Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini aku hendak membuat ucapan penghargaan bertulis di sini, dan aku tidak kisah samada mereka2 ini membaca atau tidak tentang ini. Sungguh. Mereka ini punya kisah tersendiri dengan aku. Dan sempena hari jadi mereka serentak pada hari ini, aku ingin merakamkan kenangan aku bersama mereka, disini.
Haslina Sidek
Dia junior ketika aku matriks di Seratas, Taiping. Budak kelantan, comel dan ada lesung pipit yg sangat manis. Masa tu tahun 1994, dia form 5 dan aku matriks 1. Biarpun semua pelajar matrikulasi di tempatkan sebilik (dorm besar), kerana bilangan pelajar yg terlalu ramai, ada juga yg tercampak ke bilik2 junior. So, di antara yg bertuah itu adalah aku. Aku katakan bertuah kerana dengan itu, kami kenal dan jadi rapat dengan junior.
Dan aku agak rapat dengan Haslina yg manja. Selalu kitaorg duduk bercerita bersama. Biasalah, pelajar form 5, mesti tengah pening dan stress dengan exam lg, masa depan lg, dan macam2 la. Aku la jadi pendengar setia, dan pakar psikologi tidak bertauliah. Dia adalah antara junior yg paling rapat dengan aku, selain 2,3 orang lg kawan2 dia. Kami terputus hubungan ketika aku menyambung pengajian ke USM. Mungkin dia pernah menghantar surat, dan aku tidak membalas. Aku sendiri sudah lupa. Tetapi. Sungguh. Aku tidak pernah lupa kepadanya.
Selamat hari jadi adik. Maaf kiranya ksu pernah melukakan hati adik. Ksu tak pernah berniat begitu. Mungkin suatu ketika masa dan keadaan menghalang ksu utk berhubung, tetapi ksu tk pernah lupa seseorang yg pernah menyerikan hidup ksu. Semoga Ina sentiasa bahagia disamping insan2 tersayang.
Ain Camelia
Ain juga adik. Ada waktunya jd kawan. Adakalanya lawan. Huh.. kita pernah berlawan ker? :D. Tidak. Aku tidak ramai kawan lain selain yg muncul hari2 dalam hidup aku. Dan Ain salah seorang yg terpaksa rela mengadap muka ini pd hari2 kerja, mendengar keluh kesah ini bila aku tensen, memberikan idea2 yg kadangkala boleh pakai masa aku tengah marah, dan macam2 lagi.
Kalau bab inai tangan kaki, Ain memang terror, memang kreatif. Halus jer ukiran yg dia buat. Mujur Mydin mall dekat ek, boleh jer turun sekejap beli inai dan lukis inai bila dah pening dengan kerja yg berlambak. Haa..satu lg yg aku kagum tentang Ain selain kekreatifan dia, suara dia yg lemak merdu nyanyi karaoke. Semua lagu dia boleh nyanyi la. Rock ker, dangdut ker, balada lagi la.
Ain atau Nurmalasuhaini (eh eh, ada nur ker? ksu lupa la Ain!), hidup ini tidak semudah yg kita hadapi hari ini. Esok yg belum pasti, bergantung kepada bagaimana kita melalui hidup kita hari ini. Kisah semalam, jadikan sempadan dan pengalaman berharga utk mencorak hari esok. Ksu sayang Ain. Dan ksu sayangkan masa depan Ain. Doa ksu sempena hari jadi Ain yg ke berapa ntah ni, semoga hari-hari mendatang mencorakkan sesuatu yang indah untuk seorang Ain Camelia.
Somebody.
Dia seorang yg pernah singgah di hati. Dia seorang yg pernah mencuri rasa. Dia seorang yg pernah menjadi istimewa. Seketika hidup ini bahagia dibuai rasa itu. Hakikat yg satu, sukarnya melupakan segala. Ada waktu2nya, rindu berbisik. Tika2nya, kenangan menyapa. Tetapi, aku redha dengan segalanya. Jodoh itu bukan milik kami barangkali. Ya, Tuhan lebih tahu.
Ya. Dia istimewa dengan caranya yg tersendiri. Dan dia satu2nya seorang lelaki (atau kekasih, dulu) yg paling memanjakan aku. Layan jer aku hendak makan dimana, ataupun apa sahaja. Biarpun aku sendiri bukan jenis yg meminta2, ada juga beberapa pemberiannya yg aku masih simpan dan guna, dan semestinya aku sayang. Aku sendiri tidak pernah (kot) memberikan dia ape2. Ya. Kerana situasi sgt tidak membenarkan. kerana sebenarnya aku sendiri seorg yg sgt suka memberi hadiah. Aku suka melihat kegembiraan atau keterharuan org yg menerima pemberian. Sungguh. Sangat suka.
Kepada si dia, 'Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan SHZ, Allah selamatkan kamu'. Semoga kehidupan awak di hari ini membawa kebahagiaan utk hari2 yg mendatang, dimurahkan rezeki yg penuh keberkatan dan dipanjangkan umur yg dipenuhi dengan keindahan.
Amin. Ya Rabbal Alamin.
Iklan
Jun 25, 2009
Jun 23, 2009
Kenali daku.. hehe
Bismillahirrahmanirrahim...
Aku jumpa benda ni. Disebabkan aku tak der idea + tak tahu nk bercerita tentang apa di sini, aku buat jer la benda ni. Ok la, for u to know me.
THREE NAMES I GO BY
1. Eira(nama pertama digunakan utk chatting..hahaha! Glamer siut!)
2. Aya
3. Su
THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE
1. Quantity Surveyor
2. Waitress kt Secret Recipe (pengalaman yg sgt2 menarik!)
3. Second boss at PNSB now.. hahaha! (ketawa menggelakkan diri sendiri yg hanya diri sendiri yg paham).
THREE PLACES I HAVE LIVED
1. Minden, Penang
2. Pandan Jaya, KL
3. Rumah mak ayah di K. Trg, sekarang.
THREE TV SHOWS THAT I WATCH
1. Gillmore girls
2. Spongebob
3. Sugar
THREE PLACES I WANT TO GO
(currently)
1. Pulau Redang
2. Sabah
3. Panggung wayang.. nk tengok Transformers.
THREE OF MY FAVORITE FOODS
1. Ikan keli goreng berlada
2. Cheese cake
3. Chocolate banana cake kt Secret Recipe.. sedapnya! Cam nk kena g beli la petang ni. Hmmm..
THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
1. Boss confirm dapat projek baru, so aku akan stay.
2. Kerja baru, kalu boss tk dpt projek.
3. Miracle in my life (hahaha..well, nothings impossible.)
THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED
1. Kancil (with new colour..white :D)
2. Ayam kokok kt Mamania's Farm. :D
3. Hmm.. blog ni la kot. Boleh la.
THREE FAVORITE BANDS/SINGERS
1. Ungu
2. Rossa
3. Aku dh kurang minat kt Siti Nurhaliza sejak dia kawin. Eh.. tetiba pulak!
THREE FAVORITE SPORTS TO WATCH
1. Gymnastics (ni yg asal kt sini)
2. Tk tahu.
3. Semua sukan yg Aisya join sekali.
THREE FAVORITE DRINKS
1. Air suam
2. Hot lemon tea
3. Yogurt drink (any flavour).
HABIS!!! Ok, boleh bersurai sekarang. Pergi makan ker, aper ker. Nak breakfast dulu ni. Babai.

Jun 21, 2009
Kawan dan rindunya.
Bismillahirrahmanirrahim...
Seorang teman datang bercerita, tentang perasaannya yang kesunyian di tengah2 gelak tawa teman2 yang lain. Dia keliru, dia gelisah. Dan aku, tidak tahu apa yang perlu dikata. Bukan kelu, bukan keliru, tetapi kerana memahami. Things easier said than done.
Bahagia tidak datang sendiri, perlu dicipta dan dicari. Cinta boleh dipelihara dan dibentuk. Mungkin akan datang selepas perasaan sayang mengetuk. Tapi, hakikat hati dan perasaan kita, hanya kita yang tahu. Samada kita hendak memujuk hati untuk menerima atau menolak, ataupun sejujurnya berterus terang tentang perasaan kita. Sukar, bukan.
Kerana itu, aku hanya menjadi pendengar. Dan aku tahu temanku itu juga memahami. Things easier said than done. Aku juga mengalami. Aku juga mengerti. Kerana aku juga sukar meluahkan.
Cinta. Terlalu subjektif. Sukar ditafsir.
Rindu?
Suatu ketika, hampir setiap rutinnya dalam pengetahuan. Paginya sebelum tidur kerana bekerja night shift. Bangun dan bersiap utk pergi kerja. Malam di tempat kerja, dan begitulah sehari-hari. Ada waktu2nya semua itu hadir diingatan. Dan rindupun bertandang.
Tapi, itu semua hari semalam. Jadikan pengalaman. Esokpun belum pasti. Yang pentingnya hari ini, yang akan menentukan hari esok.
Betullah. Things easier said than done. Tiba2 aku terasa keseorangan. :(

Selamat Hari Bapa
Bismillahirrahmanirrahim...
Aku panggil bapaku, ayah. Masa kami kecik2 dulu, ayah garang. Jarang marah dan bercakap dgn anak2 (sebb anak2 kecik lg)tapi tidak pernah lupa utk sesekali bawak anak2 ke pesta pantai atau belikan mainan sekiranya ke mana2. Aku ingat lagi bas dua tingkat merah yang ayah beli utk cik di KL. Juga kereta yang boleh keluarkan bunyi (sbb ada bateri) yg kemudiannya dibawk lari balik oleh sepupu kami ketika diaorg sekeluarga datang ke rumah.
Sesekali bila ayah marah, memang kami semua kecut perut. Dia boleh bertempik marah sebb anak2 degil tengok tv waktu maghrib. Yang itu memang paling aku ingat. Sebab itu kami adik beradik memang jarang bercakap dgn ayah masa kecik. Ada apa2 kami mesti bagitau mak dulu. Sedikit demi sedikit, mak ajar kitaorg beranikan diri bagitau atau minta dgn ayah.
Skrg, bila masing2 dah dewasa, rasa takut kami semakin hilang. Kami dah boleh bercerita dgn ayah, bergelak ketawa dgn lawak2, malah kekdg merancang kemana2 seperti makan diluar atau ke pantai bersama2 ayah. Aku suka sikap tegas ayah. Dia membuatkan kami sgt menghormatinya. Dan aku cuba juga bertegas dgn Aisya, tapi tak jalan! Biarpun sesekali bila aku tinggikan suara dan Aisya akan menurut, tiada riak takut diwajahnya. Aduhh!!
Selamat hari bapa, ayah. Oh yer, Aisya dah buat wishing card utk ayah, so anggap jer la ianya juga dari saya. Hehe..

Jun 20, 2009
Hantu rambut menggerbang
Bismillahirrahmanirrahim...
Kalau rambut panjang menggerbang, mesti orang kata cam hantu, kan? Macam-macam petua aku jumpa masa surf tentang tips untuk kurangkan rambut menggerbang dan kering. Ada yang suruh letak kuning telur la. Hanyir tu satu hal, goreng pun lagi sodap rasanya. Ada yang cadangkan buat layered jer, dan stim setiap 2 minggu. Duit tu! Layered tu ok lagi, memang dah layered pun. Tapi, nak g stim rambut for every two weeks, berfikir panjang gak aku. Ngan masanya lagi, duitnya lagi.
Cadangan paling bernas, ikat rambut. Yang tu memang la kan. Dalam cuaca yang panas2 ni, lagi la. Kalu bleh ikat tinggi2, jgn kasi ada pun yg terjuntai kat leher dan dahi.
Dulu2 masa aku kecik, kami adik beradik perempuan (kakak dan aku) suka letak pati santan atas rambut. Kadangkala perah limau nipis atau limau purut dulu dalam pati santan tu. Lumurkan ke seluruh rambut, bungkus rambut sebelum tidur dan esok paginya, syampoo. Busu tk sempt kot nak buat semua tu sebb masa tu dia kecik lagi.
Mak pula dulu2 selalu buat minyak kelapa sendiri. Minyak tu untuk kegunaan memasak sebenarnya. Tapi sebab minyak tu pure giler, jadinya memang sangat bagus utk rambut. Tok wan biasanya letak bunga chempaka dalam minyak kelapa yg diletakkan dalam bekas minyak rambut cod10 yg dah habis. Kalau kami cucu2 ni pegi rumah tokwan, mesti tokwan sapu minyak tu atas rambut kitaorg. Memang best!
Sekarang, nk cari minyak kelapa pure camtu dah susah. Pokok kelapa keliling rumah yang banyak dulu2 pun, dah tinggal beberapa batang jer. Aku pulak selalu jer belikan mak minyak masak seri murni jer untuk masak.
Untuk rambut, kena cari menda lain. Syampoo, conditioner, dah jadi wajib. Untuk Aisya pun, kecik2 lagi aku dah ajar pakai conditioner. Sebb rambut dia kering sangat! Kalu tak letak conditioner, lepas syampoo rambut memang kusut giler la rambut halus dan kerinting dia tu.
Aku nak simpan rambut panjang sampai ke pinggang. Tapi, aku tak nk rambut ini kering dan menggerbang. Camner ek?

Jun 18, 2009
Minggu yang sangat sibuk II
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini Khamis. Semua tahu, sajer nak bagitau. Esok jumaat. Ya. Tahu. Sajer nak bagitau. Yang penting, esok tak kerja. Boleh relaks after a very busy week. Ya. Sangat sibuk. Bermula ari isnin, meeting non-stop. Kejap2 jer masuk opis, utk relax jap, pejamkan mata seminit dua, pastu sambung meeting. Paling dahsyat, kena pusing kolam renang sumer. Memang penat. Tekak kering mintak air dalam cuaca yg sangt panas. Mujur air kolam tak bleh minum. Kalu tidak karang, nak ajer minta orang yg jaga kolam campak ajer gula dan sirap dalam kolam. Sediakan straw dan ramai2 sedut jer air kolam tu.
Haa. Kalu sampai kering lagi bagus. Sangat memudahkan kerja kami para kontraktor ini. Hahaha.
Hari ini, para penyiasat semua sudah kembali ke pangkal jalan. I mean, dah balik ke KL. Bleh la kami disini, yg hari2 berkejar ke tingkt 12 dan kolam renang, melepaskan lelah dan menarik nafas lega. Sekejap. Kerja tak siap, mana bleh tarik nafas lega lama2. Nanti kelam kabut balik.
So.. minggu yg sibuk ini, akan bersambung ke minggu depan yang rasa2nya kurang sikit berkejaran. Kejar2 pun bukannya dapat duit. :D
Kita tutup minggu ini dengan spa, sauna, scrub dan urutan. Apa kata? ;D

Jun 14, 2009
Restu ibu bapa dan keputusan peperiksaan
Bismillahirrahmanirrahim...
Membaca blog seseorang (i'm a silent reader) tentang result examnya yang cemerlang dan cerita2nya tentang bagaimana dia boleh mendapat result yang sebegitu, mengingatkan aku tentang alam universiti dan persekolahan yang pernah aku lalui. Keperitan, kesedihan dan kesukaan. Aku menyokong sepenuhnya (ikut suka la nk letak berapa ratus peratus pun) tentang bagaimana sidia ini (blogger tersebut) beralasan bahawa dia mendapat result yang sebegitu kerana tambahan restu dan doa ibunya, selain dia of course juga berusaha. Alasan aku pula kerana menyokong dia? Kerana aku pernah berada disituasi sedemikian.
Ok. Ini cerita penuh pengajaran. Hahaha. Ye la kot.
Aku bukan orang yg tergolong dikalangan bijak pandai sangat. Sejak sekolah rendah, biarpun antara top ten biasanya tidak pernah (rasanya) mendapat tempat pertama hingga ketiga. Naik ke tingkatan 1 juga, aku ke sekolah menengah agama biasa.
Orang kampung dulu2 tidak seperti orang kampung zaman la ni. Dulu, anak2 kena tolong mak masak. Sejak sekolah rendah, sekurang2nya masak lauk2 yg simple mesti dah pandai. Sebab, masa mak turun ke baruh, kita yang kena masak utk keluarga. Jadinya, walaupun dah masuk sekolah menengah, setiap jam 5.30 petang adalah waktu untuk aku memasak. Walaupun masa itu tengah mengadap homework yang bertimbun.
Ya. Aku ingat lagi. Adakalanya bengang juga sebab tengah duk syok2 buat homework, mak panggil tolong dia kat dapur. Tapi, aku tetap kena tolong. Dan begitulah rutinnya. Result exam? Well... agak cemerlang la masa tu. Aku pernah mendapat tempat ke-2 dalam ranking subjek Matematik keseluruhan kelas form 2. Aku adalah top 3 dalam kelas. Masa tu la kan. Masa form 1 hingga form 3.
Naik form 4, tukar sekolah, duduk asrama, tak der dah tolong mak masak aper sumer tu. Kecuali masa cuti jer la. Duk asrama bina badan, perah otak aper sumer, result kurang memberangsangkan. Salah satu sebabnya, itulah. Kurang dah tolong mak ayah. Jadi, kurang dah berkat tu kot. Yer la. Masa tu mana ada tepon. Apalagi handphone macam budak sekolah zaman la ni.
Sampai aku masuk uni, ambik degree, kerja dan sambung master.. result exam selalu tidak memuaskan hati. Dan aku pasti kini, biarpun aku berusaha macam nk pecah kepala, tanpa doa dan berkat menolong ibubapa, kurang sedikit la kecemerlangan disitu. Kejayaan itu memang ada.. kalau tak, takkan ler aku sampai boleh dapat master kan. Hehe..
Sekian.

Jun 12, 2009
Ringing tone
Bismillahirrahmanirrahim...
Macamana telefon tangan (handphone) anda berbunyi yer? Setiap orang mesti ada macam2 bunyi yg diaorg setkan untuk telefon tangan masing2, kan. Ada yg suka bunyi lagu2 terkini, sekejap2 tukar nada dering, sampai orang dengar pun mungkin naik pening.
Tak dinafikan ada waktu2nya bunyi telefon yang bising dengan lagu2 ini terasa sangat menyemakkan kepala. Waktu itu mungkin rasa cam nak baling jer handphone tu ke dinding bila ia berbunyi. Lepas tu mula la tukar bunyi kepada bunyi2 old fashion. Nokia tone ker, tak pun bunyi telefon lama yang nombornyer kena pulas tu. Kringgg...kringggg... Hahaha... Aku la tu.
Kalau dulu, aku suka letak nada2 tertentu untuk pihak tertentu. Contohnya, bila family call, bunyinya lagu ini. Bila kawan2 opis, bunyinya lagu itu plak. Bila pakwe call, lagu romantik la skit kan. Hahahaha....
Tapi... bila dah putus cinta, dan dengar lagu romantik itu, mula la rasa cam sayu jer...
T______T

Minggu yang sangat sibuk
Salam sejahtera ke atas semua..
Agak kurang sihat sebenarnya. Selsema masih tidak mahu berundur jauh. Sudah beberapa hari begini. Badan juga terasa sedikit tidak larat. Ya, kerana minggu ini yang terlalu sibuk.
Sejak hari jumaat lepas, kerja tidak berhenti-henti. Sangat sedikit masa rehat. Aktiviti pada siang hari sangat padat. Dengan kerja, dengan kenduri kahwin, dengan melayan kerenah Aisya, dan macam2 lagi. Sehingga kereta tidak sempat dibasuh. Ya Allah, kotor yang teramat sebb sejak balik dari KL 2 minggu lepas tidak sempat basuh lagi. Tapi, dah basuh tadi, dan dah licin berkilat. :D
Ya, semuanya kerana bumbung stadium yang runtuh. Hampir semua kontraktor di sini mungkin menerima kesannya, biarpun kesan yang sangat kecil. Tapi untuk kami, agak besar jugak impaknya. Jumaat, sabtu dan ahad (yang cuti kerana cuti agong jatuh pada ari sabtu), aku banyak menghabiskan masa dengan kerja. Bersambung pula ke hari2 seterusnya. Mana aku tak rasa nk demam!
Tidur malam juga termimpi2 kolam, jkr, dan consultant, dan farm town. Sayangnya.. tidak pula bermimpi orang yg berkerja dengan consultant itu. ;D

Jun 4, 2009
Bencana dan kesempatan
Bismillahirrahmanirrahim...
Pada 2 Jun lalu, semua terkejut dgn kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak yang runtuh. Ya, hampir 80% runtuh. Lebih kuranglah. Aku malas nak fikir byk tentang bumbung yang runtuh itu biarpun agak banyak jugaklah berita2 terkini yang aku dengar. Ya lah, dah salah satu kontraktor yang membina stadium itu pejabatnya sebangunan dengan pejabat aku. Dah la tu, sama line..construction. Yg paling teruk, projek pejabat aku juga mendapat kesannya!
Memang kejadian itu, merupakan 'Hari ini Dalam Sejarah'. Ingat tak, dulu2 dekat RTM masa kita budak2 dulu, selalu diselitkan rancangan 'Hari Ini Dalam Sejarah'. Kalau rancangan itu masih ada, rasanya kejadian bumbung runtuh itu juga antara paparan program tersebut, kan.
Aku tiba ditempat kejadian sejam selepas bumbung itu runtuh. Ingatkan aku antara yang terawal dah selain bomba2, polis2, dan jiran tetangga stadium. Rupa-rupanya boss aku lebih awal dari aku! Ketika aku sedang syok ambik gambar mangsa 'pergaduhan ultraman dan raksasa' itu, boss aku menelefon bertanya di mana aku berada. Dan selepas aku bagitau aku di stadium dan betapa dahsyat dan teruknya keadaan stadium, boss aku menyampuk dengan berkata dia sudah tengok tadi. 'Ooo...'. Itu jer yang terkeluar dari mulutku. Ciss... ingatkan aku sampai dulu sebelum boss. Kurang asam betul la!
Itu bencana. Kejadian yang diduga tetapi tidak disangka-sangka.
Ketika aku sampai sekitar jam 10.30 pagi di situ, sudah ada peniaga makanan mengambil kesempatan membuka gerai. Itu baru sejam selepas kejadian. Agak-agaknya, macamana la peniaga itu berfikir sebaik sahaja melihat atau mendengar tentang bumbung yang runtuh itu. Cukup cekap berfikir tentang tempat tumpuan ramai yer.
Petang itu, menurut member di opis sebelah, jalan ke stadium bukan sajer jem, tetapi ada lebih kurang 5 hingga 6 gerai makanan di sekitar stadium. Fuhhh.. peluang tu! Peluang. Itulah yang diaorang nampak ek. Sambil2 tu mendengar pelbagai la andaian dan ulasan orang ramai. Entah2 wartawan2 paper dan tv pun pegi tanya diaorang.
Hmmm.

Jun 2, 2009
Sangat terasa ingin menulis, tapi tidak tahu apa yg hendak ditulis
Salam sejahtera ke atas kamu...
Fahami menulis itu sebagai menaip. Bukan ke semua orang (tidak termasuk budak sekolah, uni student, dan mereka2 yg tidak pandai menaip) sekarang menulis dengan komputer ataupun sekurang2nya mesin taip. Handwriting? Sekiranya sangat gawat la.
Ok, back to topic 'sangat terasa ingin menulis, tapi tidak tahu apa yang hendak ditulis'. Ya. Aku rasa ingin bercerita, ingin menulis, menekan2 papan kekunci atau keyboard laptop ini. Tapi aku tidak punya idea.
Kenapa yer?
Ah.. Benci ah, bila idea cuma datang ketika driving ker, tengah mandi ker, tengah jalan2 cari apa untuk dimakan pada lunch hour, atau waktu mata dah hampir nk pejam.
Bila ngadap blog ni, kosong. kosong. kosong.
T___T.

Ini cerita tentang KIKO
Bismillahirrahmanirrahim...
Rasanya semua tahu jenama KIKO. Alaa.. jenama pakaian budak-budak. Yang iklan dalam tv, budak-budak comel nyanyi..K. I. K. O. KIKO! Kalau untuk baby pula, ada jenama Baby Kiko. Ibu-ibu mesti tahu tentang ini. Dulu masa anak masih kecil, sibuk duk cari pakaian Baby Kiko yang cantik dan cute mute. Dah besar sikit, beralih ker Kiko plak.
Macamana plak dengan mak budak yang pakai jenama Kiko? Cam tak masuk akal sikitlah bukan. Tetapi, ini cerita benar. Tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka. :D
Orang macam aku, yang kecik molek (ecehh!) ada waktu-waktunya sukar mencari pakaian yang sesuai. Susah jugak sebenarnya mencari baju atau seluar bersaiz XS atau S. Kalau ke pasar malam, jangan diharap baju-baju yang tergantung itu ada saiz kecik. Kebanyakannya saiz M, L atau XL. Aku pulak, jenis yang memang pantang sikit baju ter'besar'. Sah-sah la baju atau seluar itu akan terperap jer dalam almari. Memang tak pakai punyer!
So, disinilah jenama Kiko memainkan peranan. Hehe. Aku pernah dengar ada seorang kawan dulu (juga bertubuh saiz S) suka membeli baju budak2 yang cute. Tapi, aku tidak pernah pulak terfikir untuk meninjau baju budak2 untuk diri sendiri, melainkan untuk Aisya.
Ya. Kali ini aku cuba. Seluar track merah jenama Kiko bersaiz 7 untuk Aisya dan bersaiz 12 untuk mama. Hahahaha... Silap plak tak beli jeans Ladybird untuk mama sekali!
Walaupun rindukan Aisya yang masih baby, pengalaman melihat dia membesar ini juga suatu pengalaman indah dan banyak mengajar.

Subscribe to:
Posts (Atom)