Iklan

Jun 4, 2009

Bencana dan kesempatan

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 2 Jun lalu, semua terkejut dgn kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak yang runtuh. Ya, hampir 80% runtuh. Lebih kuranglah. Aku malas nak fikir byk tentang bumbung yang runtuh itu biarpun agak banyak jugaklah berita2 terkini yang aku dengar. Ya lah, dah salah satu kontraktor yang membina stadium itu pejabatnya sebangunan dengan pejabat aku. Dah la tu, sama line..construction. Yg paling teruk, projek pejabat aku juga mendapat kesannya!

Memang kejadian itu, merupakan 'Hari ini Dalam Sejarah'. Ingat tak, dulu2 dekat RTM masa kita budak2 dulu, selalu diselitkan rancangan 'Hari Ini Dalam Sejarah'. Kalau rancangan itu masih ada, rasanya kejadian bumbung runtuh itu juga antara paparan program tersebut, kan.

Aku tiba ditempat kejadian sejam selepas bumbung itu runtuh. Ingatkan aku antara yang terawal dah selain bomba2, polis2, dan jiran tetangga stadium. Rupa-rupanya boss aku lebih awal dari aku! Ketika aku sedang syok ambik gambar mangsa 'pergaduhan ultraman dan raksasa' itu, boss aku menelefon bertanya di mana aku berada. Dan selepas aku bagitau aku di stadium dan betapa dahsyat dan teruknya keadaan stadium, boss aku menyampuk dengan berkata dia sudah tengok tadi. 'Ooo...'. Itu jer yang terkeluar dari mulutku. Ciss... ingatkan aku sampai dulu sebelum boss. Kurang asam betul la!

Itu bencana. Kejadian yang diduga tetapi tidak disangka-sangka.

Ketika aku sampai sekitar jam 10.30 pagi di situ, sudah ada peniaga makanan mengambil kesempatan membuka gerai. Itu baru sejam selepas kejadian. Agak-agaknya, macamana la peniaga itu berfikir sebaik sahaja melihat atau mendengar tentang bumbung yang runtuh itu. Cukup cekap berfikir tentang tempat tumpuan ramai yer.

Petang itu, menurut member di opis sebelah, jalan ke stadium bukan sajer jem, tetapi ada lebih kurang 5 hingga 6 gerai makanan di sekitar stadium. Fuhhh.. peluang tu! Peluang. Itulah yang diaorang nampak ek. Sambil2 tu mendengar pelbagai la andaian dan ulasan orang ramai. Entah2 wartawan2 paper dan tv pun pegi tanya diaorang.

Hmmm.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...