updatekan apa-apa yang patut. Sebenarnya aku ingin menulis tentang topik yang sering kami bincangkan dipejabat. Biasanya, bila ada waktu terluang, ada sajer topik yang menjadi perbincangan kami. Tentang penagih dadah misalnya (aku pernah tulis tentang ini). Tentang bercinta dengan suami orang, bekerja makan gaji dan bisnes, apa erti cinta yang sebenar-benarnya, dan macam-macamlah. Tetapi, terkadang aku masih menjadikan ruang ini untuk aku meluahkan apa yang aku rasakan. Tak salahkan? Ianya sedikit melegakan diri sendiri.

Sampai bila agaknya yer aku meneruskan kerja menulis blog ini.. Aku sendiri tidak tahu, kerana..

Que Sera Sera..
Whatever will be, will be..
The future not ours to see..
Que sera sera..What will be, will be..

Oct 20, 2008

Terapi untuk membahagiakan diri sendiri

Aku rasa setiap orang punya cara mereka yang tersendiri untuk menggembirakan diri sendiri. Lebih-lebih apabila diri dilanda 'depressed', atau tertekan yang teramat dengan kehidupan atau sesuatu yang telah berlaku. Ya, aku akui. Aku dalam keadaan tersebut. Sekejap aku 'ok jer', tapi dalam waktu yang terdekat, aku boleh menangis. Dalam waktu yang lain pula, aku boleh ketawa melayan orang-orang disekelilingku. Anyway, Alhamdulillah aku masih boleh mengawal diri. Aku masih ingat Tuhan dan ini semua ujian untuk aku.

Ianya bermula pada hari Jumaat yang lepas, pada hari aku melepaskan tangisku yang agak panjang sehingga Aisya turut menangis bersama aku (hanya kerana melihat mama menangis tanpa mengetahui dan memahami kenapa) dan pada hari aku menonton vcd filem 'Sepi'. Terapi aku bermula dengan pergi jogging bersama Aisya. Sebenarnya sudah lama sangat aku tidak pergi jogging dengan Aisya. Hampir sejam kami jogging di taman berdekatan balai bomba. Kemudian kami ke Giant, makan malam (sekitar jam 6.45 petang) di The Chicken Rice Shop. Menu kami, nasi ayam untuk Aisya dan mee kari untuk aku. Pai Tee regular (4 pieces), aku makan 3 dan Aisya makan 1. Aku tak sangka dia akan makan pai tee tu selepas aku suruh dia cuba sikit. Aisya susah hendak makan sayur, dan isi pai thee itu ialah sayur. Bila dia kata sedap, aku rasa menyesal pulak sebab dah menghabiskan 3 pieces.

Selesai makan, kami turun untuk pulang memandangkan waktu maghrib yang semakin sedikit. Tetapi, kaki aku panjang sahaja langkahnya ke kedai spek mata yang terdapat di tingkat bawah Giant itu. Memilih dan mencuba beberapa frame, akhirnya aku jumpa yang sesuai. Tanpa berfikir panjang, aku membuat bayaran deposit. Itu terapi kedua. Selepas itu, aku rasa tekanan perasaan aku turun ke paras 70 daripada paras 90 (10 daripada 100 sudah hilang selepas jogging). Sebenarnya sudah lama aku teringin membuat spek mata baru, tetapi memandangkan tiada kepentingan (sejak awal 2007 sehingga semalam, aku telah membuat dua spek mata yang jarang aku pakai kerana lebih biasa memakai contact lense) aku telah menangguhkannya dulu. Semalam, spek mata baru siap dan hari ini, the new me! :D


Terapi ke-3, Duan tolong buat. Aku perhabiskan duit membuat 'tinted' untuk kereta kancil aku. Sesuatu yang pernah aku fikirkan tetapi seperti spek mata baru juga, tiada dalam senarai yang penting. Hari ini selepas menghadirkan diri melihat klien membuat 'audit' pemeriksaan kerja-kerja arkitek (kemasan) di kolam renang, aku menyerahkan kunci kereta kepada Duan dan duit sebanyak RM200. Sementara aku dengan Nur (dengan kereta Nur) ke rumah boss untuk menyelesaikan beberapa kerja, Duan membawa kereta aku untuk pasang 'tinted' di kedai kawan dia. Jam 1 tengahari, kami sampai serentak di tempat parking pejabat kami. Yess.. terapi ke-3 berjalan lancar. Tahap 'depression' aku turun ke paras 50.

Ada lagi beberapa perkara yang hendak aku lakukan (dalam perancangan) dalam masa terdekat ini sebagai terapi diri sendiri. Mengubat hati yang kecewa! Memulihkan semangat yang semakin mengewap ini. Aku tahu, biarpun aku nampak 'ok'... dalaman aku still 'ok jer'. Aku cuba ajar diri untuk sentiasa redha dengan apa sahaja yang berlaku. Aku sentiasa cuba ingatkan diri bahawa setiap apa yang terjadi, ada sebab musababnya yang mungkin kita tidak tahu.

Oct 17, 2008

Sepi

Hari ini aku menonton filem di 'Sepi' dirumah, bersama Aisya. Cd yang dah lama dibeli itu, baru hari ini aku punya waktu untuk menonton. Best citer tu. Sama best seperti citer 'Cinta'. Cuma markah untuk citer 'Sepi' aku bagi lebih sikit dari citer 'Cinta'. Sesuai pula citer tu dengan mood aku hari ini yang aku rasakan sangat sepi. Semua dirumah ada seperti biasa, tapi aku rasa perasaan aku sangat sepi. Seolah-olah aku tidak punya sesiapa. Sendiri. Seorang.

Oct 16, 2008

Aku 'ok jer'.

Hari ini pagi aku bermula dengan 'ok jer' dari rumah. Rutin biasa mulai bangun pagi hingga sampai ke pejabat. Tetapi, beberapa minit sahaja selepas memanaskan kerusi, aku menerima panggilan telefon daripada site supervisor yang terus merosakkan mood aku untuk sepanjang hari ini. Bila 'ok jer', bererti perasaan aku kurang stabil. Yang memahami, akan tahu aku dalam keadaan mengawal diri sendiri. Bila ada sedikit situasi yang tidak berapa bagus, zuppp.. secara automatik, perasaan aku sudah tidak terkawal. Memang supervisor tu kena marah dengan aku di pagi hari ini. Menambah pula kepada situasi yang tidak menyenangkan itu, boss pula menelefon bertanyakan tentang surat rayuan kepada klien yang perlu aku buat. "Awak buat dulu, nanti saya sain". Aduhh.. Mudahnya dia memberi arahan. Yes... I know he's the boss. Dia boleh memberi arahan apa sahaja sebab dia boss. Tetapi, aku sangat tidak suka apabila arahan itu cuma melalui telefon di mana aku tidak dapat menerangkan secara terperinci apa yang perlu aku lakukan.

Kemudian, boss masuk pejabat. Masa tu, aku dah fikir dah, apa aku nak cakap sekiranya dia bertanya tentang surat rayuan tu. Memang aku nak marah ajer boss aku masa tu. Bukan marah kerana boss berbuat salah. Tidak. Cuma melemparkan rasa tidak puas hati yang sudah lama terpendam. Aku pernah berbuat demikian kepada x-boss aku dulu-dulu. Dan biasanya cara itu berjaya merapatkan lagi hubungan aku dengan boss. Dia lebih hormatkan kita sebagaimana kita yang terlebih-lebih hormatkan dia selama kita menjadi orang bawahan dia. Hehe..

Sahabat,
Perasaan itu tidak pernah hilang,
Ia masih ada biarpun di lubuk hati yang terdalam,
Ia masih bernafas,
Biarpun ruangnya sempit dan sesak,
Jangan dekati aku,
Jika kau tidak punya niat apa-apa,
Aku bimbang,
Perasaan itu kembali bercambah..
Dan derita pasti mendatangi aku
Lagi....

Oct 14, 2008

Que Sera Sera

Lagu 'Que Sera Sera' rasanya ramai yang tahu. Tadi selepas sembahyang maghrib, aku duduk di atas katil di sebelah Aisya sambil melipat dan menyusun pakaian untuk disimpan di dalam almari. Dia menulis sesuatu di atas kertas yang dipegangnya sambil menyanyi. Rupa-rupanya lagu yang dia nyanyikan adalah lagu 'Que Sera Sera'. Kali ini lebih jelas sebutan dia daripada apabila dia nyanyi lagu 'Baa Baa Black Sheep'. Kalau dengar dia nyanyi lagu tu, aku langsung tak tahu apa dia sebut. Dah la aku memang tak belajar lagu-lagu omputih masa kecik2 dulu. Yang aku tahu, tu la ;Twinkle Twinkle Little Star', 'London Bridge', 'Row Your Boat', dan beberapa lagi. Tak banyak la. Lagipun aku sekolah dulu kat kampung jer. Tak belajar lagu-lagu omputih ni. Aku juga tidak pergi sekolah tadika. Umur 7 tahun, terus masuk darjah satu.

Dulu mak ayah aku orang susah. Ayah kerja jual ikan kering (ikan masin). Kadang-kadang dia ikut kawan-kawan dia turun ke laut. Semua adik beradik aku dari abang sehingga ke busu tak ada yang pergi sekolah tadika. Tapi, alhamdulillah..kami boleh dikatakan agak berjaya di dalam pelajaran, terutama mek dan busu. Adik beradik kami seramai 6 orang selang bunga (begitulah aku dengar orang kampung beri gelaran). Maksudnya, berselang seli lelaki dan perempuan.

Aisya mungkin akan menyanyi lagu itu (Que Sera Sera) ketika persembahan akhir tahun nanti. Aku tidak berapa pasti kerana dia sering berkata nanti naik pentas, dia akan jadi little girl. Dia tahu apa itu naik pentas kerana tahun lepas untuk persembahan akhir tahun tadika dia, dia ada naik pentas membuat persembahan. Nyanyi lagu 'Matahari'. Untuk tahun ini, masih belum ada maklumat yang diberikan oleh guru dia tentang persembahan akhir tahun.

Jadi apabila aku dengar dia nyanyi lagu itu, aku kena cari lirik yang sebenar supaya aku boleh mengajar dia sebutan yang betul. Akupun buka komputer, cari di internet. Buka youtube, taip 'Que Sera Sera with lyric'. Lepas tu, nyanyi dengan Aisya. Hehe..

Oct 13, 2008

Happy birthday to myself.

Ucapan yang paling seronok dan menyentuh perasaan pada hari ini, ialah daripada Dania Aisya. Pagi-pagi lagi selepas dia siap berpakaian untuk ke tadika, dia menjerit di dapur memberitahu nenek dan tokki dia, 'Hari ini hari jadi mama!'. Semalam aku ada memberitahu dia, esok hari jadi mama. Tak sangka pula dia masih ingat. Dia breakfast dulu di dapur dengan nasi lemak sementara aku bersiap. Biasa la, perempuan. Lambat sikit kalau tang bersiap hendak ke mana-mana. Hehe.. Jam 7.45, aku dah bersiap dan memandu ke pejabat dengan Aisya di sebelah. Seperti biasa, selepas dia menekan punat radio dan memainkan kaset kegemaran dia, menyarungkan cermin mata hitamnya kerana silau matahari (perjalanan kami menuju ke arah matahari naik) dia hanya memandang keluar tingkap kereta. Diam tidak bersuara, kecuali sekiranya aku bertanya sesuatu. Sesampainya kami di hadapan tadika dia, dia berpaling dan bertanya (seperti biasa).
'Mama, saper yang ambik Nia hari ni?'
'Tokki la'
'Alaa.. bila mama nak ambik Nia?'
'Nanti kalau tokki lambat balik kerja, mama ambik yer'
'Ok la..'
'Nanti kita pegi makan kek yer'
'Ok!'
Selepas kiss kiri, kanan pipi aku, dagu dan dahi, dia membuka pintu kereta, dan seperti biasa aku bersuara,
'Daa! Assalamualaikumm..'
'Waalaikumussalam'..
Sebelum menutup pintu kereta dia berkata, 'Happy birthday mama!'. Aku tersenyum.
'I love u sayang!', aku sempat menjerit sebelum dum pintu kereta ditutup. Aku mendengar perlahan (kerana pintu kereta dah tertutup), dia menjerit 'I love u too' dan melambai. Aku membalas lambaian itu, dan bergerak menuju ke pejabat apabila sudah pasti dia sudah masuk ke dalam tadika. Aisya betul-betul menceriakan hari aku. Ucapan happy birthday daripada seorang budak yang berumur 5 tahun dan tidak benar-benar faham apa itu birthday itu, benar-benar menyentuh hatiku.

Hari terus berjalan seperti biasa. Aku sebenarnya sejak semalam lagi, asyik memikirkan pasal meeting yang akan diadakan hari ini. Pening juga memikirkan kerja ni. Tapi, kerana Aisya, aku semacam happy jer dan fikir yang senang-senang saja. Orang suruh panggil meeting, aku pun panggil la meeting. Aku sms kepada semua yang berkenaan dan prepare apa yang patut. Memang agak sibuk hari ini sehingga aku tidak sempat blogging dan membaca blog 'Sarah'! (Everyday, aku dah jadi semacam wajib mengadap blog dia). Meeting berjalan lancar jam 3 petang, dan betul juga tindakan aku. Tak perlu pening-pening fikir pasal meeting. Biasanya aku ada satu cara untuk menghilangkan takut dan tension untuk masuk meeting. Caranya, dengan menetapkan di fikiran bahawa meeting itu walaupun macamana hebat sekalipun, tetap akan habis. Sekurang-kurangnya masa yang diambil cuma 2 hingga 3 jam. Selepas itu, selesai! Hehe... Tapi, of cos la kan, kena la prepare serba sedikit yang perlu.

Ok la.. nak pergi makan. Tadi makan kek dan mushroom soup jer kat secret recipe. Dengan Aisya dan mak. Thanks pada sesiapa yang ingat birthday aku, dan yang wish aku. Semoga wishing korang Dia perkenankan. Aminn...

Oct 12, 2008

Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi. Seindah bunga-bunga itu, begitulah aku pada hari ini. Sedikit kerisauan yang bertapak dalam diri semenjak bulan terakhir sebelum Ramadhan yang lalu, telah hilang. Biarpun masih ada yang perlu aku fikirkan, sekurang-kurangnya ia memberi sedikit kelegaan.

Tadi juga, ketika aku di klinik semasa sedang menunggu giliran, aku melihat dua orang wanita masuk ke klinik itu. Kedua-duanya menuju ke tempat farmasi di hadapan aku. Klinik itu kecil dan sempit sahaja. Ianya memanjang ke belakang dengan satu ruang yang kecil disediakan tempat duduk yang memanjang ke belakang, dan satu bahagian lagi adalah bilik rawatan, farmasi, stor dan tempat pendaftaran. Ketika aku masuk, ramai orang sedang menunggu. Dan nombor giliran aku ialah 16. Beberapa minit selepas aku melabuhkan punggung di kerusi di bahagian hadapan farmasi, orang yang ke 11 dipanggil masuk.

Berbalik kepada cerita dua orang wanita tadi. Kedua-duanya memakai baju kurung moden yang aku agak mungkin baju raya diaorang. Kenapa aku membuat andaian sebegitu kerana aku tengok ramai yang berjalan ke sana-sana di sekitar pejabat dan kedai makan selepas hari raya yang baru berlalu memakai baju yang kelihatannya masih baru dan tidak lusuh. Seorang daripada wanita itu bertubuh sederhana, bercakap dikaunter farmasi. Mungkin hendak mengambil ubat tanpa bertemu doktor. Dan yang menarik perhatian aku adalah wanita yang seorang lagi. Kalau dilihat dari sisi, dia adalah wanita biasa bertubuh besar (boleh dikategorikan sebagai obes). Cuma aku agak terkejut apabila dia berpusing. Tubuhnya sangat besar dan lebar, dan kelihatannya kepala dan kakinya seolah tidak sepadan dengan tubuh yang sebesar itu. Pada ketika itu, datang keinsafan ke dalam diri aku. Betapa aku lalai dan leka sejak akhir-akhir ini kerana ujian Tuhan yang bertimpa-timpa. Sedangkan aku masih boleh ke sana ke mari dengan selesa. Betapa aku terlupa dengan nikmat yang Tuhan kurnia, kerana dugaan yang sedikit cuma.

Tuhan, aku tidak layak untuk meminta-minta lebih daripada apa yang Engkau berikan. Aku tahu Engkau memberikan dugaan dan cubaan kepada hamba-Mu hanya yang termampu mereka tanggungi. Ampunkan aku Ya Tuhan.. Amin..

Oct 11, 2008

Petang yang indah.

Petang ini sangat indah. Langit terang benderang dan biru sekali. Awan di sana sini bertompok-tompok putih seperti kapas. Kalau dulu, ketika di apartment permai indah pada tahun sekitar tahun 1997 sehingga 1999, aku terasa cukup gelisah sekali sekiranya hanya terperuk dirumah pada hari-hari yang indah seperti hari ini. Sayang sekali hari yang cerah itu tidak dinikmati sepuasnya. Lantas sekiranya 'housemates' tidak mahu menemani atau ada kelas, aku seperti biasa akan keluar sendirian. Sekiranya malas, hanya berjalan-jalan di taman di bawah. Dan kalau rajin, aku akan berjalan ke tasik harapan, atau keluar ke shopping complex bukit jambul, ataupun mengajak Shah menyedut udara nyaman di atas bukit dalam USM. Pemandangan di sana tidak pernah aku lupakan sehingga hari ini. Sungguh cantik.

Hari ini, aku masih dirumah. Terperuk di rumah. Hari ini sedikit aman kerana Aisya langsung tidak menyusahkan mama dia. Hanya pagi tadi sekejap aku kena pujuk dan layan dia yang tiba-tiba sakit gigi selepas makan nasi lemak. Sebutir nasi telah masuk ke celah gigi dia yang berlubang. Selepas aku buang nasi itu, gosok gigi dia, mandikan dia (pujuk la tu!), dan menyapu minyak angin ke pipi dia, dia menonton Pinggu di dapur sementara aku menggoreng meehoon. Selepas makan, aku mengemas bilik dan barang dia yang bersepah. Pada masa itulah dia terjumpa semula plastesin yang tersorok di dalam kotak di bawah almari laci dia. Jadi selepas itu, dia melayan plastesin itu sehingga langsung tidak mengganggu aku yang sempat melayan internet, dan memasak di dapur. Sehinggalah petang ni, sepupu-sepupu dia datang, dan sekarang aku membiarkan dia bermain diluar.

Dan aku pula sebenarnya, masih ada sesuatu yang bermain-main difikiran. Mencari-cari masa yang sesuai untuk berbicara dengan mak. Terfikir-fikir apakah keputusan terbaik yang perlu aku lakukan. Tertanya-tanya, pada siapakah aku boleh meminta nasihat yang terbaik. Dan, sekejap lagi mak mengajak aku ke rumah tokwan. Pergi jer la, mana tahu dalam kereta nanti aku boleh bercerita dengan mak..

Oct 7, 2008

Perasaan.

Aku dibangunkan pada jam 6.20pagi dengan panggilan telefon daripada seorang kawan yang tidak dapat tidur. Cahaya mataharipun pada waktu itu sudah membolos masuk melalui langsir yang memang sengaja tidak ditarik. Sekarang musim cepat cerah. Jam 6 pagi sudah seperti jam 7. Selepas bercakap seketika dengan suara yang segar bugar sebab dah cerah, aku memeluk Aisya disebelah. Mengusik-ngusik pipinya yang licin sambil memanggil perlahan. "Aisya, bangun. Dan pagi, bangun pergi sekolah." Dia langsung tidak bergerak. Sungguh nyenyak. "Bangun mandi dengan mama". Pun tiada tindakbalas. Jadinya, aku tinggalkan dia meneruskan tidurnya. Seperti biasa, selepas mandi, dia dah terjaga dan menangis sendiri di tempat tidur. Aku pujuk, dan jam 7.30 pagi kami dah bersiap.

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar Aisya ke tadika, aku terfikir perkara semalam. Memang aku dah meluahkan kepada beberapa kawan apa yang terbuku dihati. Tetapi, aku masih terasa bagaikan ada sesuatu masih tersekat di kerongkong. Aku berfikir macam-macam. Apa yang perlu aku buat. Kenapa semua ini berlaku kepada aku. Untuk apa aku ke tempat kerja sedangkan aku tidak ada 'mood' langsung untuk membuat kerja. Aku rasa seperti robot pun ada. Seperti patung bernyawa pun iya. Aku terfikir-fikir adakah aku hampir gila. Ataupun adakah aku perlu berjumpa dengan pakar psikologi. Sakit jiwa ke aku.

Ketika aku turun untuk bersarapan tadi, aku terasa perut aku sebu. Aku rasa seperti tidak berpijak ke tanah, bagaikan berjalan diawang-awangan. Aku rasa darah seperti tidak lagi bergerak ke dengan lancar. Aku rasa macam nak pengsan. Kenapa dengan aku ni. Sekejap lagi aku ada meeting yang perlu dihadiri. Adusshhhh....

Oct 5, 2008

Hikmah yang tersembunyi.

Hari ini hari pertama kembali bekerja selepas seminggu bercuti (termasuk cuti raya). Dan hari ini hari ke-5 Syawal. Nampaknya masih ramai lagi yang menyambung cuti pada hari ini. Tempat parking di bawah masih banyak kosong, biarpun kedai mamak penuh dengan pengunjung pagi tadi. Aku dan kawan-kawan di sini juga tidak dapat memulakan beberapa kerja yang diberikan oleh boss di awal pagi tadi, kerana syarikat lain yang kami kena hubungi hanya akan memulakan kerja pada esok hari. Aku pasti hari ini juga, jalan-jalan utama ke Kuala Lumpur akan sesak seperti semalam. Semalam, aku telah tersekat dalam kesesakan yang aku rasa pasti lebih dari 5km. Bayangkan (kepada yang biasa dengan jalan kuala berang sahaja..hehe), dari Kuala Berang hingga ke Ajil, kereta bergerak dalam gear satu atau dua sahaja. Kereta bersusun dan ada yang berhenti ditepi jalan kerana tidak tahan panas. Barangkali, perkara itu adalah biasa kepada warga kota yang kembali ke tempat di mana mereka mencari rezeki. Aku sudah 5 tahun menjadi penghuni tetap disini. Aku pernah merasakan semua itu. Dan mungkinkah aku akan kembali merasakannya?

Sepanjang raya yang bermula 1 syawal sehingga semalam 4 syawal, internet di rumah mengalami masalah. Jadi, aku tidak berpeluang untuk 'blogging', juga melayan blog-blog yang aku suka. Hari ini, aku seperti membalas dendam pula. Melayari internet sejak pagi tadi! Satu kerja pun aku tidak buat. Sebab paling utama, of cos lah sebab aku tidak dapat menghubungi sesiapa. Semua masih bercuti!

Hari raya puasa tahun ini biasa-biasa saja. Aku menjadi tukang masak untuk memasak kerutuk ayam kampung, rendang daging dan nasi beriani pada hari raya pertama. Raya ke-2, seperti biasa mak masak nasi dagang. Aku cuma tolong mak masak kuahnya sahaja, gulai ikan tongkol. Hari ke-3, mak rebus ketupat nasi segera pada malam sebelumnya dan pagi itu aku buat kuah kacang. Pagi ke-4 aku masak nasi goreng ajer, sebab nasi sejuk semalam banyak sangat di dalam periuk. Dan pagi tadi aku sempat masak sambal untuk nasi lemak yang mak masak, sehinggakan aku terlambat ke tempat. Jam 8.20 aku masih dirumah, dan boss sudah telefon bertanya jam berapa aku akan sampai ke pejabat. Aduuihhh... apa lagi, memecut la kancil aku ke pejabat, dan 8.40 pagi aku sudah mengadap boss. Hehe...

Raya tahun ni, tak best. Aku tak berapa sihat, kena selsema. Berjangkit dengan anak saudara yang kecik-kecik lagi tu! Aku juga tidak tahu, kenapa aku tidak berapa lena tidur. Hampir setiap jam aku terjaga sehingga subuh. Dan pada Syawal ke-4, aku dapat pula berita yang sangat mengejutkan, melegakan juga barangkali, menyakitkan juga iya, membuatkan Syawal tahun ini paling teruk sepanjang umur hidup aku, membuatkan aku terasa ingin menangis tapi kenapa tiada tangisan yang keluar? Kenapa tiada air mata yang menitis? Membuatkan aku berfikir panjang apa yang perlu aku lakukan, apa hikmat disebalik semua ini...sehingga hari ini, saat ini.....

Sep 29, 2008

Ramadan yang beransur pergi, Syawal yang bakal menjelma.

Ramadan beransur hampir ke penghujung untuk kali ini. Syawal pula bakal menjelang tiba. Aku memang diberi cuti awal-awal lagi oleh boss. Masuk minggu ni sajer, aku dah mula bercuti. Tapi, aku tidak berbuat apa-apa. Kemeriahan terasa kurang sikit. Abih-abih pun aku cuma mengemas rumah, menyapu sampah, dan semua kerja-kerja biasa yang sering dibuat hujung minggu. Paling tidak pun, untuk menunjukkan serba sedikit sambutan nak beraya pada mak, aku layan mak beli pasu bunga besar dua biji dan tanah 3 beg. Aku gotong royong dengan mak alihkan bunga cina yang aku beli dekat Cameron Highland bulan Julai lepas (kalau tak silap aku) ke pasu yang besar itu. Dan pokok bunga 'ong' (aku tak tahu orang panggil pokok tu pokok apa, tapi aku tahu setengah orang panggil pokok tu, pokok 'ong') ke dalam pasu besar yang lagi satu. Pokok tu, Pok Usop yang buat kerja landscape kat projek kolam renang hari tu, yang bagi kat aku masa aku pergi ke kedai bunga dia. Yang lain yang aku buat, aku beli bunga plastik 2 jambak, warna peach dan krim untuk menggantikan bunga plastik yang rasanya hampir 2, 3 tahun tidak bertukar di ruang tamu kat bawah. Aku gubah ringkas, campur serba sedikit bunga lama, dan letakkan di tempat yang sama. Itu sajalah sambutan aku untuk Syawal kali ini.

Sebenarnya, aku nak postkan kat sini ucapan selamat hari raya aku untuk kawan-kawan aku, dan pembaca blog ni yang mungkin aku tak kenal. Thanks to all of you yang sudi menjengah coretan aku ini. Semoga hari raya kalian meriah, penuh keberkatan, penuh keredhaan dan kalian bahagia di samping insan-insan disekeliling kalian.

Buat teman-teman, Selamat Hari Raya, ampun maaf dipinta. Wani, Man, Farah serta Faris, semoga kalian gembira dan bahagia selalu. Nur, semoga harapan dan impian menjadi kenyataan. Ain, jangan nakal-nakal, awak tu dah besar dan dah layak bergelar isteri dan ibu. Kawan-kawan yang lain... semoga kita semua sentiasa redha dan bersyukur dengan dugaan dan pemberianNya.. Amin.

Sep 27, 2008

3 Hari lagi.

Tiga hari lagi, syawal akan menjelang tiba. Pagi tadi, aku tengok bulan sabit pun semakin mengecil. Tapi masih jelas setinggi dua galah daripada matahari yang baru menjengukkan diri. Dah lama sangat aku tidak melihat matahari pagi naik. Pagi tadi aku sempat menyaksikan keindahan itu. Terima kasih kepada Aisya yang bangun sahur bersama aku, dan seperti biasa kalau dia bangun sahur, matanya sudah segar bugar menandakan dia tidak mahu tidur lagi. Jadi, aku pula yang terpaksa menemani dia menonton siaran Astro di awal-awal pagi itu selepas makan sahur dan solat subuh. Sudahnya aku sendiri tidak dapat tidur lagi, menonton bersama-sama dia, menyelak langsir dan membuka tingkap apabila cahaya matahari mula menyimbah bumi.

Hari ini, adik aku yang tinggal di Kuala Lumpur akan balik. Entah jam berapa akan sampai. Yer la.. musim-musim nak raya ni, jalan pulang ke kampung memang sibuk. Yang sepatutnya mengambil masa cuma 5 jam, pastinya bertambah sejam atau dua. Bandar Kuala Terengganu sejak minggu lepas sudah sesak. Lebih-lebih lagi, pada waktu pulang kerja. Aku, awal-awal lagi sudah membeli segala keperluan untuk memasak di pagi raya. Kalau ikut perancangan aku, mulai hari ini sehingga raya, aku takkan keluar ke bandar lagi. Rasa tak sanggup untuk menempuh kesesakan di bandar yang tidak besar mana ni.

Nampaknya raya tahun ini tidak semeriah tahun lepas. Kebanyakkan kawan-kawan aku juga nampak tidak beriya-iya untuk beraya. Tapi, mungkinkah nasib kita ini berjangkit yer, ataupun perasaan kita mempengaruhi sesama kita.. Ntah la.

Sep 23, 2008

Ramadan 23rd.

"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.. Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu... Bila Dia tidak makbulkan doa mu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk mu..Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA..."

Sep 18, 2008

Sanggupkah..?

Dua hari lepas, aku telah dijemput untuk berbuka puasa di rumah seseorang. Saudara terdekat, yang tinggalnya hanya 10 minit dari rumah dengan memandu kereta kancil dalam kelajuan 60km/h. Dan pengalaman yang hendak aku kongsi kali ini adalah sesuatu yang sangat memberi peringatan kepada diri sendiri, dan orang lain yang terasa ada perkaitan dengan cerita ini.

Ianya adalah suatu pemandangan yang baru. Seorang wanita yang menjadi isteri ketiga kepada seorang lelaki yang pada pengamatan aku lebih mementingkan perasaan diri sendiri daripada perasaan seorang isteri. Dan yang lebih dahsyat, dua isterinya diletakkan dirumah yang bersebelahan. Maka sianak yang ramai itu kelihatannya bebas ke sana ke mari, masuk rumah itu dan rumah ini. Dan kelihatannya saudara terdekat aku itu langsung tidak lagi mempunyai 'privacy' di rumah sendiri, yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri. Sudahlah dia sudah mempunyai 2 orang anak yang masih kecil, seorang baru pandai bercakap dan seorang lagi baru hendak belajar bertatih. Ditambah pula dengan anak jiran sebelah yang juga masih kecik-kecik dan yang besar-besar juga. Si ayah pula nampaknya jenis yang tidak menghiraukan langsung kehadiran anak-anak-anak yang ramai itu, seolah-olah anak-anak-anak itu bukannya anak dia. Cara layanan kepada anak-anak itu, aku lihat lebih kepada seorang lelaki yang hendak memikat seorang wanita dengan memperlihatkan perangai kononnya sukakan budak-budak. Malah aku tengok diaorang suami isteri juga tidak mempunyai kemesraan seperti pasangan yang berumahtangga, tetapi lebih kepada kawan biasa.

Yang paling menyedihkan, ketika azan maghrib dilaungkan menandakan masuknya waktu berbuka puasa, dia tidak dapat menikmati hidangan yang disediakan kerana kehadiran anak-anak yang ramai itu. Dia terpaksa melayan anak-anak itu makan dengan keinginan yang pelbagai. Kejap nak air, kejap nak kuah lagi, kejap-kejap karang tumpah pulak. Aduhhh.. aku yang tengok ni, bukan sahaja terasa ingin menitiskan air mata, geram pun ada. Cepat-cepat aku makan, melayan budak-budak kecik itu, mengemas mangkuk dan cawan, basuh dan mengelap yang tumpah, kemudian mengambil alih memegang anak yang paling kecil.

Ketika dalam perjalanan pulang, apa yang berlaku itu terus bermain-main difikiran aku. Apa yang jelas pada pandangan aku, bermadu tidak sebahagia dan semudah yang pernah aku dengar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan melibatkan hati dan perasaan sendiri, keinginan dan banyak lagi. Sekiranya tidak sanggup, mungkin ianya tidak akan bertahan lama. Sanggupkah mengorbankan 'privacy'? Sanggupkan mengorbankan perasaan? Sanggupkah mengorbankan impian dan cita-cita? Itu pendapat aku, daripada apa yang aku perhatikan. Tidak tahu pula apa pendapat orang lain. Aku sedar, ada yang boleh melaluinya. Ada yang sanggup demi mendapatkan suami dan cinta barangkali. Tapi, bahagiakah kita dengan sebenar-benar bahagia yang kita inginkan?

Sep 14, 2008

14 Hari sudah...

Hari ini hari ke-14 kita sebagaimana umat islam berpuasa di bulan ramadhan. Kat kampung aku, sejak awal puasa lagi sudah kedengaran dum dam dum dam bunyi mercun. Sekarang, bertambah hebat lagilah bunyi-bunyi itu bila sahaja malam menjelma. Maklum sahajalah, puasa cuma tinggal lagi 2 minggu. Semua budak-budak sudah terasa keseronokan untuk menyambut hari raya. Surau-surau dan masjid-masjid juga hampir setiap hari mula mengambil membuat jamuan berbuka puasa (orang kampung aku panggil 'nnamat'). Semalam, surau paling hampir dengan rumah mengambil giliran. Aper lagi, bertungkus lumus la aku dan mak memasak lauk untuk dihantar ke surau pada waktu berbuka nanti. Dan seperti biasa, lauk yang ayah aku suruh masak, gulai ayam. Sebab kononnya, kalau buat lauk lain, takut orang tak makan. Dan aku, dengan rasa kurang bersetuju, masak jugaklah lauk gulai ayam tu. Dan juga, untuk memuaskan hati sendiri, aku selitkan satu lauk special, udang goreng daun kari.. hehe. Sedap la pulak Aisya meratah udang tu malam tadi. Agaknya sebab manis kicap yang membuatkan dia berselera. Dia merengek juga mengajak aku melayan dia bermain bunga api. Tapi, kerana selepas berbuka puasa aku perlu mandi (sekiranya aku belum mandi selepas balik kerja), dan bersembahyang maghrib, membaca quran, mengajar dia iqra' dan seterusnya solat isyak. Masa untuk bermain bunga api berlalu begitu sahaja. Mungkin belum masanya, tengoklah bila dah hampir dengan tarikh 1 syawal nanti.

Aduhhh.. apasal ek, ramadan dan syawal yang bakal menjelang tiba tahun ini terasa hambar dan sangat tidak best!

Sep 3, 2008

Mimpi

Subuh pagi tadi, aku bermimpi sesuatu yang agak aneh. Ketika aku dalam perjalanan ke tempat kerja sekali, aku masih terbayangkan mimpi aku itu. Sangat jelas, dan satu persatu masih di ingatan.

Di dalam mimpi itu, aku melihat melalui tingkap dibilik aku, buah epal yang bertaburan di tanah. Buah-buah epal itu sangat merah, berkilat dan besar. Aku sempat melihat di atas pokok kelapa, sebiji buah epal menggantikan buah kelapa. Dan buah itu jatuh kemudiannya. Ketika itu, aku terfikir kenapa perkara itu berlaku. Pokok kelapa berbuahkan epal? Mungkin ada sesuatu disebalik kejadian ini. Selepas aku berbincang dengan mak dan ayah, kami berpakat untuk mengagih-agihkan buah-buah epal itu kepada jiran-jiran. Aku terus pergi mengambil plastik untuk mengutip buah-buah itu. Dalam perjalanan untuk mengambil buah-buah epal yang banyak itulah aku terserempak dengan seorang kawan. Dia adalah seorang kawan perempuan yang merupakan kawan sepermainan sejak kecil lagi. Dia agak warak orangnya. Jadi aku mengambil kesempatan itu untuk bertanya maksud disebalik kejadian epal yang bertaburan merah itu. Ketika itu dia bertanya, 'Mana buah epal itu?'. Itu! Aku menunjuk ke arah buah epal yang melambak tadi, tapi aku terkejut. Buah-buah itu tidak ada lagi disitu, walaupun sebiji! Ketika aku berpaling untuk kembali ke rumah, aku sempat mendengar kawan aku itu berkata, 'Su, su kena kahwin su'.

Aku terjaga dari tidur selepas itu. Tidur kembali, dan bermimpi yang lain pula. Pagi ini, aku terfikir-fikir maksud disebalik mimpi itu. Mimpi yang sekadar mainan tidur atau ingin memberitahu sesuatu. Adakah aku sebenarnya hidup dalam angan-angan selama ini? Khayalan yang aku cipta sendiri? Harapan yang tidak aku sedari? Dan... aku perlu sedar dari hidup itu???

Sep 2, 2008

Second day of Ramadhan 1429H

Seperti biasa, sahur bangun jam 4.45 pagi. Minum air 3 mug (satu mug milo + 2 mug air masak), biskut fibre 2 keping, pil-pil yang kena telan, dan kemudian back to sleep. Tinggalkan mak, ayah dan adik mengadap nasi panas dengan lauk yang dimasak sebelum berbuka semalam. Jam 6.30 pagi bangun solat subuh, mandi dengan Icha (Dania Aisya.. :D) dan bersiap untuk hantar Icha ke tadika dan terus ke pejabat. Petang ini, memandangkan bulan puasa boss bagi balik awal (jam 3.30 petang), boleh pergi ambik Icha kat tadika dan balik rumah, masak. Menu apa yer, untuk berbuka hari ini.. ermm..

Sebenarnya aku sedang cuba mengingati kembali novel-novel lama yang pernah aku baca masa di universiti dan sekolah dulu. Novel-novel yang sangat meninggalkan kesan dan menyentuh perasaan. Ini adalah kesinambungan daripada ketidakpuasan hati kepada penamat cerita 'Tangisan Bulan Madu' yang disiarkan di RTM baru-baru ini. Drama yang diadaptasikan daripada novel Shamsiah Mohd Nor itu, memang menjadi drama wajib tonton pada aku baru-baru ini. Kebetulan pula novel itu daripada yang pertama, sehingga buka 3 telah kumiliki. Buku yang pertama seingat-ingat aku, aku baca masa sekolah dulu. Sekitar tahun 1992 - 1993 ketika di tingkatan 4 atau 5 dan menginap di asrama Sekolah Menengah Agama (atas) Sultan Zainal Abidin. Buku itu kepunyaan kawan aku, dan kami ramai-ramai di dorm yang sama menunggu giliran dengan sabar, untuk membaca buku tersebut. Sekitar tahun 1999-2000, aku telah membeli buku itu (cetakan yang keberapa entah) dengan duit gaji sendiri ketika bekerja di Kuala Lumpur. Aku ingat lagi, buku itu aku beli di sebuah kedai buku di stesen bas pudu. Buku yang ke-2 dan ke-3 juga aku beli di Kuala Lumpur, tapi sudah lupa di mana. Akan tetapi buku ke-4 tak beli! Ketika aku mendapat tahu, buku Tangisan Bulan Madu 4 keluar di pasaran, aku sedang sibuk barangkali, jadi aku bertangguh-tangguh untuk membelinya. Dan sekarang, memandangkan aku tidak berpuas hati dengan penamat drama itu, aku tercari-cari semula buku yang ke-4 tu! Kat mana aku nak cari. Salah satu kedai buku yang terbesar di terengganu ini telah aku terjah ketika awal siri itu disiarkan, tetapi tidak berjumpa. Aku terfikir pula untuk mencari di internet. Sambil tu, sempat jugalah mengingat-ingat kembali novel-novel lama yang pernah aku baca, dan sudah lama ingin kukumpul untuk dijadikan koleksi.

Antara yang masih aku ingat, novel Ombak Bukan Biru dan pengarangnya Fatimah Busu. Aku dah lupa langsung apa ceritanya, tetapi aku masih ingat ceritanya yang sangat menyentuh perasaan dengan ayat-ayatnya yang sungguh puitis. Aku tahu novel itu novel lama (aku baca buku itu pada tahun 1996). Teman seasrama (Mek Ta - orang Kelantan) yang mengambil jurusan pendidikan sastera (seingat-ingat aku la), meminjam buku itu daripada library USM untuk pembelajaran dia. Dan aku (yang sememangnya hantu novel!) terus mengambil kesempatan meminjam buku itu dari dia, dan membacanya. Daripada novel itulah aku baru tahu negeri kelantan digelar 'tanah serendah sekebun bunga'.

Dan, aku masih ingat lagi novel-novel yang aku pinjam di library itu. Antaranya yang sangat aku suka, novel-novel Arena Wati seperti Kuntum Tulip Biru, Sakura Mengorak Kelopak dan Bunga Dari Kuburan. Aduhai, aku teringin sangat untuk membaca lagi novel-novel itu. Tetapi, di mana aku nak cari yer... ermm..

Banyak lagi novel-novel lama yang teringin aku kumpul kembali, termasuk buku cerita mek (kakak aku) yang aku ulang-ulang baca semenjak aku pandai membaca sehingga buku-buku itu hilang dipinjam oleh sepupu-sepupu aku. Memang, aku membesar dicelah-celah timbunan buku-buku cerita mek yang banyak itu. Aku membesar dengan angan, impian dan harapan yang aku perolehi daripada buku-buku itu. Salahkah aku....

Sep 1, 2008

Salam Ramadhan...

Aku tahu, ramadhan bulan yang dinanti-nanti kedatangannya. Ramadhan bulan yang dialu-alukan dan disambut penuh kesyukuran oleh seluruh umat islam. Ramadhan bulan penuh keberkatan. Akan tetapi, aku tidak tahu kenapa ramadhan tahun ini, aku rasa sangat muram, tertekan dan bingung. Aku cuba untuk mengceriakan diri, tapi fikiranku tetap rasa berserabut. Aku cuba melayan kawan-kawan bergelak ketawa, tetapi bila saja ketawaku terhenti, aku rasa fikiranku kembali kepada asal. Berserabut, berkecamuk, macam-macam. Aduhhh....

Ok la, memandangkan aku tidak dapat membetulkan pemikiran aku hari ini untuk ber'blogging', so aku cuma nak ucap 'Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka' kepada semua umat islam yang mengunjungi blog aku ini, samada memang menjengah ataupun terbuka blog ini. Semoga ramadhan tahun ini membawa keberkatan kepada semua, dan semoga ibadah-ibadah yang didirikan sepanjang ramadhan ini dipanjangkan sehingga ajal menjemput kita semua.. Amin.

Aug 26, 2008

Kala dugaan bermula.

Aku sedar, kesihatan aku kurang baik sejak akhir-akhir ni. Kemudian, pada waktu-waktu ini juga segala macam perasaan datang bercampur baur. Sekejap 'moody', sekejap ok jer, kejap-kejap karang, rasa macam orang yang gembira, senyum dan ketawa serta mengetawakan orang. Sukar untuk tidak berkongsi masalah dengan sesiapa, dan sukar juga untuk memendam semua rasa itu sendiri. Hati ini bagai menggeletik ingin meluahkan segala kerisauan, ketakutan, keraguan, dan segala jenis rasa yang berbaur ini. Last-last, kawan lama juga yang dicari. Serba sedikit mendengar pandangan, meluahkan kebimbangan, dan biarpun sedikit kelegaan telah meresap ke dalam diri, masih ada ketidakpuasan hati.

@11.07 pm, with streamyx @ home at last.
I know internet ada banyak kegunaan pada zaman IT sekarang. Tetapi, aku juga tahu dan sedar, untuk mengejar kemajuan, kita juga kena sedar dengan kedudukan itu. Bukannya apa yang membuatkan aku install streamyx kat rumah ni. Every month i need to pay RM49.95 to tm for telephone bill yang mana jarang sangat digunakan. Mak kekadang ada la call abang yah kat johor yang memang jarang call rumah. Busu plak (tinggal di KL) biasa telefon handphone aku jer. Maxis to maxis, murah la kan. Tak pun aku buat miss call kepada dia, sebab aku tahu prepaid dia tak pernahnya luak. Hehe.. So, add up RM10 for this streamyx. Rasanya, untuk kat rumah aku, tak der la rugi sangat. Tak tahu la kalau kat rumah orang lain camner.

So, malam ni i'm blogging through my laptop at home, at my room. Karang kalu adik aku nak guna, pandai-pandai la dia sambung ke pc dia kat luar tu. Tak pun, siang-siang hari masa aku kerja, dia layan la internet kalau dia tak kerja.

Ok.. nak layan magazine lak, before sleep. Esok kerja.. tak nak fikir banyak-banyak.. just think positive..Good nite malaysia..
Oh yer.. Tahniah Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk kemenangan di Permatang Pauh malam ni!

Aug 24, 2008

Sayu.

Pernahkah terasa,
suatu perasaan yang membengkam di dada,
tak terluah dengan kata-kata,
sakitnya, peritnya,
sesaknya bagai nafas yang lelah,
hanya kita yang merasa...

Pernahkah merasa,
keseorangan, kesepian,
kesunyian saat memerlukan,
hanya alam yang menemankan,
diatas,
langit membiru,
mengikuti setiap langkah..
disekeliling,
udara berhembus,
mengiringi tiap perjalanan..

Aduhh... It's being 4 days, aku terasa bagaikan berada dalam bilik tertutup, sunyi sepi, tiada sesiapa, sangat menakutkan. Last few days, aku bermimpi bagaikan ada kuasa sihir hendak menguasai, hinggakan dari dalam mimpi sehinggakan aku terjaga, ayat 'Lailahaillah' tidak berhenti-henti terucap di bibirku. Aku masih sempat mendengar ayat itu terucap sebaik sahaja aku terjaga, dan cepat-cepat aku beristighfar. And then, keesokan malamnya, aku bermimpi pula kawan aku mati dibunuh. Selepas dia meninggal, aku masih melihat dia seolah-olah dia sengaja memunculkan diri dihadapan aku. Malam kelmarin pula, i got a really sad dream. Aku kehilangan orang yang paling aku sayang dalam mimpi itu. Dah la dalam berapa hari ini, kesihatan aku sangat tidak memberangsangkan. Hari-hari aku, aku rasakan sangat mendung seperti hari nak hujan, tapi hujan tak turun-turun juga!

Aug 20, 2008

Ketika makan tengahari..

Makan nasi ayam beramai-ramai di pejabat (duduk bertimpuh di atas lantai berkarpet) seperti makan kenduri (orang terengganu sebut, 'makan gulai'), sambil berborak-borak memang seronok. Hingga tanpa sedar, waktu sudah membawa ke jam 3 petang. Topik yang dibincangkan hari ini ialah tentang orang yang mengambil dadah, ganja, dan yang sewaktu dengannya, dan pengalaman berhadapan dengan orang seperti itu. Of course aku tidak punya sebarang pengalaman berhadapan dengan orang-orang yang terlibat dengan perkara-perkara tersebut. Cuma apa yang aku tahu, hanyalah daripada pendengaran, penglihatan, pembacaan dan pengamatan, daripada persekitaran. Sekurang-kurangnya aku tidaklah terlalu buta akan sesuatu perkara.

Kekadang kita terfikir, kenapa mereka sanggup berbuat begitu, atau begini. Dan barangkali kita jadi hairan, dan terfikir 'tidak berfikirkah mereka akan masa depan mereka, atau setidak-tidaknya, manusia di sekeliling mereka, atau paling 'koman'pun keluarga mereka?'. Akan tetapi, itu lah.. kita tidak berada ditempat mereka, kita tidak tahu apa yang mereka rasa. Seperti kata seorang kawan, situasi, keadaan dan persekitaran itu yang membezakan kita semua. Maka sesuatu masalah itu kita hadapi dan tangani dengan cara yang berbeza. Pemahaman kita juga berbeza-beza.

Meminjam kata-kata Wani hari ini (thanks Wani!).. "To look is one thing. To see what you look is another thing. To understand what you see is still something else. But to act for what you understand is all that really matters".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...